Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jumaat, 26 Jun 2015

Majlis Temu Murni Th.1-6





Majlis Temu Murni berlangsung pada 25 Jun 2015 baru-baru ini. Objektif utama pertemuan ini adalah untuk berbincang dengan ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah sempurna dijalankan. Semoga pertemuan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid dengan bantuan penuh daripada ibu bapa murid.



Isnin, 22 Jun 2015

Selamat Datang

Puan Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin
Penolong Kanan Pentadbiran

Kuiz Palang Merah Antarabangsa





SK Tengkawang telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai menyertai Kuiz Palang Merah/Bulan Sabit Merah Malaysia Dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang telah berlangsung pada 16 Jun 2015 di SMK Batu Rakit Kuala Terengganu.

Terima kasih...Pn. Norjuma



Pada 21 Jun 2015 merupakan hari terakhir Puan Norjuma'awati berkhidmat di SK Tengkawang kerana beliau ditukarkan ke SK Tanggol. Selamat bertugas di tempat baharu.

Selasa, 16 Jun 2015

Syabas dan Tahniah - APC 2014

Gambar : JPNT

Tahniah kepada 4 orang guru SK Tengkawang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014. 
1. Puan Zaliha binti Mustafa - Mantan GB SK Tengkawang 
2. Puan Rabiah binti Abu Bakar - Mantan PKP SK Tengkawang 
3. Encik Hamdam bin Embong 
4. Puan Rashidah binti Yusoff

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah dilangsungkan pada 16 Jun 2015 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Kami warga SKT merakamkan sekalung tahniah dan semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang.

Pemantauan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu






Pemantauan daripada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu bermula pada 16 - 17 Jun 2015 melibatkan Pemantauan Pengurusan Panitia Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual bagi memastikan sistem pengurusan fail adalah mengikut SKPM yang telah digariskan. Pencerapan PdP juga dilakukan terhadap 4 orang guru bagi melihat keberkesanan PdP DMZ dan DSV. Pegawai yang hadir adalah Encik Shahril dan Encik Arizuan bin Ali. Terima kasih tuan.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates