Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 10 Disember 2015

Kelas LINUS Terakhir


Hari ini berakhirlah kelas LINUS yang dijalankan bermula seawal cuti persekolahan lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakannya termasukkan Guru-Guru Tahap 1 dan Tenaga Pengajar daripada penduduk Kampung Tengkawang.


Kerja-Kerja Penebangan Pokok di Asrama




Tarikh : 10 Disember 2015
Jam : 2.30 petang
Tuan Guru Besar sendiri turun padang bersama dengan pekerja sekolah melakukan proses penebangan pokok besar di hadapan dewan makan asrama yang berisiko untuk tumbang demi keselamatan murid. Kerja-kerja akan disambung semula pada hari Ahad ini.

Khamis, 26 November 2015

Pengisian SKPM 2010 dan SKPM 2003





Pada 26 November 2015 telah diadakan Pengisian SKPM melibatkan semua pentadbir sekolah dan beberapa orang guru yang terlibat secara langsung dalam pengisian ini. 
Masa : 8.30 - 1.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Penglibatan :
1. Tuan Guru Besar 
2. PK Pentadbiran
3. PK HEM
4. PK KO
5. Sir Azam bin Zaf
6. SU HEM 
7. SU Sukan
8. Penyelia Asrama

| Foto : Guru Besar

Selasa, 24 November 2015

Taklimat Guru-Guru LINUS




Usahasama yang mantap bersamat PESAWAT diteruskan lagi melalui pelaksanaan kelas LINUS Tahap 1. Sesi taklimat bersama guru-guru LINUS dalam kalangan warga Kampung Tengkawang telah diadakan pada hari ini 24 November 2015 di SK Tengkawang. Taklimat disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SK Tengkawang. Semoga usaha mengadakan kelas LINUS ini dapat merealisasikan program sifar LINUS pada tahun depan.

Ahad, 22 November 2015

Kelas Cuti Terancang dan Kelas LINUS




Kelas Linus Tahap 1 dengan kerjasama PESAWAT dan PIBG SK Tengkawang serta Kelas Cuti Terancang Tahun 5 bermula hari ini selamat seminggu. 

Khamis, 19 November 2015

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada seluruh warga SK Tengkawang. Namun begitu Kelas Cuti Terancang Tahun 5 akan dijalankan pada 22-26 November 2015 ini. Pastikan hadir sepenuhnya. Kelas LINUS juga turut diadakan dalam cuti tahunan ini.

Rakaman "Dengarlah Sayang" Bersama Terengganu FM oleh DJ Ain






RTM Terengganu telah mengadakan rakaman Rancangan "Dengarlah Sayang" di SK Tengkawang pada 19 November 2015. Rakaman ini dikendalikan oleh penerbitnya DJ Ain bersama krew teknikal. Persembahan yang dibuat adalah dikir barat dan nyanyian solo oleh Adik Daniel dan Nik Asheera. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada TerengganuFM atas kesudian untuk membuat rakaman berkenaan. 

Jamuan Akhir Pengurusan Asrama Dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR






Pada 18 November 2015 telah diadakan Jamuan Akhir Pengurusan Asrama SK Tengkawang bertempat di Restoran KFC Kuala Berang. Penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR turut diadakan dalam majlis berkenaan. Jamuan dihadiri oleh semua Warden Asrama, Pembantu Pengurusan Murid dan Semua penghuni Asrama serta pihak pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, PKP dan PKHEM. 

Selasa, 17 November 2015

Jaringan Baru Bersama TNB





SK Tengkawang mengorak langkah dengan meluaskan jaringan baru dengan TNB bagi mendapatkan penajaan hoki dan menawarkan sekolah angkat demi pembangunan Hoki SKT. Perbincangan bersama Pengurus Besar TNB Tuan Mustafa bertempat di Stesen Janakuasa Hidro Sultan Mahmud pada 16 November 2015 itu antara lain memfokuskan bentuk kerjasama yang boleh diberikan oleh TNB. Alhamdulilah beliau bersetuju untuk menaja sebahagian daripada perbelanjaan penyertaan Karnival Hoki Antarabangsa di USM Pulau Pinang pada 9-12 Disember 2015 nanti. SKT diwakili oleh Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan dan Cikgu Norezdiani serta wakil PESAWAT.

SK Tengkawang Mula Bangkit







17 November 2015
SK TENGKAWANG MULA BANGKIT daripada kegagalan tahun lepas dan menjadi pengubat hati kepada semua warga SK Tengkawang apabila 4 orang daripada 45 calon mendapat 5A. Manakala 6 orang mendapat 4A 1B. Hasil kerjasama gembling keringat dan tenaga semua pihak guru, staf dan ibu bapa serta warga setempat (PESAWAT, J3K) akhirnya membuahkan hasil.  Syabas dan tahniah 'teamwork' SK Tengkawang yang tidak pernah mengenal putus asa.

Isnin, 16 November 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Asrama






Pada 16 November 2015 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Penghuni Asrama SK Tengkawang. Majlis bermula jam 2.30 petang itu dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu - Encik Mohd Hassan bin Mat Rahim. Adik Mariam bin Ali telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid Asrama 2015. Selain daripada itu turut diadakan cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir memeriahkan majlis ini. Syabas dan tahniah atas penganjuran oleh Jawatankuasa Asrama SK Tengkawang. 

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah





SK Tengkawang menghantar 3 orang peserta ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah yang berlangsung pada 16 November 2015. Sekalung tahniah kepada Syazana yang mendapat tempat ke-6 dalam acara tersebut.

Ahad, 15 November 2015

Taklimat Prasekolah Sesi Persekolahan 2016





15 November 2015 | SK Tengkawang 

Taklimat diadakan melibat murid Prasekolah 5 dan 6 tahun bagi sesi persekolahan 2016. Taklimat disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Wahab - Guru SK Tengkawang dan dibantu oleh Puan Nik Aliza - Penolong Kanan Pentadbiran. Antara lain adalah pelantikan PEWARIS PRASEKOLAH 2016.

Kejohanan Ragbi Sentuh




    14 November 2015
    Tahniah SK Tengkawang mendapat Naib Johan Kategori Bowl B11 yang diadakan di SK Sultan Sulaiman.

Sabtu, 14 November 2015

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar KAFA Negeri Terengganu





Tarikh : 14 November 2015
Tempat : Dewan Akademi Binaan Malaysia, Jenagor
Perasmian Oleh : YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat 
SK Tengkawang menghantar seramai 54 orang murid dan diiringi oleh Puan Nik Aliza - Penolong Kanan Pentadbiran.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates