Bertempat di Dewan Sederap, SK Tengkawang telah berlangsung program SK Tengkawang Berselawat 2017 bersempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Lagi gambar
Majlis ini merupakan agenda tahunan bagi Kelab Warga SKT bagi meraikan ahli-ahli kelab dan mengadakan majlis kalungan budi bagi guru-guru yang telah bertukar. Lagi Gambar
Telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah SK Tengkawang 2017. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Akademik dan Ko-Akademik serta pembentukan sahsiah diri para pelajar SK Tengkawang. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Encik Che Azmai bin Talib, Pegawai SISC+ MM. Terima kasih diucapkan kepada perasmi, PIBG, PEWARIS, semua JKKK terlibat, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lagi gambar
Gotong royong telah diadakan bagi mengalihkan barangan dan peralatan ke tempat yang lebih tinggi. Lokasi-lokasi yang terlibat seperti padang sekolah, kelas prasekolah, kelas ppki dan bilik-bilik lain yang berada di tingkat bawah.
Telah diadakan Kursus Training Of Trainers Instructor Kecergasan Kelab Doktor Muda Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2017. Seramai 5 orang murid 2 orang guru terlibat iaitu Ustaz Husin bin Awang dan Cikgu Noor Ezdiani binti Zainal Abidin. Lagi gambar
Program Ceramah Awal Remaja dan Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan dengan kerjasama dari pejabat agama. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Jauzi dan Ustazah Fatikah. Sekalung penghargaan kepada kedua-dua penceramah dan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2017 dan Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Lagi gambar
Bertempat di Dewan Sederap SK Tengkawang telah berlangsungnya Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 yang telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Tuan Guru Besar, Encik Suhaimi bin Wahab. Pelbagai acara telah dibuat seperti nyanyian lagu patriotik, persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada para pemenang dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.
Sempena Hari Malaysia 2017, telah diadakan satu program gotong royong peringkat SK Tengkawang dengan kerjasama JKR Hulu Terengganu dan Komuniti Kampung Tengkawang. Perasmian telah disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Hasan bin Mat Rahim. Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.