6 Ogos 2017 | Ahad Ketika sesi kelas tambahan petang kelas tahun 6 diadakan, sekolah kita bertuah dikunjungi oleh Tuan Haji Mohd Tahar bin Sali, KU SPPK JPNT kira-kira jam 4.15 petang. Terima kasih jua atas kesudian beliau memberi suntikan semangat kepada calon-calon UPSR. Dalam kunjungan ini juga, beliau sempat meninjau keadaan di asrama dan menunaikan solat asar di surau asrama. Sesi kunjungan ini berakhir pada pukul 6.00 petang. Lagi gambar
Penyampaian hadiah galakan kecemerlangan telah diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid tahun 6 yang telah memperolehi keputusan terbaik di dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Penerima-penerima tersebut ialah adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zulkifli dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi. Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Lagi gambar
6 Ogos 2017 | Ahad Sempena bulan kemerdekaan, kempen semarakkan kibar jalur gemilang telah dilancarkan dengan diketuai oleh Tuan Guru Besar bagi menyemai sifat cintakan negara serta semangat patriotik di kalangan warga SK Tengkawang. Lagi gambar
Bertempat di Asrama SK Tengkawang, telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang turut dihadiri oleh ibu bapa murid tahun 6. Terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi hadir bagi menjayakan program ini. Lagi gambar
Pelancaran Kem 'Pakat Amik Cakna' (PAC) 40 Hari Memburu 6A UPSR, Program Motivasi Dan Temu Murni Tahun 1-6 2017 telahdisempurnakan oleh Encik Afandi bin Abdul Ghani, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan). Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lagi gambar
Bertempat di SMK Dato Haji Mat Said, Pertandingan Pertolongan Cemas Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 2017 telah berlangsung. SK Tengkawang telah diberi penghormatan utk menghantar 2 pasukan bagi kategori Sekolah Rendah untuk cabaran kali ini. Penyertaan yang julung kali disertai oleh BSMM Daerah Hulu Terengganu (SK TENGKAWANG) di sertai 10 peserta dan di iringi Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Hulu Terengganu, Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin dan 2 org guru pengiring iaitu Encik Kamaruddin bin Mohamad dan Puan Norbaizura binti Mohamad Rasat. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dikongsi untuk penyertaan tahun depan. Lagi gambar
30 Julai 2017 | Ahad Pemantauan telah dibuat oleh Tuan Wahi dan Tuan Mohd Mohd Qamzar dari Unit Pembangunan PPDHT. Pihak SK Tengkawang merakamkan ucapan terima kasih. Lagi gambar
Terima kasih atas bimbingan dan keprihatinan daripada Tuan Nasarudin, Tuan Hasnu Al-Hadi, Tuan Rusmadi, Tuan Azeman, Tuan Mohd Alip dan Tuan Rizahudin, Pegawai Linus PPDHT. Lagi gambar
26-28 Julai 2017 | Akademi GPMS Batu Rakit, Kuala Nerus
Seramai dua orang murid dari SK Tengkawang telah terpilih ke Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu iaitu adik Nur Aliya Nazifa binti Mohd Suhaimi dan adik Tengku Hanim Salina binti Tengku Hasim. Lagi gambar
Program empower ECER telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program kali ini memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Encik Azmi Mohamad Diah. Lagi gambar
25 Julai 2017 | Selasa Bertempat di PDK Tengkawang, telah berlangsung Program Talk Terapi Mandian Herba yang dikelola oleh wakil syarikat Hy Therapy Centre. Peserta-peserta yang terlibat ialah PPKI SK Tengkawang, PDK Tengkawang, PDK Semai Kasih Kuala Telemong dan PDK Kuala Berang. Lagi gambar
Taklimat SSQS telah disampaikan oleh Puan Norbaizura Mohamad Rasat dan Taklimat PAC telah disampaikan oleh En Suhaimi Wahab dan Puan Mazni Ismail. Lagi gambar
Persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2017 semakin giat dijalankan dengan meneruskan Program empower ECER Akademik 2017. Pada minggu ini 3 slot telah berjaya dilaksanakan melibatkan mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah Encik Zulkipli Hashim, Encik Mohd Azam Zaf @ Zakaria dan Puan Noor Ezdiani Zainal Abidin. Lagi gambar
Rutin mingguan menjelang peperiksaan UPSR 2017, diadakan slot motivasi untuk para murid bagi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki tidak lama lagi. Lagi gambar
Seramai 4 orang murid mewakili SK Tengkawang ke Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah & Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa iaitu adik Adriana Hamzah, adik Abu Huzaifah, adik Umi Maisyara dan adik Hariz Najwan. Pertandingan ini yang diadakan di SMK Batu Rakit turut diiringi oleh dua orang guru iaitu En Kamarudin bin Mohamad selaku pengurus peserta dan Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku Setiausaha Kehormat Daerah dan AJK Pelaksana Kuiz Pendidikan Palang Merah/BSMM dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Negeri. Lagi gambar
Terima kasih kepada Tuan Mohd Razali bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik JPNT di atas curahan ilmu dan perkongsian maklumat berkenaan sistem SPPSR di samping membuat lawatan singgah sayang ke SK Tengkawang bersama Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Lagi gambar
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Jalaludin bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kerana di dalam kesibukan beliau, masih boleh singgah sayang di SK Tengkawang bagi memberi motivasi kepada calon-calon upsr 2017. Nasihat dan pesanan yang diberikan amat memberi kesan kepada diri murid-murid. Semoga semangat dan mutiara-mutiara kata yang telah dititipkan oleh Tuan Pegawai dapat dimanfaatkan oleh murid-murid SK Tengkawang bagi mencipta kejayaaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang bakal diduduki tidak lama lagi. Lagi gambar
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.