Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 31 Julai 2017

Pemantauan Progres Pembinaan Pagar Sekolah



30 Julai 2017 | Ahad

Pemantauan telah dibuat oleh Tuan Wahi dan Tuan Mohd Mohd Qamzar dari Unit Pembangunan PPDHT. Pihak SK Tengkawang merakamkan ucapan terima kasih.

Lagi gambar

Bimbingan Berkelompok Dari Pegawai Linus PPDHT



30 Julai 2017 | Ahad

Terima kasih atas bimbingan dan keprihatinan daripada Tuan Nasarudin, Tuan Hasnu Al-Hadi, Tuan Rusmadi, Tuan Azeman, Tuan Mohd Alip dan Tuan Rizahudin, Pegawai Linus PPDHT.

Lagi gambar

Lawatan Pegawai empower ECER



27 Julai 2017 | Khamis

SK Tengkawang telah dilawati oleh Pegawai empower ECER, Cik Farahanim.

BATHKPC Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu



26-28 Julai 2017 | Akademi GPMS Batu Rakit, Kuala Nerus

Seramai dua orang murid dari SK Tengkawang telah terpilih ke Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu iaitu adik Nur Aliya Nazifa binti Mohd Suhaimi dan adik Tengku Hanim Salina binti Tengku Hasim.

Lagi gambar

Program empower ECER


26 Julai 2017 | Rabu

Program empower ECER telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program kali ini memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Encik Azmi Mohamad Diah.

Lagi gambar

Rabu, 26 Julai 2017

Program Talk Terapi Mandian Herba



25 Julai 2017 | Selasa

Bertempat di PDK Tengkawang, telah berlangsung Program Talk Terapi Mandian Herba yang dikelola oleh wakil syarikat Hy Therapy Centre. Peserta-peserta yang terlibat ialah PPKI SK Tengkawang, PDK Tengkawang, PDK Semai Kasih Kuala Telemong dan PDK Kuala Berang.

Lagi gambar

Selasa, 25 Julai 2017

Taklimat SSQS dan Program PAC 2017


24 Julai 2017 | Isnin

Taklimat SSQS telah disampaikan oleh Puan Norbaizura Mohamad Rasat dan Taklimat PAC telah disampaikan oleh En Suhaimi Wahab dan Puan Mazni Ismail.

Lagi gambar

Ahad, 23 Julai 2017

Program empower ECER Akademik




22 Julai 2017 | Sabtu

Persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2017 semakin giat dijalankan dengan meneruskan Program empower ECER Akademik 2017. Pada minggu ini 3 slot telah berjaya dilaksanakan melibatkan mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah Encik Zulkipli Hashim, Encik Mohd Azam Zaf @ Zakaria dan Puan Noor Ezdiani Zainal Abidin.

Lagi gambar

Khamis, 20 Julai 2017

Motivasi Mingguan Sebelum UPSR


20 Julai | Khamis

Rutin mingguan menjelang peperiksaan UPSR 2017, diadakan slot motivasi untuk para murid bagi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Lagi gambar

Selasa, 18 Julai 2017

Kuiz Pendidikan Palang Merah



18 Julai 2017 | Selasa

Seramai 4 orang murid mewakili SK Tengkawang ke Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah & Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa iaitu adik Adriana Hamzah, adik Abu Huzaifah, adik Umi Maisyara dan adik Hariz Najwan. Pertandingan ini yang diadakan di SMK Batu Rakit turut diiringi oleh dua orang guru iaitu En Kamarudin bin Mohamad selaku pengurus peserta dan Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku Setiausaha Kehormat Daerah dan AJK Pelaksana Kuiz Pendidikan Palang Merah/BSMM dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Negeri.

Lagi gambar

Lawatan Singgah Sayang Dan Pemantauan SPPSR




17 Julai 2017 | Isnin

Terima kasih kepada Tuan Mohd Razali bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik JPNT di atas curahan ilmu dan perkongsian maklumat berkenaan sistem SPPSR di samping membuat lawatan singgah sayang ke SK Tengkawang bersama Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

Lagi gambar

Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu




17 Julai 2017 | Isnin

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Jalaludin bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kerana di dalam kesibukan beliau, masih boleh singgah sayang di SK Tengkawang bagi memberi motivasi kepada calon-calon upsr 2017. Nasihat dan pesanan yang diberikan amat memberi kesan kepada diri murid-murid. Semoga semangat dan mutiara-mutiara kata yang telah dititipkan oleh Tuan Pegawai dapat dimanfaatkan oleh murid-murid SK Tengkawang bagi mencipta kejayaaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Lagi gambar

Program empower ECER Akademik Tahun 2017 SK Tengkawang




15 Julai 2017 | Sabtu

Program empower ECER diteruskan lagi pada minggu ini dengan tiga slot iaitu Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Sains. Terima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat iaitu Encik Azmi Mohamad Diah, Puan Maspah Salleh dan Puan Fauziah yang telah mencurahkan ilmu kepada murid-murid SK Tengkawang.



Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2017




13 - 15 Julai 2017 | Kem Seri Gunung , Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu 

Seramai dua orang murid SK Tengkawang telah mewakili sekolah iaitu adik Wan Faris Idham bin Wan Jaafar dan adik Nor Naina Tania binti Mohd Rashid ke Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2017. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid, guru-guru pengiring semua pihak yang telah menjayakan program ini. Tahniah juga kepada pasukan kawad TKRS lelaki kerana telah muncul johan negeri dalam pertandingan kawad. Namun kita tidak bernasib baik kerana murid SK Tengkawang tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya (peringkat kebangsaan).


Lagi Gambar

Khamis, 13 Julai 2017

Taklimat SSQS Versi 3 Bagi Pengetua dan Guru Besar






13 Julai | Khamis

Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) Versi 3 Bagi Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Seminar, PKG Kuala Berang.

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP




4 Julai 2017 | Selasa

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sederap SK Tengkawang. Taklimat berkenaan renang telah disampaikan oleh Encik Kamaruddin Bin Mohamad.

Penyampaian Bantuan Pakaian Uniform





9 Julai 2017 | Ahad

Majlis penyampaian bantuan pakaian uniform kepada murid-murid yang layak telah disempurnakan oleh tuan guru besar, Encik Suhaimi Bin Wahab.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates