Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 20 September 2017

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017




18 September 2017 | Isnin

Bertempat di Dewan Sederap SK Tengkawang telah berlangsungnya Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 yang telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Tuan Guru Besar, Encik Suhaimi bin Wahab. Pelbagai acara telah dibuat seperti nyanyian lagu patriotik, persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada para pemenang dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.

NEGARAKU
SEHATISEJIWA


Lagi Gambar

Program Gotong Royong Perdana 2017






16 September | Sabtu

Sempena Hari Malaysia 2017, telah diadakan satu program gotong royong peringkat SK Tengkawang dengan kerjasama JKR Hulu Terengganu dan Komuniti Kampung Tengkawang. Perasmian telah disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Hasan bin Mat Rahim. Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.

Isnin, 11 September 2017

UPSR 2017




11-14 September 2017 | Isnin-Khamis

Semoga Allah permudahkan calon-calon UPSR SK Tengkawang dapat menjawab dengan tenang dan tepat.

Lagi gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates