Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 30 September 2019

Ahad, 29 September 2019

Ziarah Cakna

29 September 2019 | Ahad


Penyampaian Cenderahati kepada Guru-guru yang Baru Menimang Cahaya Mata

29 September 2019 | Ahad

Tahniah kepada cikgu Amran, cikgu Zaki dan Ustazah Azlizatu Akhma yang baru menimang cahaya mata. Sumbangan cenderahati adalah daripada Kelab Guru dan Staf SK Tengkawang.




Sabtu, 28 September 2019

Gemilang Beach Taekwando Championship 2019

27-28 September 2019 | Pantai Batu Buruk

Tahniah kepada adik Tuan Hazween Adreana binti Tuan Azwan yang sekali lagi muncul johan pertandingan taekwando kategori 10-12 tahun.



Khamis, 26 September 2019

Majlis Penutup Kem Motivasi dan Kepimpinan Pelajar SK Tengkawang 2019

26 September 2019 | Khamis

Turut diadakan, Majlis Restu Ilmu bagi murid yang bakal menjelang minggu hadapan.





Lagi Gambar>>

Kem Motivasi dan Kepimpinan Pelajar SK Tengkawang 2019

25 September 2019 | Rabu

Kem ini diadakan untuk melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat menjadi contoh oleh murid lain. Program ini juga sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Kursus ini memberi penekanan kepada tugas harian, keyakinan terhadap diri sendiri dan sedar kemampuan diri sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Kawad kaki
2. Taklimat kem.
3. Ceramah Motivasi bertajuk "Sahsiah dan Gejala Sosial Remaja Kini"
    Oleh: Inspektor Nurul Sharina binti Anuar, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Hulu Terengganu.
4. Menaikkan dan menurunkan bendera.
5. "Ice Breaking"
6. Penyampaian Hadiah.






Lagi Gambar>>

Selasa, 24 September 2019

Kunjung Bantu Daripada Jabatan Pertanian Hulu Terengganu

24 September 2019 | Selasa

Terima kasih kepada Encik Zaidi yang telah berkongsi ilmu pertanian bersama PPKI SK Tengkawang.




Jumaat, 20 September 2019

Majlis Persaraan Encik Md. Zainal Abidin

19 September 2019 | Khamis Berlangsung majlis "Bakti Disanjung Budi Dijunjung" sempena persaraan Encik Md. Zainal Abidin bin Mustafa. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Turut hadir meraikan majlis ini Encik Azmi, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPDHT), Encik Suhaimi (mantan guru besar SK Tengkawang) dan YDP PIBG SK Tengkawang. Terima kasih memeriahkan lagi majlis ini. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa kerja yang memastikan kelancaran majlis ini. Lagi Gambar>>

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates