Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 18 Ogos 2022

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA:SEPAKAT DAN SELAMAT

 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA:

SEPAKAT DAN SELAMAT

Tarikh     : 18 Ogos 2022

Masa       : 8.00 pagi - 10.30 pagi

Tempat   : Dataran SKT dan Dewan Sederap SKT












LAWATAN BERMAKLUMAT PRASEKOLAH SK TENGKAWANG KE PUSAT SAINS DAN KREATIVITI DAN PAYA BUNGA SQUARE

 LAWATAN BERMAKLUMAT PRASEKOLAH SK TENGKAWANG TAHUN 2022

Tarikh    : 16 Ogos 2022 (Selasa)

Tempat  : Pusat Sains dan Kreativiti dan Paya Bunga Square

Masa      : 8.00 pagi - 7.00 malam









Rabu, 17 Ogos 2022

KEJOHANAN RAGBI LELAKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU TAHUN 2022

KEJOHANAN RAGBI LELAKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU TAHUN 2022

Tarikh            :  8 Ogos 2022 

Tempat           : SK Anak Ikan, Besut, Terengganu

Pencapaian    : Lelaki (Penyertaan)

Penglibatan    : Lelaki (6 orang murid SK Tengkawang)










KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU TAHUN 2022

 KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU TAHUN 2022

Tarikh            :  21-22 Julai 2022 (Perempuan)

                           22-23 Julai 2022 (Lelaki)

Tempat           : Padang Hoki, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Terengganu

Pencapaian    : Perempuan (Penyertaan)

                          Lelaki (Tempat ketiga)

Penglibatan    : Perempuan (6 orang murid SK Tengkawang)

                         Lelaki (5 orang murid SK Tengkawang)











PERTANDINGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (ADNI) FKISS SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH KDSR 4, HULU TERENGGANU TAHUN 2022

Pada 17 Ogos 2022, SK Tengkawang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Penghakiman Pertandingan ADNI FKISS Secara Atas Talian Peringkat Sekolah Rendah KDSR 4 , Hulu Terengganu Tahun 2022





 

TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada 17 Ogos 2022, SK Tengkawang telah mengadakan Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada semua ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Tengkawang. Ianya bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada semua ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Tengkawang tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) setelah UPSR dimansuhkan. 















CERAMAH KESIHATAN TAHUN 2022

Pada 17 Ogos 2022, Unit HEM, SK Tengkawang telah mengadakan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr Nur Fauzani binti Md Arshad iaitu Pegawai Perubatan Daerah Hulu Terengganu. Penglibatan semua murid SK Tengkawang. Selain ceramah, pameran berkaitan kesihatan turut diadakan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua warga SK Tengkawang dan ibu bapa yang hadir untuk mendengar taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  








KEM BESTARI SOLAT 2022

Pada 16 Ogos 2022, Panitia Pendidikan Islam SK Tengkawang telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja, manakala pemudahcara terdiri daripada ustaz dan ustazah dari SK Tengkawang sendiri. Tahniah dan syabas diucapkan.






Ahad, 14 Ogos 2022

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKAWANG TAHUN 2022

Pada 14 Ogos 2022, Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Sejarah dengan kerjasama panitia Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama Islam, PPKI dan Pra Sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Tengkawang Tahun 2022. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang yang akan diadakan sepanjang bulan ini demi kemenjadian murid-murid SK Tengkawang. Tahniah dan syabas diucapkan.














KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2022

Pada 13 Ogos 2022, Badan Disiplin SK Tengkawang telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tahun 2022 bertempat di Dewan Sederap, SK Tengkawang. Kem ini disertai oleh semua pengawas sekolah dan semua guru bertindak sebagai fasilitator. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih terperinci tentang tugas dan peranan seorang pengawas sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan.









PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates