Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 28 Januari 2016

Gotong-Royong Perdana Pencegahan Denggi





Pada 28 Januari 2016 - telah diadakan Gotong-Royong Perdana Pencegahan Denggi bertemakan "Perangi Denggi Gempur Aedes". Program dimulakan seawal 7.30 pagi melibatkan seluruh warga SK Tengkawang. Gotong-royong ini akan berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir pada 30 Januari 2016 ini. Semoga SK Tengkawang terhindar daripada wabak denggi yang kian menular sekarang.

| Lagi Gambar

Rabu, 27 Januari 2016

Gotong-Royong Perdana Perangi Denggi Gempur Aedes


Perjumpaan Pegawai SISC+ Bersama Guru Matematik dan BM




Kehadiran Pegawai SISC+ PPD Hulu Terengganu ke SK Tengkawang pada 26 Januari 2016 membantu guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu amatlah dihargai. Sesi perjumpaan dan taklimat turut diberikan oleh Encik Che Azmai bin Talib dan Encik Azmi bin Mohamad Diah. Terima kasih atas kehadiran tuan. 

Khamis, 21 Januari 2016

Kolaborasi Bersama








Prog. Kolaborasi HT6 2016.
Tarikh : 20/1/2016 Rabu
Masa  : 9.00 pagi
Lokasi: Pej.Pend.Daerah HT.
Sek.terlibat : SK Cheting, SK P.Setebu dan SK Tengkawang.

Tiga sekolah berasrama dijemput ke PPDHT bagi membincangkan kejayaan dan kegagalan program usahasama pada tahun 2015 dan mengenalpasti usahasama baru yg boleh dibuat antara IPG Sultan Mizan dan sekolah2 terlibat.
Keputusannya semua sekolah bersetuju mengadakan kolaborasi demi meningkatkan pencapaian sekolah tanpa mengganggu calon UPSR.
Mesyuarat kedua akan di adakan di SK Cheting pada 28 Jan nanti.
SK Tengkawang diwakili GB dan PKP.

Ahad, 17 Januari 2016

Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 Dan Program Penyayang 2016






Tarikh : 17 Januari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SKT
Majlis Penutup Program Transisi dan Sekolah Penyayang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Alip bin Awang @ Che Ghani Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Terengganu. Terima kasih.

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin


 Solat Hajat di Surau Asrama



Solat Hajat dan Bacaan Yaasin di Surau SKT

Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin telah dijalankan pada 16 Januari 2016 di Surau Asrama manakala pada 17 Januari 2016 di Surau SKT. Majlis solat hajat ini diadakan bagi memohon doa agar diberi kesembuhan kepada Adik Nurul Elis Farhana Afendi yang kini terlantar di HSNZ akibat komplikasi paru-paru dan buah pinggang dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Semoga usaha ini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t hendaknya. 

Ahad, 10 Januari 2016

Penyampaian Hadiah Melukis Poster



10 Januari 2016 : Sekalung tahniah kepada pemenang Pertandingan Melukis poster Anjuran PPD Hulu Terengganu iaitu Adik NUR AS-SUFIYA ILHAMY BINTI AHMAD SYAIFUDDIN yang merangkul Johan seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM150. Manakala Adik SITI NURBAEYAH BINTI PAHRURAZI mendapat tempat ke-3 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM75. Tahniah kepada Cikgu Rohani atas bimbingan mantap kepada murid berkenaan.

Akviti Perhimpunan 10 Januari 2016





10 Januari 2016 : Majlis Penyampaian Hadiah kepada guru pertama menggunakan Pusat Sumber Sekolah Sesi 2016 iaitu Puan Hasanah binti Mat Ali. Selain itu disampaikan majalah untuk setiap kelas sebagai gimik kempen "Satu Majalah Satu Kelas". Tahniah kepada GPM menyediakan anugerah ini.

Rabu, 6 Januari 2016

Kerja-Kerja Pemotongan Rumput Di Padang



    Pada 05 Januari 2016, Tuan Guru Besar terpaksa turun padang seawal 8.00 pagi dengan memantau sendiri proses memotong rumput yang dijalankan oleh Syarikat Pembersihan setelah diberi kata dua dan mengarahkan agar padang disiapkan pagi itu juga. Kerja-kerja dapat diselesaikan sepenuhnya pada jam 9.00 pagi dan boleh digunakan sepenuhnya untuk aktiviti jasmani.

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENYENGGARAAN ASET SEKOLAH







    Tarikh : 05 Januari 2016
    Masa : 9.30 am


    Lawatan Pemantauan Penyenggaraan Aset Sekolah oleh Tuan Jafri Jusoh - PPPD Pembangunan , Perolehan Dan Aset bersama dengan Encik Amir bin Hamzah bagi memastikan semua rekod dikemaskini sebaik mungkin. Terima kasih atas kunjungan tuan.

Selasa, 5 Januari 2016

MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR BIL.1/2016





MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR BIL.1/2016


Tarikh : 05 Januari 2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tengkawang


Antara yang diperbincangkan adalah Laporan Pencapaian UPSR 2015, Penetapan Target 2016 berdasarkan format baru UPSR serta Program aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat SK Tengkawang dengan tagline "Sederap Berwawasan SKT Terbilang". Encik Suhaimi bin Wahab selaku Guru Besar menyatakan sangat yakin dengan pasukan yang ada walaupun pertukaran terbaru melibatkan guru yang sangat komited dalam tugasnya. 

Foto dan Berita : Guru Besar

Selamat Menjadi Warga SKT


Selamat memulakan tugas di SK Tengkawang buat Puan Mazni binti Ismail (PK HEM) daripada SK Kuala Ping. Manaka Puan Asmayati daripada Setiu sebagai Guru Bahasa Inggeris. Seluruh warga SKT mengalu-alukan kehadiran puan berdua.

Jasa Abadi


Selamat memulakan tugas di tempat baru bagi 3 orang guru SK Tengkawang. Pn. Sabariah telah ditukarkan setara ke SK Matang sebagai PKHEM, Puan Nur Nadiah ke SK Sultan Sulaiman 2 manakala Pn. Rozita ke SK Teris berkuatkuasa 01 Januari 2016. Jasa mereka akan dikenang sepanjang perkhidmatan di SK Tengkawang.

Ahad, 3 Januari 2016

Taklimat Keselamatan Kebersihan dan PPM





Taklimat Keselamatan, Kebersihan Dan PPM
Tarikh : 03 Januari 2016
Jam : 12.00 pm
Taklimat disampaikan oleh Tuan Guru Besar Encik Suhaimi bin Wahab. Beliau menyentuh tentang keselamatan murid asrama, tugas-tugas pengawal, PPM dan pekerja kebersihan sekolah. Selain daripada itu beliau turut meninjau kekurangan dan langkah-langkah penambahbaikkan. Perbincangan mengenai tenguran dan maklumbalas daripada semua hadirin.
"Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

LAWATAN PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN




Lawatan Awal Persekolahan

1. Puan Laileesun binti Ishak SISC+ PPDHT selaki Pegawai Perhubungan Sekolah 2016
2. Encik Saidi bin Ismail - Unit Khas JPNT

Meninjau persediaan sekolah dan "First Bell First Lesson"

Pemantauan Persediaan Awal Pengurusan Asrama Dan Keselamatan SK Tengkawang




Pemantauan Persediaan Awal Pengurusan Asrama Dan Keselamatan SK Tengkawang
Tarikh : 02 Januari 2016

Tinjauan Guru Besar : Encik Suhaimi bin Wahab
- Meninjau kelengkapatan dan persediaan pengurusan asrama dalam menerima penghuni baru sesi 2016.
- Solat Maghrib berjemaah di Surau asrama bersama Warden Aspura dan Aspuri...
- Tazkirah selepas Maghrib
- Meninjau kesiapsiagaan pengawal keselamatan yang bertugas
"Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates