Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 27 November 2017

SK Tengkawang Berselawat 2017



21.11.2017 | Selasa

Bertempat di Dewan Sederap, SK Tengkawang telah berlangsung program SK Tengkawang Berselawat 2017 bersempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Lagi gambar

Program Bersepadu BSMM Di Sekolah




16-18.11.2017 | SK Tengkawang

Telah berlangsung Program Bersepadu Bulan Sabit Merah Malaysia Di Sekolah Dalam Mengurangkan Risiko Bencana.

Lagi gambar 

Majlis Jamuan Akhir & Kalungan Budi 2017



13 November 2017 | Hotel Grand Continental KT

Majlis ini merupakan agenda tahunan bagi Kelab Warga SKT bagi meraikan ahli-ahli kelab dan mengadakan majlis kalungan budi bagi guru-guru yang telah bertukar.

Lagi Gambar

Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah 2017




22.11.2017 | Rabu

Telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah SK Tengkawang 2017. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Akademik dan Ko-Akademik serta pembentukan sahsiah diri para pelajar SK Tengkawang. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Encik Che Azmai bin Talib, Pegawai SISC+ MM. Terima kasih diucapkan kepada perasmi, PIBG, PEWARIS, semua JKKK terlibat, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Lagi gambar

Persiapan Sebelum Musim Banjir 2017



23.11.2017 | Khamis

Gotong royong telah diadakan bagi mengalihkan barangan dan peralatan ke tempat yang lebih tinggi. Lokasi-lokasi yang terlibat seperti padang sekolah, kelas prasekolah, kelas ppki dan bilik-bilik lain yang berada di tingkat bawah.

Senamrobik Bersama Kelab Doktor Muda SK Tengkawang 2017




16.11.2017 | Dewan Sederap, SK Tengkawang

Kursus Kecergasan Kelab Doktor Muda Peringkat Daerah HT 2017



12 & 13 November | Dewan Pertanian Negeri, Sekayu

Telah diadakan Kursus Training Of Trainers Instructor Kecergasan Kelab Doktor Muda Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2017. Seramai 5 orang murid 2 orang guru terlibat iaitu Ustaz Husin bin Awang dan Cikgu Noor Ezdiani binti Zainal Abidin.

Lagi gambar

Kelas Cuti Terancang Akhir Tahun 2017





Selasa, 10 Oktober 2017

Ceramah Awal Remaja dan Kursus Pengurusan Jenazah




10 Oktober 2017 | Selasa

Program Ceramah Awal Remaja dan Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan dengan kerjasama dari pejabat agama. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Jauzi dan Ustazah Fatikah. Sekalung penghargaan kepada kedua-dua penceramah dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2017 dan Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Lagi gambar

Rabu, 20 September 2017

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017




18 September 2017 | Isnin

Bertempat di Dewan Sederap SK Tengkawang telah berlangsungnya Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 yang telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Tuan Guru Besar, Encik Suhaimi bin Wahab. Pelbagai acara telah dibuat seperti nyanyian lagu patriotik, persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada para pemenang dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.

NEGARAKU
SEHATISEJIWA


Lagi Gambar

Program Gotong Royong Perdana 2017






16 September | Sabtu

Sempena Hari Malaysia 2017, telah diadakan satu program gotong royong peringkat SK Tengkawang dengan kerjasama JKR Hulu Terengganu dan Komuniti Kampung Tengkawang. Perasmian telah disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Hasan bin Mat Rahim. Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.

Isnin, 11 September 2017

UPSR 2017




11-14 September 2017 | Isnin-Khamis

Semoga Allah permudahkan calon-calon UPSR SK Tengkawang dapat menjawab dengan tenang dan tepat.

Lagi gambar

Selasa, 15 Ogos 2017

Klinik Intervensi Tempa A Bahasa Inggeris Dan Sains



14-15 Ogos 2017 | Isnin-Selasa

Seramai empat orang murid dari sekolah kita terpilih ke program Klinik Intervensi Tempa A Murid Target UPSR Daerah Hulu Terengganu 2017 yang diadakan di Dewan Plaza Rahmat OKB, Kuala Berang. Mereka terdiri daripada adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zullkiffle dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi.

Isnin, 14 Ogos 2017

Rangkuman Aktiviti Kem PAC UPSR 2017




10 - 12 Ogos 2017 | Khamis - Sabtu

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bengkel bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sains. Selain itu, turut diadakan juga slot kaunseling, solat fardhu secara berjemaah dan program riadah.

Lagi gambar

Program Memasyarakatkan Murid Asrama Berasaskan Masid 2/2017

10 Ogos 2017 | Khamis

Program ini telah diadakan di Masjid Kampung Tengkawang. Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Tengkawang yang telah sudi memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan program tersebut. Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, bacaan Yasin, doa selamat dan solat isyak secara berjemaah. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Jalaludin bin Ismail, Pegawai PPDHT dan Tuan Haji Kasman bin Embong, Pegawai SIP+ PPDHT. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Lagi gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates