Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 28 September 2016

Kejohanan Balapan & Padang Dan Sukan Rakyat




SK Tengkawang telah berjaya mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Dan Sukan Rakyat pada tahun ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hasan bin Mohd Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

Kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula 26-28 September 2016 dan acara dimulai jam 2.30 petang. Terima kasih kepada penyertaan jemputan daripada SK Kuala Ping dan SK Matang bagi acara 100meter dan 4x100 meter Lelaki dan Perempuan.

Penglibatan daripada komuniti setempat amat memberangsangkan. Penyertaan daripada ibu bapa murid SK Tengkawang dalam acara sukan rakyat.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sukan tahun ini.

| Album Gambar 1
| Album Gambar 2
| Album Gambar 3 

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan



Tarikh : 25 September 2016

Penutupan secara rasminya pada hari ini oleh Tuan Guru Besar SK Tengkawang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Bulan Kebangsaan 2016. 

"Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

| Gambar

Jumaat, 23 September 2016

Gotong-Royong





Tarikh : 23 September 2016
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Hiasan padang untuk Kejohanan Balapan & Padang
2. Membaikpulih astaka
3. Membina laluan ke Pentas NILAM
4. Membina laluan refleksologi

Jutaan terima kasih atas kerjasama penduduk Kg. Tengkawang, Padang Setar, Kg Kepah dan Hulu Sat.Turut hadir YDP PIBG, JKK Kg Tengkawang, Padang Setar, Pengerusi PEWARIS, AJK PIBG, ahli belia/beliawanis , guru-guru, ibu bapa dan NGO tempatan.

| Berita dan Gambar : GB | Gambar Lain

Khamis, 22 September 2016

Perjumpaan Khas Ibu Bapa Sempena Kejohanan Balapan&Padang/Sukan Rakyat




    Perjumpaan Khas Bersama Ibu Bapa Murid SKT
    Tarikh : 21 September 2016
    Perjumpaan berkaitan dengan Kejohanan Balapan & Padang Dan Sukan Rakyat yang akan diadakan pada minggu depan. Kerjasama daripada semua ibu bapa/ komuniti setempat bagi gotong-royong yang bakal diadakan.
    Terima kasih kepada J3K Tengkawang (Encik Wahab Zakaria) yang bersetuju menyumbang sebanyak RM500 dan pengerusi PEWARIS secara peribadi RM200. Sesungguhnya masyarakat Tengkawang, Padang Setar, Ulu sat dan Ke...pah sangat utuh pemuafakatannya. Ini dibuktikan dengan kehadiran J3K Kg Kepah, J3K Kg Padang Setar, Timbalan YDP PIBG, Pengerusi PEWARIS dan AJK PIBG. 

    - Gambar : Ustaz Hanif

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah




    Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah
    Tarikh : 21-22 September 2016
    Melibatkan GPM PKG Tengkawang yang akan berkampung selama 2 hari bagi membantu SKT dalam persediaan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu dan dibantu oleh PKG Tengkawang.

    Jutaan terima kasih kepada seluruh ahli PKG Tengkawang dan guru-guru yang terlibat.

Jumaat, 16 September 2016

Gotong-Royong Sempena Hari Malaysia




Tarikh : 16 September 2016
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 am - 11.30 am
Lokasi : Astaka SKT

Sempena dengan Hari Malaysia, AJK PIBG SKT mengambil inisiatif bergotong-royong membaikpulih Pentas Astaka Sekolah tanpa melibatkan guru-guru. Gotong-royong turut disertai J3K dan pekerja sekolah yang berhampiran. Terima kasih kepada AJK PIBG, J3K yang turut sama mengembling tenaga dalam menyempurnakan gotong-royong ini. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

Berita dan Gambar : GB

Khamis, 8 September 2016

Lawatan Ke Rumah Murid SK Tengkawang



Tarikh : 7 September 2016

Guru Besar bersama dengan Tuan Haji Kasman serta PKKO dan Encik Zainal Abidin (PAP) telah mengunjungi rumah murid SKT yang hampir seminggu tidak hadir ke asrama dan sekolah. Petang itu juga, pihak sekolah dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan 2 murid berkenaan bersama ayahnya di Kg. Nibong. Kedua-dua murid berkenaan kini menerima rawatan ICU di HSNZ. Semoga Allah permudahkan kedua-dua mereka.


| Gambar

Kunjungan YB Tn. Haji Dato' Rozi Dan Tuan Haji Kasman



Tarikh : 7 September 2016

Prihatin.. mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai diberikan. Hari kedua ketiga UPSR, SK Tengkawang dikunjungi oleh YB Tuan Haji Dato' Rozi bin Mamat - Exco Belia Dan Sukan merangkap ADUN Telemong. Kami warga SK Tengkawang merakamkan jutaan terima kasih atas kecaknaan yang membanggakan. Kunjungan YB Dato' adalah semata-mata untuk bersua dengan calon UPSR SK Tengkawang. Disinilah menunjukkan betapa akrabnya hubungan antara pemimpin setempat dengan warga pendidikan khusunya warga SK Tengkawang.

Turut hadir sama adalah Tuan Haji Kasman bin Embong - Pegawai SIP+ PPD Hulu Terengganu yang cukup prihatin dengan warga SKT.

Terima kasih kepada YB Dato' dan Tuan Haji Kasman.


| Gambar

Pemantauan Segera PPDHT



Tarikh : 6 September 2016
Pemantauan Segera Unit Pembangunan PPDHT.
    Lokasi: Blok C (Bangunan Lama) Thn 1 dan 2
    1- Kebocoran atap dan syiling
    2- Kipas terbakar akibat dimasuki air selepas ribut.

    Tindakan segera dari Tn.Jafri dan Tn.Amir diucapkan berbanyak terima kasih...

Lawatan Tuan KPPD Ke SK Tengkawang




Tarikh : 6 September 2016

Terima kasih kepada Tuan Jalaludin Ismail, KPPD HT hadir bersua mata dan sempat nembakar semangat perjuangan anak-anak sk tengkawang sebentar tadi.. Kecaknaan tuan memastikan Hulu Terengganu tetap Hulubalang.

Ahad, 4 September 2016

Majlis Penutup Kem PAC 4x4 dan Restu Ilmu





Tarikh : 04 September 2016
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tghari

Acara 3 dalam 1 bagi mengakhiri Kem PAC 4x4 yang disempurnakan penutupan oleh Yg. Bhg. Puan Laileesun binti Ishak - Pegawai SISC+ PPD Hulu Terengganu.

Penyampaian cenderamata daripada Pihak DUN Telemong yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Encik Halizan Yusof - AJK Pemuda Bahagian Hulu Terengganu bersama Tuan Haji Mohd Fahmi daripada Pejabat DUN Telemong.

Majlis Restu Ilmu sejurus selepas itu turut diadakan melibatkan semua guru, ibu bapa dan murid tahun 6.

Turut hadir sama Encik Ahmad Narawi - YDP PIBG, Pengerusi J3K Kg Tengkawang, Pengerusi J3K Ulu Sat, Pengerusi J3K Kg. Kepah, Tuan Imam Kg. Tengkawang, AJK PEWARIS dan AJK PESAWAT.


| Gambar

Jumaat, 2 September 2016

Solat Hajat Perdana UPSR




Tarikh : 01 September 2016
Masa : 7.00 mlm

Usaha berterusan tetap diteruskan menerusi Solat Hajat Perdana yang telah dijalan di Dewan Sederap SKT. Semoga usaha ini diperkenankan olehNya dan diberi ketenangan kepada anak didik dalam menghadapi UPSR kelak.

Terima kasih kepada semua Ibu Bapa yang sentiasa memberikan komitmen jitu dalam mencapai misi "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

| Gambar

Rabu, 31 Ogos 2016

Sambutan Ambang Hari Kebangsaan





Tarikh : 30 Ogos 2016
Jam : 3.00 ptg - 12.00 tgh malam

Acara :
- Senamrobik
- Sukaneka
- Solat Maghrib, Solat Hajat, Isyak Berjamaah
- BBQ
- Persembahan
- Pertunjukan Bunga Api

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan tahun ini. Terima kasih atas sokongan padu daripada seluruh warga Kampung Tengkawang.


| Gambar

Ahad, 28 Ogos 2016

Majlis YAB Menteri Besar Bersama Calon Cemerlang UPSR



Tarikh : 28 Ogos 2016
Tempat : Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak

Menyedari kepentingan dan input yang bakal diperolehi, GB bersetuju membawa 8 orang murid calon cemerlang UPSR bersama seorang guru pengiring ke program ini. Syabas YAB MB atas suntikan tambahan sebanyak RM1,000,000 untuk program PPAI.

Berita & Gambar : GB

Sabtu, 27 Ogos 2016

Lawatan Rehat Minda Murid Tahun 6





Tarikh : 27 Ogos 2016
Lokasi :
Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu, Kg Laut
- Dino Trek
- Aktiviti Sains
- Galeri
Taman Tamadun Islam
- Menyusuri River Cruise
- Melawat Taman Monumen

Seramai 35 orang murid Tahun 6 bersama dengan 11 orang guru pengiring.


| Gambar

Selasa, 23 Ogos 2016

Mesyuarat Sambutan Hari Kebangsaan




23 Ogos 2016 | Mesyuarat Sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang yang melibatkan seluruh warga SKT. Perbincangan berkisar tentang pengisian program sepanjang Bulan Kebangsaan yang telah bermula manakala kemuncak acara adalah pada 30 Ogos 2016 bermula seawal 3 petang menerusi acara sukaneka merdeka. Pengisian sebelah malam pula lebih kepada Menyemarakkan lagi Ambang Merdeka dengan program yang diatur termasukkan BBQ, Detik 12 Tengah Malam dan Pertunjukan Bunga Api. MALAYSIA ‪#‎Sehatisejiwa

Singgah Sayang - JPNT



"Singgah Sayang" - Encik Saidi bin Ismail - JPNT
23 Ogos 2016 - SK Tengkawang merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai daripada JPN Terengganu iaitu Encik Saidi bin Ismail yang hadir untuk bertemu dengan calon-calon UPSR dan sempat memberi motivasi dan perangsang kepada murid-murid dalam persediaan menghadapi UPSR kelak. "Program Singgah Sayang" ini merupakan rangkuman program-program MTP yang diasaskan oleh Pengarah JPN Terengganu.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Program Motivasi dan Solat Hajat Perdana UPSR





Tarikh : 18 Ogos 2016
Tempat : Masjid Hadhari RAKR SK Tok Randok Ajil
Anjuran : MGB HT bersama Parlimen HTrg

Usaha MGB Daerah Hulu Terengganu mengumpulkan kesemua calon 6A sekolah Daerah Hulu Terengganu dalam satu majlis bersama Tuan Pengarah dan solat hajat perdana. Dalam kesibukan, Tuan Pengarah sempat juga hadir untuk bersama-sama dengan hadirin seramai 500 orang. Motivasi yang diberikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin sangat memberi kesan kepada calon cemerlang UPSR seramai 250 orang. Semoga impak akan dipahat pada tarikh 5-8 September nanti.

Berita : GB | Gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates