Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 18 Julai 2017

Program empower ECER Akademik Tahun 2017 SK Tengkawang




15 Julai 2017 | Sabtu

Program empower ECER diteruskan lagi pada minggu ini dengan tiga slot iaitu Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Sains. Terima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat iaitu Encik Azmi Mohamad Diah, Puan Maspah Salleh dan Puan Fauziah yang telah mencurahkan ilmu kepada murid-murid SK Tengkawang.



Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2017




13 - 15 Julai 2017 | Kem Seri Gunung , Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu 

Seramai dua orang murid SK Tengkawang telah mewakili sekolah iaitu adik Wan Faris Idham bin Wan Jaafar dan adik Nor Naina Tania binti Mohd Rashid ke Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2017. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada murid-murid, guru-guru pengiring semua pihak yang telah menjayakan program ini. Tahniah juga kepada pasukan kawad TKRS lelaki kerana telah muncul johan negeri dalam pertandingan kawad. Namun kita tidak bernasib baik kerana murid SK Tengkawang tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya (peringkat kebangsaan).


Lagi Gambar

Khamis, 13 Julai 2017

Taklimat SSQS Versi 3 Bagi Pengetua dan Guru Besar






13 Julai | Khamis

Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) Versi 3 Bagi Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Seminar, PKG Kuala Berang.

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP




4 Julai 2017 | Selasa

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sederap SK Tengkawang. Taklimat berkenaan renang telah disampaikan oleh Encik Kamaruddin Bin Mohamad.

Penyampaian Bantuan Pakaian Uniform





9 Julai 2017 | Ahad

Majlis penyampaian bantuan pakaian uniform kepada murid-murid yang layak telah disempurnakan oleh tuan guru besar, Encik Suhaimi Bin Wahab.

Rabu, 12 Julai 2017

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun MSSDHT 2017


11 Julai 2017 | Selasa

Berlangsungnya perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu 2017 telah diadakan di Padang SMK Jenagor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain-pemain dan guru-guru pengiring kerana telah melakarkan 3 kemenangan berturut-turut pada perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan tersebut.

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP Peringkat Sekolah






11 Julai 2017 | Selasa

Program Kesiapsiagaan Keselamatan Diri Murid MTP Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sederap SK Tengkawang. Penerangan mengenai program ini telah disampaikan oleh Puan Noor Ezdiani Zainal Abidin merangkumi 2 topik utama iaitu CPR & Rawatan Awal dan Pengendalian Binatang Berbisa (Ular).

SEPINTAS LALU

CPR - satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.

Ular - dikategorikan sebagai haiwan berbisa. Ular merupakan salah satu
reptilia yang paling cepat berkembang di dunia. Di gunung, hutan, gurun,
dataran rendah, lahan pertanian, lingkungan pemukiman, sampai ke
lautan, dapat ditemui ular.

Selasa, 11 Julai 2017

Ujian Aptitud Tahun 6 Iventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)






9 Julai 2017 | Ahad

Pelajar tahun 6 seramai 35 orang telah menduduki "Ujian Aptitud Tahun 6 Iventori Kecerdasan Pelbagai (IKep)". Ujian tersebut telah dilaksanakan bermula pada pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

PENGENALAN
Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Kualiti seorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah 2011a dan 2011b). Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan bersepadu.

DEFINISI
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi. Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara yang tertentu (Lewis & Crozier, 1999).

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan (KPM 2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.


Jumaat, 7 Julai 2017

Majlis Aidilfitri 2017




06 Julai 2017 | Khamis
Kemeriahan terasa setiap warga SK Tengkawang dengan sambutan Majlis Aidilfitri 2017/1438 kali ini. Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir memeriahkan majlis kami ini termasuklah JPNT, PPD, Polis, Jabatan Hutan, Felcra, JKKK Tengkawang, JKKK Hulu Sat, JKKK Kepah, JKKK Padang Setar, Bank Rakyat, Maybank, Ibu Bapa serta individu perseorang yang turut sama. Semoga berjumpa lagi Aidilfitri akan datang.

Rabu, 21 Jun 2017

Kem Semanis Sunnah Ramadhan




21 Jun 2017 - Ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Puan Helima Abd Razak, Penyelia KAFA Hulu Terengganu dalam Kem Semanis Sunnah Ramadhan di SK Tengkawang.
Berita : Ustaz Mohd Hanif

Selasa, 20 Jun 2017

Salam Aidilfitri


Solat Terawih Penghuni Asrama



19 Jun 2017 - Solat Terawih murid asrama SK Tengkawang diimamkan oleh Encik Jusoh daripada Kampung Kepah.

| Gambar : Ustaz Hanif

Majlis Iftar SK Tengkawang 2017




19 Jun 2017 - Majlis berbuka puasa selesai diadakan semalam melibatkan warga SK Tengkawang dan penghuni asrama. Turut hadir sama pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Esham Busu dan Ustaz Azmi. Majlis juga dihadiri oleh YDP PIBG serta tetamu-tetamu jemputan khas daripada pelbagai agensi. Majlis bermula dengan tahlil dan diikuti dengan jamuan berbuka puasa serta diakhiri dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Adnan bin Seman. Terima kasih buat semua.

Khamis, 25 Mei 2017

Anugerah Sempena Hari Guru Daerah Hulu Terengganu 2017




25 Mei 2017 | Dewan SMKTAI
Tahniah dan syabas kepada 3 orang guru SK Tengkawang yang menerima Anugerah Sempena Perayaan Hari Guru 2017. Penerima tersebut diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif (Anugerah Khas Guru Warden Asrama). Cikgu Noor Ezdiani Zainal Abidin (Anugerah Guru Tokoh NILAM Daerah) dan Cikgu Azmi bin Isa (Anugerah KepimpinanTeknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Daerah). Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat, Exco Belia Dan Sukan, Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong.


Rabu, 24 Mei 2017

Lawatan Pra Sekolah Ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu




24 Mei 2017 | Rabu
Lawatan ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu serta sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Tahniah..

Rabu, 17 Mei 2017

Tayangan Khas Hari Guru

Sambutan Hari Guru 2017




"Satu Hari Kembali Ke Sekolah"

16 Mei 2017 - Tarikh keramat bagi semua insan bergelar GURU. SK Tengkawang turut meraikan 33 orang guru (termasuk guru KAFA) pada hari ini yang dimulai dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan sebelum acara perasmian bermula. Turut bersama-sama meraikan detik bersejarah ini Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang dan wakil YB DUN Telemong. Acara permainan menyaksikan aktiviti beberapa sukaneka termasuk acara kemuncak tarik tali. Akhiri sambutan dengan acara persembahan guru dan murid. Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru Tahun Ini, "Guru Pembina Negara Bangsa".

Rabu, 10 Mei 2017

Gotong-Royong Perdana Basmi Aedes




SELASA, 9 Mei 2017 - Gotong-Royong Perdana Basmi Aedes telah dilaksanakan di SK Tengkawang melibatkan guru dan semua warga sekolah. Pembersihan kawasan melibatkan luar pagar, kawasan bangunan sekolah, rumah guru dan padang yang berisiko mempunyai takungan air. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan gotong-royong kali ini.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates