Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 29 September 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015



Sekalung Penghargaan kepada IPD Trafik Cawangan Kuala Berang dan Sukarelawan PESAWAT Kg Tengkawang yang turut sama menjayakan kejohanan ini. Tahniah kepada semua JK terlibat.






Ahad, 20 September 2015

Khamis, 17 September 2015

Hari Terakhir Pelatih IPGSM





Sekalung Penghargaan dan terima kasih kepada Guru Pelatih IPGSM yang menamatkan latihan selama 2 bulan di SK Tengkawang. Seluruh warga SKT merakamkan jutaan terima kasih kepada Nurul Azmira Azmi, Aida Sakira Mamat dan Noratiqah Hanim Mohd Roslin. Terima kasih juga kepada guru pembimbing mereka Cikgu Noranis Hassan (Sains) dan Cikgu Kamaruddin Mohamad (PJ). Terima kasih kerana mewarnai SK Tengkawang.

Tahniah, Pra Sekolah SK Tengkawang




Tahniah kepada pasukan Pra Sekolah SK Tengkawang yang mendapat Naib Johan dalam acara bola jaring sempena Karnival Futsal Dan Bola Jaring Pra Sekolah Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015. 

Rabu, 16 September 2015

Gotong-Royong Penghuni Asrama




16 September 2015 - Telah diadakan gotong-royong membersih kawasan asrama SK Tengkawang sempena dengan Cuti Hari Malaysia.

Selasa, 15 September 2015

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan





Pada 15 September 2015 telah diadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2015. Penyampaian hadiah diberikan kepada semua acara yang diadakan sepanjang tempoh berkenaan. Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster, pertandingan permainan tradisional, hadiah anak merdeka dan cabutan bertuah kemerdekaan. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid dalam menjaya kan kempen kemerdekaan pada tahun ini. "Malaysia - Sehati Sejiwa.

Jalinan Kerjasama Dengan PESAWAT




SK Tengkawang menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Anak Warisan Kampung Tengkawang (PESAWAT) melalui perbincangan yang telah diadakan pada 15 September 2015 di Bilik Guru Besar. PESAWAT diwakili oleh pengerusinya iaitu Encik Mohammad Hamidi Ismail . Antara yang diperbincangkan adalah bentuk kerjasama dan bantuan yang boleh dimainkan oleh NGO untuk kemajuan SKT.

Isnin, 14 September 2015

Program Dialog Prestasi LINUS 2.0 dan Perasmian Bilik Ilmu (LINUS)




Pada 14 September 2015 telah berlangsungnya Program Dialog Prestasi LINUS 2.0 bersama pelajar-pelajar LINUS, pemulihan khas dan PPKI serta Ibu Bapa murid berkenaan di SK Tengkawang. Majlis ini dihadiri oleh Encik Mohd Alip bin Awang yang turut merasmikan Bilik Ilmu (LINUS 2,0). Kerja cuti terancang juga diedar kepada ibu bapa murid-murid LINUS dan Pemulihan. Terima kasih atas sokongan padu daripada Ibu Bapa murid terbabit.

Taklimat LNPT HrMIS




Taklimat Pengurusan LNPT HrMIS untuk P/GB dan Pembantu Tadbir Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Terengganu diadakan pada 14 September 2015 di PPD Hulu Terengganu.

Penyenggaraan SK Tengkawang 2015




Pada 13 September 2015, Syarikat Scot Technology telah menjalankan kerja-kerja penyenggaraan kepada 24 buah pc, 6 buah LCD Projecor dan sebuah printer di SK Tengkawang. Turut sama membantu adalah Juruteknik Komputer PKG Tengkawang iaitu Puan Atija. Terima kasih yang tidak terhingga kepada BTPN Terengganu dan PKG Tengkawang atas usaha ini.

Bakti Terakhir Pelatih IPGSM



Minggu ini merupakan minggu terakhir kepada 3 orang Guru Pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan. Mereka adalah Cik Nurul, Cik Aida dan Cik Atiqah opsyen Pendidikan Jasmani dan Sains. Terima kasih atas sumbangan selama 3 bulan di SK Tengkawang.

Mesyuarat Pengurusan Pekerja Kebersihan Sekolah





Mesyuarat diadakan pada 13 September 2015 pada jam 2.30 petang di Bilik Guru Besar. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan bayaran gaji, tunggakan gaji dan KWSP 2014, prosedur kerja, jadual penghantaran bahan dan pengurusan sampah. Hadir sama adalah wakil syarikat pembersihan.

Ahad, 6 September 2015

Penyampaian Cenderamata Murid Tahun 6 daripada DUN Telemong

06 September 2015

Cenderamata disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shadiq Fahmi bin Mohd @ Dahlan, Pegawai Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA). Terima kasih kepada YB Dato' Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong atas sumbangan cenderamata berupa alat tulis.




Jumaat, 4 September 2015

Majlis Temu Murni Menjelang UPSR


Pada 3 September 2015 telah diadakan Temu Murni sejurus sahaja selesai Majlis Penutup Kem 40 Hari Menjelang UPSR.

Majlis Penutup Kem 40 Hari Menjelang UPSR

03 September 2105



Berakhirlah sudah Kem 40 Hari Menjelang UPSR yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi merealisasikan pencapaian terbilang UPSR peringkat sekolah dan daerah. Majlis penutupan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Afandi bin Abdul Ghani - Penolong PPD Pengurusan Kurikulum Dan Kemanusian, PPD Hulu Terengganu mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Turut sama ialah Encik Saidi bin Ismail, Pegawai Khas Pendidikan Khas JPNT. Fasilitator yang terlibat juga hadir sama dalam majlis ini. Semoga hasrat dan impian menjadi kenyataan.

Selasa, 1 September 2015

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu 2015



1 September 2015, berlangsungnya Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Hulu Terengganu 2015 di SK Padang Setengge. SK Tengkawang memperolehi tempat ketiga bagi kategori Nyanyian Solo Lelaki iaitu adik Daniel bin Nasrul Dahlan dan saguhati kategori Nyanyian Solo Perempuan, adik Nik Asheera binti Nik Hashim. Syabas dan tahniah kepada pelajar dan guru pengiring yang terlibat.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates