Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jumaat, 26 Jun 2015

Majlis Temu Murni Th.1-6





Majlis Temu Murni berlangsung pada 25 Jun 2015 baru-baru ini. Objektif utama pertemuan ini adalah untuk berbincang dengan ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah sempurna dijalankan. Semoga pertemuan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid dengan bantuan penuh daripada ibu bapa murid.



Isnin, 22 Jun 2015

Selamat Datang

Puan Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin
Penolong Kanan Pentadbiran

Kuiz Palang Merah Antarabangsa





SK Tengkawang telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai menyertai Kuiz Palang Merah/Bulan Sabit Merah Malaysia Dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang telah berlangsung pada 16 Jun 2015 di SMK Batu Rakit Kuala Terengganu.

Terima kasih...Pn. Norjuma



Pada 21 Jun 2015 merupakan hari terakhir Puan Norjuma'awati berkhidmat di SK Tengkawang kerana beliau ditukarkan ke SK Tanggol. Selamat bertugas di tempat baharu.

Selasa, 16 Jun 2015

Syabas dan Tahniah - APC 2014

Gambar : JPNT

Tahniah kepada 4 orang guru SK Tengkawang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014. 
1. Puan Zaliha binti Mustafa - Mantan GB SK Tengkawang 
2. Puan Rabiah binti Abu Bakar - Mantan PKP SK Tengkawang 
3. Encik Hamdam bin Embong 
4. Puan Rashidah binti Yusoff

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah dilangsungkan pada 16 Jun 2015 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Kami warga SKT merakamkan sekalung tahniah dan semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang.

Pemantauan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu






Pemantauan daripada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu bermula pada 16 - 17 Jun 2015 melibatkan Pemantauan Pengurusan Panitia Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual bagi memastikan sistem pengurusan fail adalah mengikut SKPM yang telah digariskan. Pencerapan PdP juga dilakukan terhadap 4 orang guru bagi melihat keberkesanan PdP DMZ dan DSV. Pegawai yang hadir adalah Encik Shahril dan Encik Arizuan bin Ali. Terima kasih tuan.

Ahad, 24 Mei 2015

Tahniah, Team Hoki (L) Hulu Terengganu



Syabas dan tahniah. Selepas lebih 10 tahun menanti akhirnya mereka menang bergaya menewaskan Kemaman 3-0 dalam perlawanan akhir... Seorang murid SK Tengkawang turut sama dalam pasukan berkenaan iaitu Adik Nik Ahmad Askholani... 

Isnin, 18 Mei 2015

Sekitar Sambutan Hari Guru 2015


Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tengkawang telah dijayakan oleh seluruh warga sekolah termasuklah guru, staf, guru KAFA, pekerja swasta, pegawai keselamatan. Bertemakan aktiviti permainan tradisional diketengahkan acara membuat wau dan baling tin. Syabas dan tahniah kepada semua warga SKT yang menjayakan sambutan Hari Guru pada tahun ini.

| Lagi Gambar

Sabtu, 16 Mei 2015

Gotong-Royong Perdana Sempena Hari Guru



Pada 16 Mei 2015, SK Tengkawang telah mengadakan Gotong-Royong Perdana bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2015. Gotong-royong bertemakan "Sekolah Hijau" bermula seawal 8 pagi lagi. Semua warga guru, staf, pekerja swasta dan keselamatan turut sama-sama berganding bahu menjayakan program perdana ini. Syabas dan tahniah atas penganjuran.

| Gambar

Khamis, 14 Mei 2015

Taklimat Gotong-Royong Perdana 2015





Taklimat Gotong-Royong Perdana Peringkat Sekolah 2015 disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Wahab, Guru Besar SK Tengkawang. Taklimat ini melibatkan semua warga SKT iaitu Guru,Staf,Pekerja Swasta dan Jaga. Semogo gotong-royong akan akan diadakan pada 16 Mei 2015 nanti berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.

Isnin, 11 Mei 2015

Majlis Kalungan Budi


Majlis Kalungan Budi telah berlangsung pada 10 Mei 2015 di SK Tengkawang. Majlis kali ini meraikan guru dan staf yang telah bertukar bermula dari Januari hingga Mei 2015. Seramai 8 orang telah diraikan dalam majlis berkenaan.
> Puan Zaliha binti Mustafa - Mantan Guru Besar
> Puan Rabiah binti Abu Bakar - Mantan PK Pentadbiran
> Encik Mat Zaid bin Mamat - Mantan Guru Penyelaras Bestari
> Puan Zaiton bin Yusof - Guru Penolong
> Puan Raihan binti Azmi - Guru Pra Sekolah
> Encik Afendi bin Md. Nor - Penyelia Asrama
> Cik Marini Zuraiffa binti Mohamad Zukri - EIO
> Encik Mohamad Nazifuddin bin Mat Meli - Pekerja Swasta

| Lagi Gambar

Jumaat, 8 Mei 2015

Majlis Akhir Pelatih Praktikum IPGM


Majlis Akhir Guru Pelatih IPGSM yang telah menamatkan latihan praktikal selama sebulan. Terima Kasih... 
.. Muhammad Ariffuddin bin Sukiat
.. Muhammad Huzair  Al Hakim bin Zaini 
.. Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies
.. Muadz bin Ahmad Shatari
.. Muhammad Izzat Syahir bin Jusuh

Pemantauan oleh PKG


Pemantauan PKG ke sekolah pada 7 Mei 2015 oleh Encik Anuar dan Encik Hamdi serta Puan Atieja. Pemantauan melibatkan Pusat Sumber Sekolah dan makmal komputer.

Kem Bahasa Inggeris


Kem Bahasa Inggeris Tahun 6 oleh IPGSM, Pada 6-7 Mei 2015 melibatkan SK Tengkawang dan SK Cheting.

Selasa, 5 Mei 2015

Teknik Menjawab Soalan Matematik



Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR disampaikan oleh Encik Azmai bin Talib, Pegawai SISC+ PPD Hulu Terengganu pada 05 Mei 2015.

Teknik Menjawab Soalan Sains



Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR disampaikan oleh En Mohd Sabri daripada SK Telaga pada 04 Mei 2015.

Ahad, 3 Mei 2015

Sekitar Gotong-Royong



Terlaksana sudah gotong-royong perdana melibatkan warga sekolah, PPD, PIBG JKK Tengkawang dan BOMBA pada 03 Mei 2015 sempena cuti Hari Wesak. Turut hadir sama adalah Tuan Haji Abdul Rahman Bakar - Penolong PPD, Ustaz Adnan - Penyelia Agama PPDHT. Gotong-royong melibatkan semua tempat di sekitar sekolah termasuklah mengecat pagar dan surau, asrama, penebangan pokok sekitar rumah guru dan pembersihan blok bangunan lama. Semoga kerjasama yang erat ini akan dapat dikekalkan.

|  Lagi Gambar

Sabtu, 2 Mei 2015

Gotong-Royong Perdana


Taklimat Goton-Royong Perdana




Taklimat Pelaksanaan Gotong-Royong Perdana telah dijalankan pada 30 April 2015 di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang. Pembahagian tugas dan perancangan pelaksanaan telah diberikan oleh Encik Suhaimi bin Wahab, Guru Besar SK Tengkawang. Gotong-Royong ini merupakan hasil gabungan bersama Sekolah-PIBG dan JKK disamping sokongan padu daripada YB Dato' Haji Rozi bin Mamat yang bakal merasmikan majlis berkenaan.

Jumaat, 1 Mei 2015

Penetapan Arah Kiblat Surau SK Tengkawang

Penetapan arah kiblat surau SK Tengkawang oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu - 29/4/2015

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates