Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 30 Julai 2016

PAC4X4


Kelas Intensif Kem PAC4X4




Tarikh : 29 Julai 2016
Hari : Jumaat
Matapelajaran : Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu

Taklimat Pengurusan Guru Pembimbing Praktikum




Tarikh : 26 Julai 2016
Hari : selasa

Taklimat disampaikan oleh Cik Zamhidatul Nabila, wakil guru praktikum. Semua pentadbir dan guru-guru matapelajaran berkaitan hadir dalam taklimat tersebut. Tahniah, gaya kepimpinan sebagai seorang guru sudah ada pada guru-guru pelatih tersebut. Hanya masa yang akan mematangkan lagi bakal pendidik ini.

Selasa, 26 Julai 2016

Program Susu Sekolah (PS1M)



Program Susu Sekolah (PS1M) telah bermula sejak seminggu yang lalu.

Isnin, 25 Julai 2016

Selamat Datang


Selamat Datang kepada 4 orang Guru Pelatih daripada IPGM Kampus Sultan Mizan yang akan menjalankan latihan praktikal selama 3 bulan. Semoga dapat menimba ilmu pedagogi sebaiknya.
1. Eva Nathylea binti Wastin
2. Zamhidatul Nabila binti Zamri
3. Nurul Natalia binti Nasif
4. Nurul Huda binti Mohd Ismail

Sabtu, 23 Julai 2016

Pelancaran Program Asrama Cemerlang (PAC4x4) Dan Motivasi Ibu Bapa Murid






Tarikh : 23 Julai 2016

Pelancaran Program Asrama Cemerlang (PAC4x4) telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Tengkawang ketika sesi bersama ibu bapa murid Tahun 6 pagi tadi. Pengisian slot kedua adalah Motivasi Ibu Bapa Murid yang disampaikan oleh Encik Marzilaini bin Mohamad - Guru Besar SK Tok Randok. Banyak perkongsian berlandaskan pengalaman beliau dalam mentadbir urus sekolah sehingga melahirkan sekolah beliau sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). 
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Isnin, 18 Julai 2016

Pelancaran Program LINUS 2.0




Pelancaran Program LINUS 2,0 T-Care Peringkat SK Tengkawang telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SK Tengkawang.

Solat Hajat Peperiksaan Percubaan UPSR




Tarikh : 17 Julai 2016
Masa : Selepas Solat Zohor

Solat hajat ini telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Adnan bin Seman. Turut hadir sama ibu-bapa murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan tahun ini. Penglibatan murid Tahun 4-6.

Semoga Allah memberikan kemudahan dan ketenangan kepada calon UPSR SK Tengkawang. "Hungga Abis Rengg...6A"

Mewarna Sempena Program Transformasi Terengganu Terbersih





~ Pembudayaan Pendidikan Kebersihan Dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca Dan Kitar Semula Peringkat Negeri Terengganu.

Pertandingan ini telah dijalankan pada 13 Julai 2016 pada jam 10.45 - 1.45 tengahari dan melibatkan 2 kategori iaitu :
a) Mewarna Tahap 1 (Tahun 1-3)
b) Melukis Poster Tahap 2 (Tahun 4-5)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Sabtu, 16 Julai 2016

Kem English Is Easy Zon KDSR4 Fasa 2





Tarikh : 16 Julai 2016
Masa : 8.00 -2.00 ptg

Kem English Is Easy Zon KDSR4 Fasa 2 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan Fasilitator daripada 4 buah sekolah pemeriksa kertas BI daerah Hulu Terengganu. Peserta seramai 72 orang iaitu mewakili 20% murid UPSR setiap sekolah Zon KDSR4. Penglibatan guru seramai 12 orang. Jutaan terima kasih kepada Encik Afendi bin Abd. Ghani atas kesudian beliau menyempurnakan majlis penutup program tersebut. Terima kasih juga kepada guru dan murid-murid yang terlibat.

Khamis, 14 Julai 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016





Tarikh : 14 Julai 2016
Tempat : Dewan Sederap SKT 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 ini merupakan acara yang paling besar bagi siri Aidilfitri tahun-tahun yang lepas. Uniknya, tahun ini jemputan merangkumi seluruh komuniti setempat termasuklah PIBK, Felcra, Jabatan Hutan, PDK, Pusat Kesihatan Tengkawang, JKK Kg Tengkawang, JKK Kampung Kepah, PESAWAT, PEWARIS Asrama dan ibu bapa murid SK Tengkawang. Tidak ketinggalan hadir sama Pegawai daripada PPD Hulu Terengganu. Tahniah kepada JK yang bertungkus lumus sehingga akhir menjaya majlis pada tahun ini.

Selasa, 12 Julai 2016

Mesyuarat Khas Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016




Mesyuarat Sambutan Aidilfitri 2016 Peringkat SK Tengkawang bersama dengan PIBK (Felcra, Jabatan Hutan, JKK Tengkawang, PDK Tengkawang, YDP PIBG) serta semua guru dan staf termasuklah kontrak kebersihan dan keselamatan. Perbincangan mengenai pengisian sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Semoga ianya dapat dilaksanakan dengan meriah sekali.

Jumaat, 1 Julai 2016

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


Penutup Bulan Dakwah & Majlis Khatam Al-Quran 2016




Tarikh : 30 Jun 2016

Penutup Bulan Dakwah telah diadakan pada Khamis yang lalu. Acara akhir dipertandingkan termasuklah Muazzin Cilik dan Tahfiz Muda. Selepas itu diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menutup majlis pada Tahun ini sempena bulan yang berkat ini. Terima kasih kepada Badan Dakwah dan Kerohanian serta Panitia Agama Islam dalam menganjurkan program ini.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates