Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 31 Julai 2023

SALAM PERKENALAN PK HEM SK TENGKAWANG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah perpindahan PK HEM Pn Rapiah ke SK Padang Setebu, Kami telah menerima PK HEM yang baru iaitu En Wan Azmi bin Wan Ismail. Salam Perkenalan dan Selamat Datang Cikgu...



Jumaat, 21 Julai 2023

SALAM PERPISAHAN GPK HEM TERSAYANG

Pada 20 Julai 2023 (Khamis) merupakan hari terakhir GPK HEM, Pn Rapiah bt Yusof bertugas di SK Tengkawang. Selama lebih kurang 4 tahun, beliau bertugas sebagai GPK HEM di SK Tengkawang iaitu bermula pada 10 Jun 2019.

Pn Rapiah telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran di SK Padang Setebu bermula minggu hadapan. Terima kasih atas segala curahn ilmu dan tunjuk ajar kepada kami semua... semoga cikgu sentiasa sihat dan gembira selalu.










MAJLIS PELANCARAN PROGRAM UNIT HEM SK TENGKAWANG 2023

Unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid (HEM) SK Tengkawang bersama-sama merancang untuk melancarkan program masing-masing yang tertunda oleh masalah cuaca dan juga kesibukan program yang bertindan, lebih-lebih lagi program sukan bola baling, hoki dan bola jaring.

Akhirnya, sempurna dilaksanakan pada hari Khamis (20 Julai 2023) di Dewan MySTePS oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Mohd Hisham bin Muhammad. Program yang digabungkan adalah 4 program iaitu Program Guru Penyayang, Program Amalan Baik SSDM, Program Ziarah Cakna dan Program Sistem Keluarga Asrama (SisKA).




Penyerahan Anak Siska Kepada Pembimbing SisKA


Penyerahan Mentee

Hadiah Hari Lahir

Hadiah Amalan Terpuji








Sukan mencergaskan tubuh dan otak

 Minggu ini  (16 - 20 Julai 2023)  merupakan minggu yang sungguh sibuk. Banyak aktiviti yang berlaku dalam minggu ini... Kejohanan Hoki Perempuan U12, Kejohanan Hoki Lelaki U12, Perlawanan Bola Jaring,.. Secara keseluruhan murid yang terlibat, murid yang sama.. 

Alhamdulillah, SK Tengkawang berjaya menjadi Johan bagi hoki Perempuan dan hoki Lelaki. Manakala Bola Jaring berjaya mendapat tempat Ketiga bersama... Ada sedikit peningkatan daripada tahun sebelumnya. Tahniah dan syabas kepada team hoki dan team bola Jaring.

Semoga murid-murid yang cergas bersukan dapat mencerdaskan mental mereka dan seterusnya makin rajin berusaha dalam pelajaran.

Hoki Perempuan






Hoki Lelaki



Bola Jaring





PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates