Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 15 Ogos 2017

Klinik Intervensi Tempa A Bahasa Inggeris Dan Sains



14-15 Ogos 2017 | Isnin-Selasa

Seramai empat orang murid dari sekolah kita terpilih ke program Klinik Intervensi Tempa A Murid Target UPSR Daerah Hulu Terengganu 2017 yang diadakan di Dewan Plaza Rahmat OKB, Kuala Berang. Mereka terdiri daripada adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zullkiffle dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi.

Isnin, 14 Ogos 2017

Rangkuman Aktiviti Kem PAC UPSR 2017




10 - 12 Ogos 2017 | Khamis - Sabtu

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bengkel bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sains. Selain itu, turut diadakan juga slot kaunseling, solat fardhu secara berjemaah dan program riadah.

Lagi gambar

Program Memasyarakatkan Murid Asrama Berasaskan Masid 2/2017

10 Ogos 2017 | Khamis

Program ini telah diadakan di Masjid Kampung Tengkawang. Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Tengkawang yang telah sudi memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan program tersebut. Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, bacaan Yasin, doa selamat dan solat isyak secara berjemaah. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Jalaludin bin Ismail, Pegawai PPDHT dan Tuan Haji Kasman bin Embong, Pegawai SIP+ PPDHT. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Lagi gambar

Isnin, 7 Ogos 2017

Singgah Sayang KU SPPK JPNT


6 Ogos 2017 | Ahad

Ketika sesi kelas tambahan petang kelas tahun 6 diadakan, sekolah kita bertuah dikunjungi oleh Tuan Haji Mohd Tahar bin Sali, KU SPPK JPNT kira-kira jam 4.15 petang. Terima kasih jua atas kesudian beliau memberi suntikan semangat kepada calon-calon UPSR. Dalam kunjungan ini juga, beliau sempat meninjau keadaan di asrama dan menunaikan solat asar di surau asrama. Sesi kunjungan ini berakhir pada pukul 6.00 petang.

Lagi gambar

Ahad, 6 Ogos 2017

Galakan Kecemerlangan Peperiksaan Percubaan UPSR


6 Ogos 2017 | Ahad

Penyampaian hadiah galakan kecemerlangan telah diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid tahun 6 yang telah memperolehi keputusan terbaik di dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Penerima-penerima tersebut ialah adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zulkifli dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi. Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

Lagi gambar

Semarakkan Kibar Jalur Gemilang


6 Ogos 2017 | Ahad

Sempena bulan kemerdekaan, kempen semarakkan kibar jalur gemilang telah dilancarkan dengan diketuai oleh Tuan Guru Besar bagi menyemai sifat cintakan negara serta semangat patriotik di kalangan warga SK Tengkawang.

Lagi gambar

Program empower ECER - Slot BI


4 Ogos 2017 | Jumaat

Pada minggu ini diisi dengan dua slot iaitu Slot BI Pemahaman bersama Sir Adnan Harun dan Slot BI Penulisan bersama Sir Abdullah Mohd Nor.

Lagi gambar

Kem PAC 2017 - Solat Hajat



3 Ogos 2017 | Khamis

Bertempat di Asrama SK Tengkawang, telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang turut dihadiri oleh ibu bapa murid tahun 6. Terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi hadir bagi menjayakan program ini.

Lagi gambar

Selasa, 1 Ogos 2017

Pelancaran Kem PAC, Program Motivasi & Temu Murni



1 Ogos 2017 | Selasa

Pelancaran Kem 'Pakat Amik Cakna' (PAC) 40 Hari Memburu 6A UPSR, Program Motivasi Dan Temu Murni Tahun 1-6 2017 telahdisempurnakan oleh Encik Afandi bin Abdul Ghani, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan). Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Lagi gambar

Pertandingan Pertolongan Cemas BSMM Sekolah-sekolah Terengganu



1 Ogos 2017 | Selasa

Bertempat di SMK Dato Haji Mat Said, Pertandingan Pertolongan Cemas Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 2017 telah berlangsung. SK Tengkawang telah diberi penghormatan utk menghantar 2 pasukan bagi kategori Sekolah Rendah untuk cabaran kali ini. Penyertaan yang julung kali disertai oleh BSMM Daerah Hulu Terengganu (SK TENGKAWANG) di sertai 10 peserta dan di iringi Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Hulu Terengganu, Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin dan 2 org guru pengiring iaitu Encik Kamaruddin bin Mohamad dan Puan Norbaizura binti Mohamad Rasat. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dikongsi untuk penyertaan tahun depan.

Lagi gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates