Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Memaparkan catatan dengan label sk tengkawang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sk tengkawang. Papar semua catatan

Sabtu, 16 September 2023

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-66 SK TENGKAWANG 2023

 Program ini telah berjaya dijalankan bermula 21 Ogos 2023 sehingga 14 September 2023. Program ini dianjurkan oleh Panitia Sejarah dengan kerjasama PSS, Panitia BM, PSV, Muzik dan Sains. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk murid-murid dan guru.

Majlis Pelancaran Program diadakan pada 21 Ogos 2023 (Isnin) dan telah dilancarkan oleh PK Pentadbiran, En Mohd Hisham bin Muhammad. 

Majlis Penutup pula diadakan pada 14 September 2023 (Khamis) yang mana program ini dimulai dengan perarakan merdeka. Kemudian aktiviti pertandingan baju patriotik dan tradisional Malaysia dijalankan untuk pra, PPKI, tahap 1 dan tahap 2. Seterusnya Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu En Mohamad Norman bin Ibrahim, persembahan lagu Patriotik oleh Johan tahap 1 dan Johan Tahap 2 dan akhirnya pentampaian hadiah kepada para pemenang.

Semoga program ini memberi semangat kepada semua warga sekolah menjadi rakyat yang dibanggakan.







Jumaat, 21 Julai 2023

SALAM PERPISAHAN GPK HEM TERSAYANG

Pada 20 Julai 2023 (Khamis) merupakan hari terakhir GPK HEM, Pn Rapiah bt Yusof bertugas di SK Tengkawang. Selama lebih kurang 4 tahun, beliau bertugas sebagai GPK HEM di SK Tengkawang iaitu bermula pada 10 Jun 2019.

Pn Rapiah telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran di SK Padang Setebu bermula minggu hadapan. Terima kasih atas segala curahn ilmu dan tunjuk ajar kepada kami semua... semoga cikgu sentiasa sihat dan gembira selalu.










PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates