Seramai empat orang murid dari sekolah kita terpilih ke program Klinik Intervensi Tempa A Murid Target UPSR Daerah Hulu Terengganu 2017 yang diadakan di Dewan Plaza Rahmat OKB, Kuala Berang. Mereka terdiri daripada adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zullkiffle dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bengkel bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sains. Selain itu, turut diadakan juga slot kaunseling, solat fardhu secara berjemaah dan program riadah. Lagi gambar
Program ini telah diadakan di Masjid Kampung Tengkawang. Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Tengkawang yang telah sudi memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan program tersebut. Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, bacaan Yasin, doa selamat dan solat isyak secara berjemaah. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Jalaludin bin Ismail, Pegawai PPDHT dan Tuan Haji Kasman bin Embong, Pegawai SIP+ PPDHT. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Lagi gambar
6 Ogos 2017 | Ahad Ketika sesi kelas tambahan petang kelas tahun 6 diadakan, sekolah kita bertuah dikunjungi oleh Tuan Haji Mohd Tahar bin Sali, KU SPPK JPNT kira-kira jam 4.15 petang. Terima kasih jua atas kesudian beliau memberi suntikan semangat kepada calon-calon UPSR. Dalam kunjungan ini juga, beliau sempat meninjau keadaan di asrama dan menunaikan solat asar di surau asrama. Sesi kunjungan ini berakhir pada pukul 6.00 petang. Lagi gambar
Penyampaian hadiah galakan kecemerlangan telah diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid tahun 6 yang telah memperolehi keputusan terbaik di dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Penerima-penerima tersebut ialah adik Nur Adlin Syahzani binti Mohd Azam, adik Nur Aina Najihah binti Mohd Yusof, adik Che Nur Amirah Balqis binti Che Zulkifli dan adik Dhia Qayyum Mifzal bin Mohd Hanafi. Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Lagi gambar
6 Ogos 2017 | Ahad Sempena bulan kemerdekaan, kempen semarakkan kibar jalur gemilang telah dilancarkan dengan diketuai oleh Tuan Guru Besar bagi menyemai sifat cintakan negara serta semangat patriotik di kalangan warga SK Tengkawang. Lagi gambar
Bertempat di Asrama SK Tengkawang, telah diadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang turut dihadiri oleh ibu bapa murid tahun 6. Terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi hadir bagi menjayakan program ini. Lagi gambar
Pelancaran Kem 'Pakat Amik Cakna' (PAC) 40 Hari Memburu 6A UPSR, Program Motivasi Dan Temu Murni Tahun 1-6 2017 telahdisempurnakan oleh Encik Afandi bin Abdul Ghani, Penolong PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan). Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lagi gambar
Bertempat di SMK Dato Haji Mat Said, Pertandingan Pertolongan Cemas Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 2017 telah berlangsung. SK Tengkawang telah diberi penghormatan utk menghantar 2 pasukan bagi kategori Sekolah Rendah untuk cabaran kali ini. Penyertaan yang julung kali disertai oleh BSMM Daerah Hulu Terengganu (SK TENGKAWANG) di sertai 10 peserta dan di iringi Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Hulu Terengganu, Puan Noor Ezdiani binti Zainal Abidin dan 2 org guru pengiring iaitu Encik Kamaruddin bin Mohamad dan Puan Norbaizura binti Mohamad Rasat. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dikongsi untuk penyertaan tahun depan. Lagi gambar
30 Julai 2017 | Ahad Pemantauan telah dibuat oleh Tuan Wahi dan Tuan Mohd Mohd Qamzar dari Unit Pembangunan PPDHT. Pihak SK Tengkawang merakamkan ucapan terima kasih. Lagi gambar
Terima kasih atas bimbingan dan keprihatinan daripada Tuan Nasarudin, Tuan Hasnu Al-Hadi, Tuan Rusmadi, Tuan Azeman, Tuan Mohd Alip dan Tuan Rizahudin, Pegawai Linus PPDHT. Lagi gambar
26-28 Julai 2017 | Akademi GPMS Batu Rakit, Kuala Nerus
Seramai dua orang murid dari SK Tengkawang telah terpilih ke Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC) Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu iaitu adik Nur Aliya Nazifa binti Mohd Suhaimi dan adik Tengku Hanim Salina binti Tengku Hasim. Lagi gambar
Program empower ECER telah diadakan untuk murid-murid tahun enam. Program kali ini memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Encik Azmi Mohamad Diah. Lagi gambar
25 Julai 2017 | Selasa Bertempat di PDK Tengkawang, telah berlangsung Program Talk Terapi Mandian Herba yang dikelola oleh wakil syarikat Hy Therapy Centre. Peserta-peserta yang terlibat ialah PPKI SK Tengkawang, PDK Tengkawang, PDK Semai Kasih Kuala Telemong dan PDK Kuala Berang. Lagi gambar
Taklimat SSQS telah disampaikan oleh Puan Norbaizura Mohamad Rasat dan Taklimat PAC telah disampaikan oleh En Suhaimi Wahab dan Puan Mazni Ismail. Lagi gambar
Persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2017 semakin giat dijalankan dengan meneruskan Program empower ECER Akademik 2017. Pada minggu ini 3 slot telah berjaya dilaksanakan melibatkan mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah Encik Zulkipli Hashim, Encik Mohd Azam Zaf @ Zakaria dan Puan Noor Ezdiani Zainal Abidin. Lagi gambar
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.