22.01.2013 (Selasa) - SK Tengkawang telah menjadi tuan rumah bagi majlis Pembahagian Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi Dun Telemong.Majlis dirasmikan oleh YB.Tn.Hj.Rozi bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu -ADUN TELEMONG).Majlis berlangsung pada pukul 2.30 petang di dataran SK Tengkawang.Sekolah yang menyertai majlis ini adalah SK Tengkawang,SK Sungai Buloh dan SK.Kuala Ping.
06.11.2012 (Selasa) -Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan dengan jayanya bertempat di dewan SK Tengkawang.Majlis berlangsung tepat pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 tengahari.Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima hadiah.Tidak dilupakan juga,tahun ini Ton Mohd Aidil bin Ton Rosli telah dinobatkan sebagai tokoh unggul SKT.
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.