Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 19 April 2017

Pertandingan Bercerita Sempena Bulan Bahasa




9 April 2017 - Bersempena dengan Bulan Bahasa, pertandingan dijalankan melibatkan murid Tahap1 dan Tahap 2 yang masing-masing diwakili oleh 3 orang setiap kelas. Majlis berlangsung pada jam 11am hingga 1.15pm. Keputusan pertandingan akan dimumkan pada majlis penutup yang akan dijalankan pada 27 April 2017 nanti. Terima kasih Panitia Bahasa Melayu atas penganjuran ini.

Program MBC




RABU, 19 April 2017 - Program bercorak keilmuan sekali lagi berlangsung hari ini di sekolah. Program anjuran PSS Umar Ibnu Abd Aziz SK Tengkawang dengan kerjasama Mobile Book Cafe (MBC) melibatkan penyertaan pihak PDK dan Tabika KEMAS Kg Tengkawang. Seramai 174 peserta mengikuti program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna, Blind Date With Book, Pameran/ Jualan Buku dan Sesi fotografi bersama maskot MBC.
Para peserta diberikan sebuah buku dan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan dalam Kempen Mari Membaca Bersama MBC TVPSS An Nur turut membuat liputan aktiviti hari ini. Kerjasama semua pihak menjayakan program hari ini amatlah dihargai. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan GPK 1 yang turun padang menyambut maskot MBC hari ini. Budayakan membaca untuk semua. Seronoknya Membaca!
Berita : Cg Noor Ezdiani            | Gambar

Selasa, 18 April 2017

Perarakan Apresiasi KoKurikulum



SELASA, 18 April 2017 - Perarakan Apresiasi Ko-Kurikulum 2017 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama warga sekolah. Unit Ko-Kurikulum bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mencipta satu kelainan aktiviti dalam perarakan tahun ini. Program hari ini diselitkan dengan aktiviti ziarah mesra 3 penduduk Kampung Tengkawang, gotong-royong membersih kawasan rumah warga emas dan melawat warga emas yang terlantar sakit serta murid yang ditimpa kemalangan.

Perarakan hari ini disempurnakan perasmian oleh Encik Suhaimi bin Wahab dengan gimik memotong riben pelepasan kira-kira jam 2.45 petang. Semoga usaha murni ini memberi impak positif dalam mendidik murid-murid sekolah bersama komuniti setempat. Terima kasih kepada tuan rumah dan seluruh warga pelaksana SK Tengkawang yang memberikan sokongan menjayakan program hari ini.

| Berita : Cg. Noor Ezdiani    | Gambar

Lawatan Pegawai Pembangunan JPNT Dan PPDHT



18 April 2017 | 2.30 petang - Lawatan dilakukan oleh Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Encik Muhamad Fadzil bin Ali dan Encik Mohd Irwan bin Ismail (JPNT) bersama Encik Wahi bin Muda dan Puan Zaitun bt Mohd Zaki (PPDHT) meninjau keadaan bilik warden untuk penambahbaikkan.

Jumaat, 14 April 2017

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin




13 April 2017 | Masjid Kampung Tengkawang
Majlis bersama PIBG dan Komuniti Kampung Tengkawang dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Tengkawang telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Ibu Bapa, Guru serta komuniti setempat yang hadir sama dalam majlis ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukan amatlah dihargai. Terima kasih.

Khamis, 13 April 2017

Pemantauan LINUS



12 April 2017 - Pemantauan LINUS oleh Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Terengganu.

Pemantauan Disiplin




12 April 2017 - Pemantauan dilakukan oleh Encik Mat Yusof bin Mat Ali dan Encik Che Bahar bin Embong daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Ahad, 9 April 2017

Lawatan Polis | Asrama SK Tengkawang


8 April 2017 | 9.00 malam

Lawatan oleh Pegawai Polis IPD Kuala Berang dan memberi sedikit pesanan dan nasihat kepada semua penghuni asrama. Terima kasih tuan.

| Gambar : Ustaz Hanif

Program Empower ECER | Akademik



8 April 2017 | SK Tengkawang 

Program ECER hari Sabtu bermula jam 8,00 am hingga 4.00 petang. Slot pengisian Bahasa Melayu (Pemahaman) bersama Encik Azmi bin Mat Diah, SISC+ BM PPDHT, Bahasa Melayu (Penulisan) dan Matematik oleh Encik Zulkifli, SK Bukit Gemuruh. Terima kasih kepada semua.

| Gambar Oleh : PKKO

Khamis, 6 April 2017

Majlis Pelancaran Peti Lawatan Polis | Asrama




6 April 2017 | 11.00 am


Majlis Pelancaran Peti Lawatan Polis telah disempurnakan oleh ASP Yaakob bin Md. Taib (KBPD), Ketua Bahagian Pengurusan Daerah merangkap Timbalan Polis Daerah Hulu Terengganu. Majlis berlangsung di Asrama SK Tengkawang. Turut diadakan juga Temu Murni dan Mesyuarat PEWARIS bagi melantik Jawatankuasa 2017. Selain daripada itu turut diadakan taklimat ringkas daripada BSN Kuala Terengganu mengenai Insuran Percuma yang ditawarkan kepada murid-murid. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
| Gambar

Majlis Penutupan KM1M 2017


6 April 2017 | 10.00 -11,00 am

Kem Membaca 1Malaysia telah melabuhkan tirainya pada hari ini dengan perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Puan Mazni binti Ismail, GP Pentadbiran. Acara dimulai dengan deklamasi sajak dan pantun oleh murid-murid Tahun 6. Seterusnya diadakan majlis penyampaian hadiah bagi acara yang dipertandingan termasuklah Jejak Maklumat, Mewarna Tahap 1 dan 2, Meneka Mukasurat Buku, Meneka Biji Badam dan Meneka Barang Rahsia. Terima kasih kepada penggerak utama Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku GPM yang sentiasa komited dalam tugas serta dibantu oleh guru-guru dan AJK Pusat Sumber. Tahniah kepada semua yang menjayakannya.
| Gambar

Rabu, 5 April 2017

Program KM1M - Jejak Maklumat | Mewarna




5 April 2017 | 8.00 pg - 9.00 pg
Program KM1M diteruskan lagi di hari kedua dengan aktiviti Jejak Maklumat murid Tahap 2 dan mewarna Tahap 1. Aktiviti dimulai seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Program jejak maklumat diurusetiakan oleh Pusat Sumber Sekolah dan dibantu oleh Panitia Sains, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Seni Visual dan Panitia PJK mengikut stesen masing-masing aktiviti pelbagai. Serentak murid Tahap 1 mewarna di Dewan Sederap SKT. Tahniah dan syabas kepada semua.

Selasa, 4 April 2017

Pelancaran KM1M 2017




SELASA, 4 April 2017 - Pelancaran serentak seluruh negara Kem Membaca 1Malaysia. SK Tengkawang turut sama melancarkan KM1M pada hari ini dengan dimulai bacaan serentak 10 minit "Read Together". Seterusnya pelancaran KM1M, NILAM yang ditambah baik, Bulan Bahasa Malaysia dan Bulan Bahasa Inggeris serta "English Day" Gabungan antara PSS Umar Ibnu Aziz serta panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

| Album 1                 | Album 2

Sabtu, 1 April 2017

Program ECER 'Oh My Learning 2'




SABTU, 1 April 2017 - SK Tengkawang menghantar peserta ke program berkenaan yang berlangsung di SK Padang Setenge. Terima kasih kepada guru yang bertugas sepanjang program berkenaan berlangsung bermula jam 8.00am - 6.00 pm.

| Foto : Cg Kamaruddin dan Ustazah Norzihaini

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates