Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 25 September 2014

Merentas Desa

 
 



 
Pada 23 September 2014 yang lalu telah diadakan Acara Merentas Desa yang melibatkan murid Tahun 4-5. Acara ini bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada 5.30. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum, Encik Amran bin Ismail. Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan acara kali ini.


Rabu, 24 September 2014

Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat SK Tengkawang




Hari Susu Sekolah Sedunia telah dilancarkan di SK Tengkawang pada 24 September 2014 tepat jam 10.30 serentak dengan Pelancaran Peringkat Kebangsaan.
| Lagi Gambar

Tahniah, SK Tengkawang Naib Johan


Tahniah diucapkan kepada SK Tengkawang kerana berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Dikir Barat Program j-QAF Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan PPD Setiu pada 23 September 2014. SK Tengkawang mewakili Daerah Hulu Terengganu yang sebelum ini telah menjadi Johan peringkat Daerah. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. 

Rabu, 3 September 2014

Tahniah...

Tahniah kepada Pasukan Dikir Barat SK Tengkawang yang menjadi Johan dalam Pertandingan Dikir Barat j-QAF yang diadakan pada 2 September 2014 di SK Padang Setengge.

Tahniah kepada Pasukan Kalam Jamaie SK Tengkawang yang menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Kalam Jamaie yang diadakan pada 2 September 2014 di SK Padang Setengge.

Isnin, 18 Ogos 2014

Warna Warni Aidilfitri 2014


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 telah dilangsungkan pada 18 Ogos 2014. Majlis yang diadakan pada tahun ini adalah sederhana tetapi meriah. Acara bermula dengan jamuan murid pada jam 10 pagi diikuti dengan acara dewan. Jemputan luar seperti JK PIBG, PDK, PKG dan Guru KAFA turut diundang untuk memeriahkan lagi majlis kali ni. Syabas dan tahniah kepada JK Sambutan yang merealisasikan sambutan tahun ini dengan jayanya.

>> Lagi Gambar

Rabu, 30 Julai 2014

Majlis Penutup Bulan Dakwah dan Sambutan Ambang Syawal


Majlis Penutup Bulan Dakwah telah diadakan pada 24 Julai 2014 yang lalu bersama dengan Sambutan Ambang Syawal. Acara bermula dengan tayangan video berkaitan sambutan hari raya yang bakal disambut serta ulasan dan kupasan daripada Ustaz Mohd Hanif dan Ustaz Husin.Hadiah-hadiah turut disampaikan kepada murid-murid yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bulan dakwah berlangsung. Sejurus selepas itu diadakan majlis bersalam-salaman dan penyampaian duit raya kepada semua murid SKT.

Pendidikan Pencegahan Denggi Dan Kempen Anti Denggi


Kempen Pendidikan Pencegahan Denggi Dan Kempen Anti Denggi telah diadakan di SK Tengkawang. Ceramah mengenai bahaya denggi telah diadakan pada 21 Julai 2014 manakala gotong-royong membersih kawasan pembiakan nyamuk aedes diadakan pada 24 Julai 2014 yang lalu. Tahniah atas penganjuran oleh JK Kesihatan Dan Keselamatan Sekolah.

Selasa, 22 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami seluruh warga SK Tengkawang merakamkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Pendidikan Daerah Hulu Terengganu serta seluruh anak-anak didik SK Tengkawang bersama keluarga. Semoga Ramadhan dan Syawal yang disambut mendapat keberkatan Ilahi.

Jumaat, 27 Jun 2014

Pelancaran Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan


 
Pada hari 26 Jun 2014 telah dilancarkan Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan bagi tahun 2014. Pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Sesi ceramah telah diadakan sejurus selepas program dilancarkan. Program ini dilancarkan sempena dengan ketibaan Ramadhan yang bakal disambut pada Ahad ini oleh seluruh umat Islam di dunia. Selamat menunaikan ibadat puasa dan berterawih serta meningkatkan amalan yang difardukan ke atas kita umat Islam.
 

Kem Bestari Solat 2014


 

Pada 24 Jun 2014 telah diadakan Kem Bestari Solat bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Program ini merupakan salah satu agenda menerusi Panitia Agama Islam SK Tengkawang bagi mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kefahaman dalam solat. Aktiviti melibatkan semua guru dan murid seramai 220 orang. Pengisian program adalah secara teori dan praktikal.

| Lagi Gambar

Sabtu, 24 Mei 2014

Kem Kecemerlangan UPSR 2014

Bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang, berlangsungnya Kem Kecemerlangan UPSR bagi semua murid Tahun 6 SK Tengkawang. Kem ini merupakan satu inisiatif sekolah kepada murid-murid melengkapkan diri dalam persiapan UPSR sebenar nanti. Pengisian program adalah menjurus kepada teknik-teknik dan tips dalam peperiksaan. Agenda program meliputi Slot Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu juga diselitkan dengan satu slot motivasi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.
Slot 1 : Bahasa Inggeris - Encik Adnan bin Harun (SK Ajil)
Slot 2 : Matematik - Encik Azmai bin Talib (PPD Hulu Terengganu)
Slot 3 : Sains - Encik Zakaria bin Mat Amin (SK Tg Ampuan Intan)
Slot 4 : Bahasa Melayu - Encik Kamaruddin bin Said (SK Kuala Telemong)
Slot 5 : Motivasi - Puan Masyitah binti Yusof (SK Sultan Sulaiman 1)

Ahad, 18 Mei 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semoga diberikan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan berkenaan. Semoga berjaya...

Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah



Pada 18 Mei 2014 berlangsungnya Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan kali ini dibuat secara sederhana tetapi meriah. Pelancaran kali ini disempurkan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Pada sebelah paginya diadakan permainan bola tampar kemudian diikuti dengan acara dewan. Persembahan murid dan guru turut tidak ketinggalan bagi memeriahkan majlis kali ini. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan kek Hari Guru iaitu daripada Dato' Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Haji Rozi bin Mamat, ADUN Telemong. Tidak ketinggalan juga beberapa individu yang turut sama memberi sumbangan termasuk Kelab Guru dan Kakitangan. Bertemakan "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Terima kasih cikgu!.



Khamis, 15 Mei 2014

Terima kasih Cikgu!

Kami seluruh warga SK Tengkawang ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru begitu besar coraknya kepada sebuah Negara. "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Isnin, 12 Mei 2014

Penilaian 3K Hari Guru


Penilaian meliputi :
1. Bilik Kesihatan
2. Asrama Desa
3. Bilik PKIBP
4. Bilik Operasi Buku Teks (BOSS)
5. Laman Web

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates