Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 20 Februari 2023

SELAMAT TINGGAL MURID TAHUN 6 2022... SELAMAT MAJU JAYA!

 Jamuan Tahun 6 telah diadakan pada hari Khamis hari terakhir sesi 2022/2023. Jamuan ini dibuat untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang akan berpisah dan akan meninggalkan sekolah rendah seterusnya akan ke tingkatan satu. Sebagai kenangan bersama, gambar-gambar mereka boleh dilihat melalui link di bawah.

Lihat Gambar Jamuan Tahun 6




MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID MySTePS 2022/2023

 Pada 15 Februari 2023 iaitu hari Rabu SK Tengkawang telah mengadakan Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid bagi memberi penghargaan kepada murid yang berjaya dan sebagai penyuntik semangat juga dorongan kepada murid-murid lain.





Liputan Majlis boleh dilayari dan ditonton melalui chanel An Nur TV. Video boleh ditonton dengan menekan video di bawah.👇




            Lihat Gambar Majlis Apresiasi 


Ahad, 12 Februari 2023

MAJLIS JASAMU DIKENANG.... CIKGU AMRAN

 Pada 11 Februari 2023 (Sabtu) Kelab Guru dan Staf telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpisahan mantan PK Kokurikulum, Cikgu Amran bin Ismail. Cikgu Amran telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Setebu sebagai PK HEM. Tahniah cikgu Amran... Semoga lebih berjaya di sekolah yang baharu. Salam Perpisahan dari kami warga MySTePS.




video montaj majlis 







Sabtu, 4 Februari 2023

PROGRAM JALINAN KERJASAMA BERSAMA UNIVERSITI ISLAM SELANGOR 2023

 Alhamdulillah... hari ini telah berjaya program jalinan kerjasama antara SK Tengkawang dan Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Selangor. Program ini adalah program cakna yang diberi nama "Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2023", yang mana program ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir baru-baru ini. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Telemong, YB Dato' Haji Rozi bin Mamat. Program ini disertai oleh 168 orang pelajar dan 5 orang pensyarah. Terima kasih kepada pihak yang terlibat atas sumbangan yang diberikan. 











PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates