Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 18 Ogos 2015

Pemantauan LINUS Matematik


17 Ogos 2015, SK Tengkawang dikunjungi oleh Encik Mohd Alip Bin Awang @ Che Ghani, Pegawai Fasilinus (Numerasi) PPD Hulu Terengganu. Kunjungan beliau ke sekolah ini bertujuan memantau LINUS bagi subjek matematik serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Sekalung penghargaan kepada beliau di atas perkongsian ilmu yang diberikan bagi memperkasakan program LINUS di SK Tengkawang.

Ahad, 16 Ogos 2015

Johan Keseluruhan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2015

15 Ogos 2015, telah berlangsung Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015. Sebanyak 5 acara keseluruhannya telah dipertandingkan, di mana 4 acara diadakan di SMK Jenagor iaitu Pertandingan Bola Jaring, Nyanyian Solo (L), Nyanyian Solo (P) dan Nasyid (L). Manakala 1 acara lagi iaitu Pertandingan Futsal telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg Butut.





SK Tengkawang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan ASAT Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015 dengan merangkul johan Nasyid(L), johan Nyanyian Solo (L), johan Nyanyian Solo (P), naib johan Bola Jaring dan naib johan Futsal. Syabas dan tahniah kepada semua peserta, guru, staf dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.







Sabtu, 15 Ogos 2015

Kem Semarak Kasih Siri 3

13-15 Ogos 2015, telah diadakan Kem Semarak Kasih Siri 3. Seperti minggu-minggu sebelum ini, ia memfokuskan kepada teknik menjawab soalan UPSR dan gerak gempur soalan UPSR kepada pelajar-pelajar tahun 6 dengan bantuan daripada fasilitator-fasilitator yang berpengalaman. Turut diadakan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yassin, Solat Dhuha dan zikir munajat. Selain itu, aktiviti sukan dan riadah juga diatur agar para pelajar cergas dan dalam masa yang sama juga dapat mengurangkan tekanan terhadap mereka. Sekalung penghargaan kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Rabu, 12 Ogos 2015

Pertandingan Mewarna Dan Melukis Poster Sempena Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015




12 Ogos 2015, Pertandingan Mewarna Dan Melukis Poster Sempena Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015 telah berlangsung di Dewan Sri Diman, SMK Bukit Diman. Dalam acara melukis poster, SK Tengkawang telah merangkul tempat ketiga dan johan bagi acara melukis poster.  Tempat ketiga dimenangi oleh adik Siti Nurbaeyah bt Pahrurazi dan johan dimenangi oleh adik Nur As-Sufiya Ilhamy bt Ahmad Syaifuddin. Kejayaan adik Nur As-Sufiya Ilhamy meraih johan dalam acara ini, akan melayakkan beliau mewakili daerah Hulu Terengganu ke pertandingan peringkat negeri. Tahniah dan syabas kepada guru-guru pengiring dan peserta-peserta yang terlibat.

Program Bulan Kemerdekaan - Kibar Jalur Gemilang






11 Ogos 2015, Program bulan kemerdekaan bermula dengan aktiviti mengibar jalur gemilang. Aktiviti ini disertai oleh oleh seluruh warga SK Tengkawang. Dengan adanya aktiviti ini, diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dan menghayati nilai kemerdekaan yang dinikmati sehingga kini serta mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu yang mengorbankan jiwa dan raga demi sebuah kemerdekaan.

Selasa, 11 Ogos 2015

Taklimat Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2015




11 Ogos 2015, Bertempat di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang telah diadakan satu taklimat berkenaan pertandingan ASAT peringkat Hulu Terengganu yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2015. Taklimat ini diadakan untuk pembahagian tugas serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Di antara acara-acara yang dipertandingkan berserta venue-venue pertandingan adalah seperti berikut:-
  • Futsal - Gelanggang Futsal Kg Butut
  • Bola Jaring - SMK Jenagor
  • Nyanyian Solo - SMK Jenagor
  • Nasyid (L) Irama Padang Pasir Dan Kontemporari - SMK Jenagor

Isnin, 10 Ogos 2015

Kem Semarak Kasih Siri 1






Kem Semarak Kasih Siri 1 telah diadakan bermula 30 Julai sehingga 1 Ogos 2015 yang lalu. Antara pengisian yang diadakan adalah seperti berikut:-
  • Solat Hajat Perdana
  • Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
  • Gerak Gempur Soalan UPSR
  • Program Motivasi
  • Riadah

Ahad, 9 Ogos 2015

Motivasi Kem Semarak Kasih Siri 1



1 Ogos 2015, Bertempat di Dewan SK Tengkawang telah diadakan program motivasi bersempena Kem Semarak Kasih Siri 1. Program ini  menampilkan Puan Ros Haya bt Aziz, Guru Besar SK Pasir Panjang sebagai penceramah jemputan. Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015. Selain daripada pembentangan oleh penceramah, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah latihan dalam kumpulan dan pembentangan oleh para pelajar sendiri. Diharapkan program ini akan dapat meningkatkan lagi motivasi para pelajar bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Kem Semarak Kasih Siri 2





Kem semarak kasih siri 2 telah diadakan selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Ogos 2015. Antara pengisian program ini ialah seperti berikut:-

  • Solat hajat, pembentangan BK11 dan majlis restu ilmu.
  • Bengkel teknik menjawab soalan UPSR
  • Gerak gempur soalan UPSR
  • Kecergasan diri dan riadah. 

Solat Hajat & Majlis Restu Ilmu













6 Ogos 2015, telah diadakan Majlis solat hajat & majlis restu ilmu. Dimulai dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yassin, solat isyak, pembentangan BK11 dan diakhiri dengan majlis restu ilmu. Majlis ini turut disertai oleh ibu bapa pelajar-pelajar tahun 6 dan diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang tetamu iaitu Tn. Hj. Kasman Bin Embong dan Ust Baharudin Bin Ali.

Khamis, 6 Ogos 2015

Jamuan Hari Raya & Hari Lahir Pra Sekolah SK Tengkawang Dengan Kerjasama Kelas PPKI









6 Ogos 2015, Pra Sekolah dan Kelas PPKI bergabung tenaga bagi mengadakan jamuan hari raya dan hari lahir pelajar pra sekolah. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi beriani, sate, laksa penang, tapai pulut dan banyak lagi. Antara tetamu yang telah hadir memeriahkan majlis terdiri daripada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, staf pkg dan ibu bapa. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada guru-guru serta staf Pra Sekolah dan Kelas PPKI kerana telah berjaya menjalankan majlis ini.

Rabu, 5 Ogos 2015

Lawatan Oleh Pen. PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan)











5 Ogos 2015, SK Tengkawang telah dilawati oleh En Afandi Bin Abdul Ghani, Pen PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan). Satu taklimat khas yang disampaikan oleh beliau kepada pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar tahun 6 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang. Semoga kata-kata semangat dan nasihat daripada beliau akan dapat digunakan oleh pihak sekolah demi kecemerlangan UPSR 2015.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates