Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Jumaat, 27 Jun 2014

Pelancaran Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan


 
Pada hari 26 Jun 2014 telah dilancarkan Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan bagi tahun 2014. Pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Sesi ceramah telah diadakan sejurus selepas program dilancarkan. Program ini dilancarkan sempena dengan ketibaan Ramadhan yang bakal disambut pada Ahad ini oleh seluruh umat Islam di dunia. Selamat menunaikan ibadat puasa dan berterawih serta meningkatkan amalan yang difardukan ke atas kita umat Islam.
 

Kem Bestari Solat 2014


 

Pada 24 Jun 2014 telah diadakan Kem Bestari Solat bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Program ini merupakan salah satu agenda menerusi Panitia Agama Islam SK Tengkawang bagi mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kefahaman dalam solat. Aktiviti melibatkan semua guru dan murid seramai 220 orang. Pengisian program adalah secara teori dan praktikal.

| Lagi Gambar

Sabtu, 24 Mei 2014

Kem Kecemerlangan UPSR 2014

Bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang, berlangsungnya Kem Kecemerlangan UPSR bagi semua murid Tahun 6 SK Tengkawang. Kem ini merupakan satu inisiatif sekolah kepada murid-murid melengkapkan diri dalam persiapan UPSR sebenar nanti. Pengisian program adalah menjurus kepada teknik-teknik dan tips dalam peperiksaan. Agenda program meliputi Slot Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu juga diselitkan dengan satu slot motivasi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya.
Slot 1 : Bahasa Inggeris - Encik Adnan bin Harun (SK Ajil)
Slot 2 : Matematik - Encik Azmai bin Talib (PPD Hulu Terengganu)
Slot 3 : Sains - Encik Zakaria bin Mat Amin (SK Tg Ampuan Intan)
Slot 4 : Bahasa Melayu - Encik Kamaruddin bin Said (SK Kuala Telemong)
Slot 5 : Motivasi - Puan Masyitah binti Yusof (SK Sultan Sulaiman 1)

Ahad, 18 Mei 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Semoga diberikan ketenangan dalam menghadapi peperiksaan berkenaan. Semoga berjaya...

Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah



Pada 18 Mei 2014 berlangsungnya Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan kali ini dibuat secara sederhana tetapi meriah. Pelancaran kali ini disempurkan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Pada sebelah paginya diadakan permainan bola tampar kemudian diikuti dengan acara dewan. Persembahan murid dan guru turut tidak ketinggalan bagi memeriahkan majlis kali ini. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan kek Hari Guru iaitu daripada Dato' Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Haji Rozi bin Mamat, ADUN Telemong. Tidak ketinggalan juga beberapa individu yang turut sama memberi sumbangan termasuk Kelab Guru dan Kakitangan. Bertemakan "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Terima kasih cikgu!.



Khamis, 15 Mei 2014

Terima kasih Cikgu!

Kami seluruh warga SK Tengkawang ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru begitu besar coraknya kepada sebuah Negara. "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Isnin, 12 Mei 2014

Penilaian 3K Hari Guru


Penilaian meliputi :
1. Bilik Kesihatan
2. Asrama Desa
3. Bilik PKIBP
4. Bilik Operasi Buku Teks (BOSS)
5. Laman Web

Sabtu, 10 Mei 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Tema : "GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI" | Keterangan
Peringkat Kebangsaan : 16 Mei 2014 | PWTC
Peringkat Negeri Terengganu : 22 Mei 2014 | Dewan UMT | Jadual
Peringkat Daerah Hulu Terengganu : 25 Mei 2014 | Dewan MDHT
Peringkat Sekolah : 18 Mei 2014 | SK Tengkawang
Perutusan KPPM : Sila Klik

Ahad, 4 Mei 2014

Pertandingan Melukis Dan Mewarna Sempena Festival Kenyir

Pada 1 Mei 2014, SK Tengkawang telah menghantar beberapa orang peserta ke Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Karnival Kenyir 2014. Semua peserta dibawah bimbingan Cikgu Rohani binti Basuki telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Hari ini telah diadakan penyampaian hadiah berupa wang tunai kepada semua yang telah memenangi pertandingan tersebut. Sekalung tahniah kepada Adik Nur Baeyah Pahrurazi yang mendapat Naib Johan dan menerima wang tunai sebanyak RM150.00. Lain-lain keputusan, sila klik.

Isnin, 28 April 2014

DASAR KESELAMATAN ICT

Makluman Penting :

Kepada semua guru dan kakitangan SKT dimohon untuk muaturun pekeliling berikut dan memahami isi kandungannya. SURAT AKUAN PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT akan diedarkan menerusi Pigeon Hole masing-masing di sekolah. Borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada Cikgu Azmi bin Isa (serahan sendiri) SEBELUM atau PADA 10 Mei 2014.

Bahan Muat Turun :

1. Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 : Dasar Keselamatan ICT

Selamat Datang Puan Norjumawati


Selamat datang kepada Puan Norjumawati binti Mohamad daripada SK Tapah yang menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM berkuatkuasa 16 April 2014. Selamat bertugas.

Hari Akhir Buat Cikgu Saidi Mat Amin

 
Hari ini merupakan hari terakhir buat Cikgu Saidi bin Mat Amin di SK Tengkawang. Bermula esok beliau akan memulakan tugas sebagai Guru Besar di SK Lubok Periok. Acara yang diadakan sebentar tadi walaupun ringkas, penuh memberi makna dalam lipatan sejarah SKT. Puan Zaliha binti Mustafa, selaku Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen yang ditunjukan dan sama-sama berganding bahu dalam menaikkan nama SKT. Semoga penghijrahan ini akan dapat memberi peluang yang lebih gemilang kepada Cikgu Saidi dalam menguruskan sebuah sekolah yang begitu cemerlang dari segi fizikalnya. Kami seluruh warga SKT turut merakamkan terima kasih dan selamat bertugas di tempat yang baru.

Isnin, 7 April 2014

Karnival Bola Sepak Zon KDSR 4


Pada 6-7 April 2014, SK Tengkawang telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Sepak Zon KDSR 4 tahun ini. Perlawanan melibatkan 7 buah sekolah Zon KDSR 4. SK Getang telah dinobatkan sebagai Johan setelah menewaskan SK Tengkawang (3-2) manakala SK Kuala Ping Dan SK Kuala Telemong Tempat Ke-3 Bersama. Tahniah kepada sekolah yang menang dan bakal menyahut cabaran di peringkat MSSDHT B12 nanti.

| Lagi Gambar 

Kejohanan Hoki Zon KDSR 4




Penyampaian pingat kepada Pemain Hoki L dan P SK Tengkawang pada sesi Perhimpunan sekolah. Tahniah kepada SK Tengkawang yang berjaya meraih tempat Ke-3 bersama.

Jumaat, 4 April 2014

Pertandingan Bola Sepak Zon KDSR4

Pertandingan Bola Sepak Zon KDSR4 akan berlangsung pada 6-7 April 2014 ini di Padang SK Tengkawang. Selaku tuan rumah kejohanan berkenaan, diharapkan sokongan padu di gelanggang sendiri akan memperolehi kejayaan. Selamat berjuang kepada team bola sepak SK Tengkawang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Majlis Kalungan Budi


Pada 17 Mac 2014 telah berlangsungnya Majlis Kalungan Budi bagi mengenang jasa guru-guru dan staf yang telah bertukar. Majlis anjuran Kelab Guru Dan Kakitangan SK Tengkawang ni telah diadakan di Kantin sekolah. Kehadiran kesemua guru-guru dan staf yang bertukar menunjukkan komitmen yang masih tinggi terhadap hubugan yang telah terjalin selama ini. Terima kasih kepada Cikgu Pauzi, Cikgu Amri, Ustaz Hakim dan Cikgu Zainuddin serta Cik Sanisah. Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas dan hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates