Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 27 Februari 2014

Program Bersama Majalah Kuntum

Program bersama Majalah Kuntum telah diadakan di dewan SKT bermula jam 12.30 tengahari pada hari ini. Kunjungan maskot majalah ini telah memeriahkan lagi program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah galakan membaca serta kuiz. Semua murid dan guru telah diberikan majalah kuntum secara percuma sebagai wadah bacaan. Program ini adalah usaha dan inisiatif Pusat Sumber Sekolah. Syabas dan tahniah.

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah


Minggu Anti Dadah telah bertemakan "Hidup Sihat Tanpa Dadah" telah diadakan bermula 19-27 Februari 2014. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bermula pada hari Isnin melalui aktiviti senamrobik, diikuti dengan hari Selasa menerusi tayangan video mengenai dadah. Pada hari Rabu pula telah diadakan acara bersajak, berpantun dan bersyair. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Saidi bin Mat Amin. Syabas dan tahniah kepada AJK atas penganjuran.

Pelancaran Program NILAM dan Kempen Kelek Buku


Pada 23 Februari 2014 telah diadakan Program Pelancaran Program NILAM dan Kempen Kelek Buku Peringkat Sekolah. Program anjuran Pusat Sumber Sekolah ini telah dirasmikan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Program NILAM merupakan salah satu pengisian utama dalam pelaksanaan amalan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. Melalui kempen ini pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan kuiz, teka silangkata, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Tahniah atas penganjuran kempen berkenaan.

Ahad, 16 Februari 2014

Program Gempur Aedes Bersama Jabatan Kesihatan Daerah

Pada 15 Februari 2014 - Di Perkarangan Masjid Kampung Tengkawang telah diadakan Pelancaran Gempur Aedes Perdana anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Terengganu/ Klinik Kesihatan Tengkawang/ JKKK Kampung Tengkawang. Seramai 60 orang murid-murid yang terdiri daripada Tahun 4,5 dan 6 telah menyertai acara Explorace sempena pelancaran berkenaan.
 



Ahad, 9 Februari 2014

Watikah Pelantikan Pengawas Dan Kursus Kepimpinan

Watikah Pelantikan Pengawas serta Kursus Kepimpinan telah disempurnakan pada 9 Februari 2014. Seramai 105 orang pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas ditauliahkan oleh Koperal Mas Rusli bin Idrus daripada IPD Hulu Terengganu. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan iltizam untuk memajukan SK Tengkawang.





PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates