Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 23 September 2023

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN MOTIVASI SK TENGKAWANG 2023

 SK Tengkawang telah berjaya mengadakan satu program besar iaitu Kem Kecemerlangan dan Motivasi yang diadakan di Anggulia Beach Resort selama 3 hari iaitu 21 hingga 23 September 2023. Program ini dianjurkan dengan kolaborasi Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid SK Tengkawang. Peserta program ini seramai 70 orang iaitu 35 murid lelaki dan 35 murid perempuan yang terdiri daripada tahun 6, 5 dan 4. 

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Rosli bin Chik, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu pada 21 September 2023 jam 3.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mendidik dan membentuk jati diri anak-anak didik SK Tengkawang.. semoga anak-anak Sk Tengkawang berjaya mencapai kejayaan serta mempunyai sahsiah diri yang kukuh dan utuh yang membanggakan agama, keluarga, sekolah, masyarakat dan Negara. 




Sabtu, 16 September 2023

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-66 SK TENGKAWANG 2023

 Program ini telah berjaya dijalankan bermula 21 Ogos 2023 sehingga 14 September 2023. Program ini dianjurkan oleh Panitia Sejarah dengan kerjasama PSS, Panitia BM, PSV, Muzik dan Sains. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk murid-murid dan guru.

Majlis Pelancaran Program diadakan pada 21 Ogos 2023 (Isnin) dan telah dilancarkan oleh PK Pentadbiran, En Mohd Hisham bin Muhammad. 

Majlis Penutup pula diadakan pada 14 September 2023 (Khamis) yang mana program ini dimulai dengan perarakan merdeka. Kemudian aktiviti pertandingan baju patriotik dan tradisional Malaysia dijalankan untuk pra, PPKI, tahap 1 dan tahap 2. Seterusnya Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu En Mohamad Norman bin Ibrahim, persembahan lagu Patriotik oleh Johan tahap 1 dan Johan Tahap 2 dan akhirnya pentampaian hadiah kepada para pemenang.

Semoga program ini memberi semangat kepada semua warga sekolah menjadi rakyat yang dibanggakan.







PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates