Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 7 Disember 2021

E-agoonaree Pendidikan Khas Peringkat Negeri SK Tengkawang 2021

Pada 29 Nov- 1 Disember 2021 telah diadakan Program E-agoonaree Pendidikan Khas Peringkat Negeri SK Tengkawang 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan GuruBesar Sk Tengkwang sendiri iaitu En Mohd Sabri Bin Mohamad dan persmian penutupnya telah dirasmikan oleh En Rizahudin bin Mohd Sofee Penolong PPD unit Pendidikan Khas. Anatara aktiviti yang dijalan kan dalam program ini ialah Asas perkhemahan ,Kawad statik, Special chef(masakan), Kebudayaan. Program ini telah berjalan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini




























Khamis, 23 September 2021

PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU TERENGGANU

 

Khamis 23 September 2021- SK Tengkawang telah di jadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Seramai 556 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari sekolah-sekolah berdekatan iaitu .

1.       SMK Matang,

2.       SMK Kuala Jenderis,

3.       SMK Kuala Telemong,

4.       SMK Jenagor

5.       Pondok Darul Ansar.

 

Terima kasih kepada 

Pengarah Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Daerah Hulu Terengganu

Majlis Daerah Hulu Terengganu

Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu

JKR Daerah Hulu Terengganu

Semua Jawatankuasa dan orang perseorangan yang memberikan kerjasama sehingga selesai progam hari ini pada jam 2 petang























Ahad, 1 Ogos 2021

MAJLIS SEKALUNG BUDI USTAZAH SITI

 AHAD         

1 OGOS 2021

.Telah diadakan satu majlis perpisahan sempena pertukaran seorang guru iaitu Ustazah Siti Zaleha bt Zalkupeli. 

Beliau mula berkhidmat di SK Tengkawang dari 1.1.2019-31.7.2021. Beliau merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dan ringan tulang dalam membantu pihak sekolah. Pihak sekolah juga mengucapkan salam perpisahan dan jutaan terima kasih diatas setiap komitmen serta kerjabuat yang telah beliau curahkan selama berkhidmat di Sk Tengkawang . 

Majlis ini telah diadakan melalui medium google meet memandangkan negara masih lagi dibawah pandemik Covid 19. Semoga beliau dapat  meneruskan  lagi bakti beliau disekolah baru dengan lebih cemerlng dan bersemangat... 

Segala khidmat bakti yg telah dicurahkan oleh beliau akan terus dikenang sepanjang masa...InsyaAllah.

TERIMA KASIH







Rabu, 14 April 2021

MAJLIS SANJUNGAN BUDI GURU SKT 2021

8 APR 2021

PIHAK WARGA SK TENGKAWANG TELAH MENGADAKAN MAJLIS  SANJUNGAN BUDI GURU SKT 2021 SEMPENA PERTUKARAN DUA ORG GURU  IAITU 
\
SAHARUDDIN BIN MAT
&
SERI WANIS BT AB. RAHMAN
 DAN MAJLIS TELAH DIADAKAN 
DI
LEMBAH WARISAN IKAN BAUNG 
JAM 
2 PTG










        










 

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates