Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah perpindahan PK HEM Pn Rapiah ke SK Padang Setebu, Kami telah menerima PK HEM yang baru iaitu En Wan Azmi bin Wan Ismail. Salam Perkenalan dan Selamat Datang Cikgu...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah perpindahan PK HEM Pn Rapiah ke SK Padang Setebu, Kami telah menerima PK HEM yang baru iaitu En Wan Azmi bin Wan Ismail. Salam Perkenalan dan Selamat Datang Cikgu...
Minggu ini (16 - 20 Julai 2023) merupakan minggu yang sungguh sibuk. Banyak aktiviti yang berlaku dalam minggu ini... Kejohanan Hoki Perempuan U12, Kejohanan Hoki Lelaki U12, Perlawanan Bola Jaring,.. Secara keseluruhan murid yang terlibat, murid yang sama..
Alhamdulillah, SK Tengkawang berjaya menjadi Johan bagi hoki Perempuan dan hoki Lelaki. Manakala Bola Jaring berjaya mendapat tempat Ketiga bersama... Ada sedikit peningkatan daripada tahun sebelumnya. Tahniah dan syabas kepada team hoki dan team bola Jaring.
Semoga murid-murid yang cergas bersukan dapat mencerdaskan mental mereka dan seterusnya makin rajin berusaha dalam pelajaran.
Jamuan Tahun 6 telah diadakan pada hari Khamis hari terakhir sesi 2022/2023. Jamuan ini dibuat untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang akan berpisah dan akan meninggalkan sekolah rendah seterusnya akan ke tingkatan satu. Sebagai kenangan bersama, gambar-gambar mereka boleh dilihat melalui link di bawah.
Pada 15 Februari 2023 iaitu hari Rabu SK Tengkawang telah mengadakan Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid bagi memberi penghargaan kepada murid yang berjaya dan sebagai penyuntik semangat juga dorongan kepada murid-murid lain.
Pada 11 Februari 2023 (Sabtu) Kelab Guru dan Staf telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpisahan mantan PK Kokurikulum, Cikgu Amran bin Ismail. Cikgu Amran telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Setebu sebagai PK HEM. Tahniah cikgu Amran... Semoga lebih berjaya di sekolah yang baharu. Salam Perpisahan dari kami warga MySTePS.
Alhamdulillah... hari ini telah berjaya program jalinan kerjasama antara SK Tengkawang dan Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Selangor. Program ini adalah program cakna yang diberi nama "Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2023", yang mana program ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir baru-baru ini. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Telemong, YB Dato' Haji Rozi bin Mamat. Program ini disertai oleh 168 orang pelajar dan 5 orang pensyarah. Terima kasih kepada pihak yang terlibat atas sumbangan yang diberikan.
Alhamdulillah satu aktiviti jaringan kerjasama perkongsian amalan terbaik Sekolah Transformasi (TS25) telah berjaya dijalankan pada 25 Januari 2023 antara 6 buah sekolah dalam Kejohanan Ragbi MSSDHT bawah 11 di SK Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu. 6 buah sekolah yang terlibat adalah:
1. SK Tengkawang
2. SK Betong
3. SK Kuala Ping
4. SK Matang
5. SK Padang Setebu
6. SK Felda Tersat
Keputusan adalah seperti berikut:
Johan CUP : SK Felda Tersat
Naib Johan CUP : SK Tengkawang
Johan PLATE : SK Kuala Ping
Naib Johan Plate : SK Betong
Johan BOWL : SK Matang
Naib Johan BOWL : SK Padang Setebu
Terima kasih kepada Pegawai PPDHT, En Hasmasuhaimi bin Sulaiman@Hashim, Para Guru Besar SK yang hadir, Jurulatih-jurulatih, guru-guru, kakitangan dan semua yang turut serta dalam memeriahkan program tersebut. Semoga memberi manfaat kepada kita semua terutama untuk pembangunan diri murid-murid semua.