16.05.2012 (Rabu)-Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
10.05.2012 (Khamis)-Majlis Persaraan Tuan Guru Besar telah diadakan dengan jayanya bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh para guru dan juga para pelajar.Terima kasih kepada kepada semua tetamu VIP dan juga para tetamu yang lain yang sudi hadir untuk meraikan Majlis Persaraan Guru Besar SK Tengkawang.
Jasa dan sumbangan cikgu tetap dikenang sampai bila-bila.Terima Kasih Cikgu!
Pihak SK Tengkawang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama buddha yang telah disambut pada 6 Mei 2012.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana Hari Wesak melambangkan Kelahiran,Pencerahan Agung,Kewafatan Gautama Budhha.Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India,Vesak di India,Vesak di Singapura,Visakha Bucha di Thailand dan Wesak di Sri Lanka.
1 Mei 2012 adalah Hari Buruh Sedunia,Malaysia juga tidak terkecuali saban tahun meraikannya.Kali ini disambut dengan tema "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh kepada semua rakyat Malaysia.
"Kami warga SK Tengkawang merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Pertabalan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke 14"
02/03.04.2012 ( Isnin -Selasa) - Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Binjai Kertas.SK Binjai Kertas telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini.Sebanyak 7 pasukan yang menyertai perlawanan ini.
Keputusan
Juara-SK Kuala Telemong
Naib Juara-SK Tengkawang
Tempat Ketiga-SK Binjai Kertas
04.04.2012 (Rabu) -Aktiviti Ko-Akademik Bahasa Inggeris bagi Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Matang.Aktiviti ini merangkumi 3 pertandingan iaitu pertandingan 'Action Song','Story Telling',dan 'Public Speaking'.
25.03.2012 (Ahad)-Mesyuarat PIBG kali ke-28 telah diadakan di dewan SK Tengkawang.Tetamu Jemputan adalah YB Rozi bin Mamat-Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu Adun Telemong.Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali dengan komitmen yang telah diberikan oleh guru-guru,staf sokongan dan juga pekerja swasta.
26.03.2012 (Isnin) -Pihak asrama telah menganjurkan satu Demonstrasi Kebakaran bertempat di perkarangan asrama SK Tengkawang.Demonstrasi ini dijalankan pada pukul 9 malam.Tetamu yang hadir adalah Pegawai Bomba En.Abd.Razak b.Harun bersama dengan pegawai operasi memadam kebakaran,balai bomba dan penyelamat Kuala Berang
01.03.2012 (Khamis) - Pihak sekolah telah mengadakan program Minggu Antidadah peringkat sekolah pada hari ini bertempat di Dewan SK Tengkawang.Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1.Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjauhkan diri daripada sebarang gejala-gejala yang berkaitan dengan dadah.
01.03.2012 ( Khamis) - Pihak sekolah telah membuat persiapan untuk menyambut keberangkatan KDYMM Al-Sultan Terengganu ke daerah Hulu Terengganu pada 02 & 03 Mac 2012 ini.
23/02/2012 (Khamis) - Majlis Temu Murni bersama ibu bapa/penjaga murid tahun 6 telah diadakan bertempat di dewan SK Tengkawang.Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi persaudaraan di antara ibu bapa kepada pelajar-pelajar SKT dengan kakitangan SKT terutamanya para pendidik.
Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan berarak
dari SK Tengkawang hingga ke Masjid Tengkawang.
Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah iaitu Uztaz Adnan b.Salleh dari SK.Padang Setebu untuk memberi ceramah .Majlis diserikan lagi dengan beberapa acara seperti selawat dan nyanyian nasyid yang diadakan di dewan SK Tengkawang.
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.