12 Mac 2019 | Selasa | Dewan Sederap, SK Tengkawang
SK Tengkawang berjaya mendapat tempat ketiga menerusi acara Tilawah Al-Quran lelaki yang dimenangi oleh adik Ammar Haziq. Tahniah kepada pemenang-pemenang dan para peserta. Sekalung penghargaan juga kepada semua yang terlibat menjayakannya.
Alhamdulillah keputusan merentas desa PPKI L14 & P12 kita mendapat tempat ketiga menerusi adik Muhammad Adam Haris bin Omar dan adik Siti Nur Imanina binti Mohd Nadzri.
Terima kasih atas kesudian Ustaz Hanif (mantan warden) singgah ke asrama SK Tengkawang. Beliau sempat mengimamkan solat dan memberi tazkirah kepada penghuni asrama.
Bapa Nurimanina telah meninggal dunia pada 28 Januari 2019. Program ziarah cakna ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga beliau daripada warga SK Tengkawang. Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat.
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.