Kem ini diadakan untuk melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat menjadi contoh oleh murid lain. Program ini juga sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Kursus ini memberi penekanan kepada tugas harian, keyakinan terhadap diri sendiri dan sedar kemampuan diri sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
1. Kawad kaki
2. Taklimat kem.
3. Ceramah Motivasi bertajuk "Sahsiah dan Gejala Sosial Remaja Kini"
Oleh: Inspektor Nurul Sharina binti Anuar, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Hulu Terengganu.
4. Menaikkan dan menurunkan bendera.
5. "Ice Breaking"
6. Penyampaian Hadiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan