Pada 17 Ogos 2022, SK Tengkawang telah mengadakan Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada semua ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Tengkawang. Ianya bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada semua ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Tengkawang tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) setelah UPSR dimansuhkan.
Rabu, 17 Ogos 2022
CERAMAH KESIHATAN TAHUN 2022
KEM BESTARI SOLAT 2022
Pada 16 Ogos 2022, Panitia Pendidikan Islam SK Tengkawang telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja, manakala pemudahcara terdiri daripada ustaz dan ustazah dari SK Tengkawang sendiri. Tahniah dan syabas diucapkan.
Ahad, 14 Ogos 2022
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKAWANG TAHUN 2022
Pada 14 Ogos 2022, Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Sejarah dengan kerjasama panitia Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama Islam, PPKI dan Pra Sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Tengkawang Tahun 2022. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang yang akan diadakan sepanjang bulan ini demi kemenjadian murid-murid SK Tengkawang. Tahniah dan syabas diucapkan.
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2022
Ahad, 7 Ogos 2022
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SK TENGKAWANG TAHUN 2022
Pada 7 Ogos 2022, Unit PPDa, SK Tengkawang telah mengadakan majlis perasmian sambutan minggu anti dadah peringkat SK Tengkawang tahun 2022. Majlis tersebut dirasmikan oleh En Mat Hazaman bin Che Harun, Pembantu Anti Dadah, Unit Pencegahan AADK Hulu Terengganu. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti ceramah tentang bahayanya dadah dan juga pameran AADK untuk tatapan murid-murid SK Tengkawang. Terima kasih diucapkan kepada AADK Daerah Hulu Terengganu atas kerjasama yang telah diberikan.










.jpeg)














.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)









.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)



.jpeg)


