Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ahad, 7 Ogos 2022

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SK TENGKAWANG TAHUN 2022

 Pada 7 Ogos 2022, Unit PPDa, SK Tengkawang telah mengadakan majlis perasmian sambutan minggu anti dadah peringkat SK Tengkawang tahun 2022. Majlis tersebut dirasmikan oleh En Mat Hazaman bin Che Harun, Pembantu Anti Dadah, Unit Pencegahan AADK Hulu Terengganu. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti ceramah tentang bahayanya dadah dan juga pameran AADK untuk tatapan murid-murid SK Tengkawang. Terima kasih diucapkan kepada AADK Daerah Hulu Terengganu atas kerjasama yang telah diberikan.






















Khamis, 14 Julai 2022

PROGRAM PELANCARAN AMALAN GURU DAN PIBG PENYAYANG TAHUN 2022

Pada 14 Julai 2022, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tengkawang telah mengadakan Pelancaran Program Amalan Guru dan PIBG Penyayang Tahun 2022. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hisham bin Hassan ,Naib YDP PIBG SK Tengkawang dan bertujuan untuk menjiwai amalan penyayang adalah budaya dikalangan para guru, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. Program diserikan lagi dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada guru dan murid yang lahir dari bulan januari hingga julai serta penyerahan mentor dan mentee(guru dan murid).Syabas dan tahniah  

















Khamis, 7 Julai 2022

KEJOHANAN RAGBI SENTUH BAWAH 12 MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2022

Pada 5-6 Julai 2022, SK Tengkawang, Hulu Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi Sentuh (Bawah 12) Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.

Maklumat kejohanan adalah seperti berikut:

                        Tarikh                       : 5- 6 Julai  2022 (Selasa - Rabu)
                        Masa                        : 2.30 Petang
                        Tempat                     : Padang SK Tengkawang, Hulu Terengganu
                        Sekolah Pengelola   : SK Tengkawang, Hulu Terengganu

Keputusan Rasmi bagi Kejohanan Ragbi Sentuh (Bawah 12) Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.

 Lelaki (Bawah 12)

Johan                               : SK Tengkawang
Naib Johan                      : SK  Matang
Tempat Ketiga Bersama  : SK Felda Tersat dan SK Kuala Ping












Rabu, 6 Julai 2022

PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN DAN LATIHAN FIRE DRILL

 Pada 5 Julai 2022, Unit Sekolah Selamat/SPKS, Hal Ehwal Murid SK Tengkawang dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang telah mengadakan ceramah keselamatan dan latihan Fire Drill bertempat di SK Tengkawang, Hulu Terengganu. Program dimulai dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh En Zamri bin Muda iaitu Pegawai Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan selepas itu diikuti dengan demo memadam kebakaran dan pameran jentera bomba.








Ahad, 26 Jun 2022

MESYUARAT AGONG PIBG SK TENGKAWANG KALI KE 37

Pada 25 Jun 2022 , Mesyuarat Agong PIBG SK Tengkawang Kali ke 37 telah diadakan di Dewan Sederap, SK Tengkawang. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En Sukeshah bin Osman iaitu Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 yang baru dilantik. Semoga PIBG SK Tengkawang terus cemerlang.


 









Rabu, 22 Jun 2022

KEJOHANAN HOKI (BAWAH 12) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2022

Pada 21-22 Jun 2022, padang SK Tengkawang, Hulu Terengganu telah dipilih sebagai tempat pertandingan bagi Kejohanan Hoki (Bawah 12) Majlis Sukan Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.
Maklumat kejohanan adalah seperti berikut:

                        Tarikh                       : 21 - 22 Jun 2022 (Selasa - Rabu)
                        Masa                         : 2.30 Petang
                        Tempat                      : Padang SK Tengkawang, Hulu Terengganu
                        Sekolah Pengelola    : SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu


Keputusan Rasmi bagi Kejohanan Hoki (Bawah 12) Majlis Sukan Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022.

 Lelaki (Bawah 12)

Johan                               : SK Tengkawang
Naib Johan                      : SK Tengku Ampuan Intan
Tempat Ketiga Bersama  : SK Sungai Buloh dan SK Binjai Kertas

 Perempuan (Bawah 12)

Johan                               : SK Tengkawang
Naib Johan                      : SK Tengku Ampuan Intan
Tempat Ketiga Bersama  : SK Sungai Buloh dan SK Binjai Kertas










PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates