Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 17 Februari 2020

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

ISNIN | 17FEB 20

Majlis ini telah disempurnakan oleh Sarjan Ahmad Mas Rusli bin Idrus, PSS SK Tengkwang. Turut diserikan lagi dengan kehadiran barisan kepimpinan Jawatankuasa PIBG SK Tengkawang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.


























Rabu, 12 Februari 2020

BENGKEL PEMURNIAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH KDSR 4

Rabu- 12 Februari 2020, Bengkel Permurnian Perancangan Strategik Sekolah KDSR 4
Bertempat di SK Tengkawang. Seramai 48 orang guru yang terlibat dalam bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru  Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Bengkel ini telah disempurnakan di bawah bimbingan Cikgu Nasaruddin bin Abu Bakar, Penolong PPD Sektor Perancangan








Khamis, 6 Februari 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDHT 2020

Pada 4 Feb 2020 telah berlangsung KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDHT 2020 di SMK MATANG. SK Tengkawang telah menghantar 5 orang peserta lelaki dan 5 org peserta perempuan. Tahniah kepada adik Razin Ruzaini bin Mohd Khairul Anwar kerana berjaya menduduki tempat 3 bagi acara bawah 12 (Lelaki). Bagi acara bawah 12 perempuan adik Nur Qistina Syahzanani bt Syali telah berjaya mendapat tempat ke-5 diikuti oleg adik Fakhiha Hazzanie bt Mohamad tempat ke-10.


 













Rabu, 5 Februari 2020

CERAMAH MOTIVASI UPSR 2020

Ceramah Motivasi untuk Murid- murid tahun 6 SK Tengkawang di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang.
Penceramah daripada QUDWAH LEGACY iaitu Muhammad Najmuddin 'Ulwan bin Mohd Hamdan telah bersama pelajar selama 2 jam








PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates