Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 14 Julai 2022

PROGRAM PELANCARAN AMALAN GURU DAN PIBG PENYAYANG TAHUN 2022

Pada 14 Julai 2022, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tengkawang telah mengadakan Pelancaran Program Amalan Guru dan PIBG Penyayang Tahun 2022. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hisham bin Hassan ,Naib YDP PIBG SK Tengkawang dan bertujuan untuk menjiwai amalan penyayang adalah budaya dikalangan para guru, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. Program diserikan lagi dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada guru dan murid yang lahir dari bulan januari hingga julai serta penyerahan mentor dan mentee(guru dan murid).Syabas dan tahniah  

















Khamis, 7 Julai 2022

KEJOHANAN RAGBI SENTUH BAWAH 12 MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2022

Pada 5-6 Julai 2022, SK Tengkawang, Hulu Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi Sentuh (Bawah 12) Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.

Maklumat kejohanan adalah seperti berikut:

                        Tarikh                       : 5- 6 Julai  2022 (Selasa - Rabu)
                        Masa                        : 2.30 Petang
                        Tempat                     : Padang SK Tengkawang, Hulu Terengganu
                        Sekolah Pengelola   : SK Tengkawang, Hulu Terengganu

Keputusan Rasmi bagi Kejohanan Ragbi Sentuh (Bawah 12) Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.

 Lelaki (Bawah 12)

Johan                               : SK Tengkawang
Naib Johan                      : SK  Matang
Tempat Ketiga Bersama  : SK Felda Tersat dan SK Kuala Ping












Rabu, 6 Julai 2022

PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN DAN LATIHAN FIRE DRILL

 Pada 5 Julai 2022, Unit Sekolah Selamat/SPKS, Hal Ehwal Murid SK Tengkawang dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang telah mengadakan ceramah keselamatan dan latihan Fire Drill bertempat di SK Tengkawang, Hulu Terengganu. Program dimulai dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh En Zamri bin Muda iaitu Pegawai Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan selepas itu diikuti dengan demo memadam kebakaran dan pameran jentera bomba.








PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates