Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 30 Mac 2017

Bola Sepak Zon KDSR 4



Berlangsung pada 28-29 Mac 2017 di Padang Sederap SK Tengkawang. Sebanyak 8 pasukan mengambul bahagian dalam kejohanan tahun ini. Keputusan Perlawanan :
Johan : SK Kuala Ping 
Naib Johan : SK Getang 
Ketiga Bersama : SK Tengkawang dan SK Nibong

Terima kasih kepada penganjur yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif dan dibantu oleh AJK Permainan Bola sepak serta seluruh warga SK Tengkawang yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah buat semua.

Selasa, 28 Mac 2017

Mesyuarat BSMM Daerah Hulu Terengganu



SELASA, 28 Mac 2017- Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti BSMM Daerah Hulu Terengganu berlangsung petang tadi di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang, Seramai 31 orang guru penasihat BSMM sekolah rendah dan menengah hadir bagi mendengar penerangan yang disampaikan oleh Setiausaha Kehormat BSMM negeri Terengganu, Encik Mohd Yunan bin Awang Ngah. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi tahun ini ialah Kuiz Palang Merah, Pertolongan Cemas dan Perkhemahan Peringkat Daerah. SK Tengkawang juga turut menghantar 3 orang guru penasihat yang diwakili oleh Puan Noor Ezdiani bt Zainal Abidin (SU Kehormat Daaerah Hulu Terengganu), Encik Kamaruddin bin Mohamad dan Puan Rohani bt Basuki.

| Berita : Cikgu Noor Ezdiani

Isnin, 27 Mac 2017

Perjumpaan Khas Guru-Guru 27 Mac





Perjumpaan Khas Guru-Guru
27 Mac 2017 | 2.00 petang
Membincangkan isu-isu semasa diantaranya:
- Rumusan ucapan Menteri Pelajaran di TTI 
- Status pengisian SKPMg2
- Analisis OTI dan tidak susulan
- Pencerapan PDPC
- Keceriaan kelas selaras dengan kehendak Abad ke-21
- Program-program yang bakal berlangsung
- Latihan berkala setiap sukan dan permainan
- Kesegeraan dalam tindakan
GB juga mengumumkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016. Tahniah diucapkan kepada :
1. Encik Azmi bin Isa
2. Puan Siti Mariam binti Mohd
3. Puan Nurul Huda binti Ahmad
Harapan semoga kerja buat kalian lebih berjaya pada masa akan datang. Sesungguhnya semua guru dan staf adalah terbaik. Namun rezeki belum sampai.. GB

Ahad, 26 Mac 2017

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah




AHAD, 26 Mac 2017 -  Minggu Anti Dadah SK Tengkawang secara rasminya berlabuh tirai hari ini. Aktiviti dimulai dengan ceramah AADK yang disampaikan oleh Encik Affendi Mustafa daripada AADK Daerah Hulu Terengganu. Pameran daripada AADK juga turut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang bahayanya dadah. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang diadakan sepanjang seminggu kempen berkenaan.

Jumaat, 24 Mac 2017

Makna Tersirat Disebalik Logo HT Hulubalang

[Klik Gambar Untuk Besarkan]

Program Empower ECER


Program anjuran Empower ECER bermula hari Sabtu 18 Mac dan berakhir hari ini. Selama 2 hari,1 malam berkampung di FRU,Wakaf Tapai Marang pelbagai aktiviti dirancang oleh pihak penganjur utk pengisian kali ini.
Program ini di melibatkan sekolah-sekolah di negeri Terengganu dan SKT turut menghantar 25 org murid Tahun 6 yg bakal menduduki UPSR 2017. Semoga pengalaman dan ilmu yg timba hari ini memberi manafaat utk mereka semua.Doakan kejayaan mereka. Lapangkan hati dan penuhkan jiwa mereka dengan kesungguhan.Majlis penutup disempurnakan oleh Yg Berusaha En Mohd Adnan b Salleh,KPPD Marang.
Sederap Berwawasan, SKT Terbilang.....

Kelas Tambahan Cuti Terancang Fasa 1


17 Mac-Cuti sekolah kembali lagi bermula 17 hgga 25 Mac.Namun, atas inisiatif pihak pengurusan sekolah, SK Tengkawang mengadakan kelas tambahan kpd semua murid Tahap II bermula hari ini hingga Isnin ini.
Pengorbanan dan kesungguhan guru2 yg berkorban masa cuti mereka dpt dilihat disini krn turut sama turun pdg menjayakan hasrat sekolah supaya mencapai kejayaan dlm akademik.
Bersesuaian dgn tagline SK Tengkawang,Sederap Berwawasan, diharapkan team building yg dibina ini mampu menjana kejayaan buat semua warga SK Tengkawang.Terima kasih cikgu2..Terima kasih murid2 yg berjaya hadir utk program yg dirancang ini.

Rawatan Kesihatan

16 Mac-Lawatan Perubatan dr Klinik Kesihatan utk pemeriksaan kesihatan murid2 SK Tengkawang berlangsung sejak semalam.Semua murid2 dr Tahun 1 hgga 6 diberi rawatan secara percuma utk memastikan kesihatan mereka terjamin.
Antara pemeriksaaan yg dijalankan ialah suntikan,pemeriksaan mata, kesihatan dan lain2.Murid yg menghadapi masalah diberi ubat dan penerangan tg aspek kesihatan dan kebersihan.

| Berita : cikgu Noor Ezdiani Zainal Abidin

Selasa, 14 Mac 2017

Aktiviti Sempena Minggu Anti Dadah




SELASA, 14 Mac 2017 -Minggu Anti Dadah yang dilancarkan Ahad baru-baru ini, diteruskan lagi dengan pengisian aktiviti melibatkan semua warga SK Tengkawang hari ini.
Jam 11.30 pagi tadi, pertandingan mewarna telah diadakan melibatkan murid Kelas Pra, Tahun 1 hingga 3. Pada jam 3 petang pula, aktivit i diteruskan dengan Pertandingan Melukis dan mewarna poster Tahun 4 hingga 6.
Kemeriahan minggu anti dadah ini juga diselitkan dgn pengetahuan semasa iaitu kuiz super spontan yg menguji minda dan pengetahuan murid-murid. 4 org murid berjaya petang ini dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pd Majlis Penutup Program Anti dadah yang akan datang.
Terima kasih kpd semua warga SK Tengkawang yang turun padang menjayakan aktiviti hari ini.

Ahad, 12 Mac 2017

Pelancaran Minggu Anti Dadah



12 Mac 2017 | 7.30 am - 8.30 am
Kelab PPDa SK Tengkawang hari ini telah berjaya menyempurnakan Pelancaran Program Antidadah Peringkat Sekolah.Program yang telah dirasmikan oleh En Suhaimi B Wahab, Guru Besar SK Tengkawang diharap dapat menghindarkan murid2 terlibat dlm kancah penagihan dadah.
Sepanjang berlangsungnya program ini,pelbagai acara disediakan seperti mewarna dan melukis poster untuk murid dr kelas Pra,PPKI dan Tahap I&II.Selain itu, ceramah tg bahaya dadah dan pameran turut akan diadakan bg memberi pengajaran kpd murid2 tg kesan dan akibat penyalahgunaan bahan terlarang ini.
Penyelaras Program,Encik Kasbie Bin Yahya, turut sama2 menasihati murid2 dan membacakan perutusan khas Program Antidadah dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu..(bru draf)-sy xingt sape perutusan dr sape..ntt update semula.
| Berita : Cg Nor Noor Ezdiani Zainal Abidin

Sabtu, 11 Mac 2017

Program Kecemerlangan ECER





SABTU, 11 Mac- Program Kecemerlangan Akademik bersama ECER selesai sahaja berlangsung hari ini bertempat di SK Getang.Seramai 25org murid SK Tengkawang terlibat dlm program ini yg berlangsung dr pagi sehingga petang. Antara pengisian program ini ialah ice breaking dan latihan akademik Bm dan Bi.Fasilitator yg tlbt adalah terdiri drp mahasiswa UNISZA. Semoga semua murid yg hadir pd petang ini mendapat ilmu baru sebagai satu usaha menyiapkan mereka ke arah kecemerlangan pendidikan.
| Berita : Cikgu Nor Noor Ezdiani Zainal Abidin
| Gambar : Sir Kasbie, GB & Cg Norbaizura

Selasa, 7 Mac 2017

Tergempar..


SK TENGKAWANG,7 Mac-Tindakan pantas Pembantu Pengurusan Murid Asrama telah berjaya menyelamatkan nyawa penghuni Aspuri SK Tengkawang petang ini.
Dalam kejadian jam 6.50petang,kehadiran reptilia berbisa ini disedari oleh penghuni dan melaporkan kepada pihak warden dan ppm yg bertugas.
Reptalia berbisa itu,didapati menyelinap masuk dan bersembunyi didalam loker seorang penghuni.Arahan dan tindakan pantas pihak pengurusan asrama mengarahkan semua penghuni perempuan mengosongkan bilik masing2.
En Mohd Hanif B Abd Aziz telah melaporkan penemuan haiwan berbisa itu kpd pihak JPAM.Dengan pertolongan pihak JPAM dan pengawal keselamatan bertugas,ular tedung senduk jenis selar itu berjaya ditangkap kira kira jam 7.30mlm td.
- Berita : Cg Nor Ezdiani | Gambar : Farah

Terima Kasih Tuan PPD



Terima kasih atas kunjungan En Jalaludin Ismail, KPPD Hulu Terengganu pada hari ini dan memberikan suntikan semangat Hulubalang kepada calon-calon UPSR SKT2017. Terima kasih tuan yg budiman... #hthulubalang

Isnin, 27 Februari 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33



Tarikh : 25 Februari 2017
Masa : 8.00 pagi

Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Haji Omar bin Mat Amin mewakili YB Dato' Jailani bin Johari - Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Hadir sama YDP PIBG - Encik Ahmad Narawi bin Mustafa.


| Gambar

Jumaat, 24 Februari 2017

Kejonanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSST


24 Februari 2017 | SK Tengkawang

SKT diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan yang membariskan 8 daerah di negeri Terengganu yang bertanding. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Kategori Cup :
Johan : Besut 
Naib Johan : Marang 
Ketiga Bersama : Kuala Terengganu dan Dungun 

Kategori Plate :
Johan : Hulu Terengganu 
Naib Johan : Setiu 

Kategori Bowl :
Johan : Kemaman 
Naib Johan : Kuala Nerus 

Hadiah disampaikan oleh Encik Roslan bin Mamat @ Yusoff- Ketua Unit Sukan MSST

| Gambar 

Rabu, 22 Februari 2017

Mesyuarat Pengelola Kejohanan Ragbi Bawah 12Tahun MSST



22 Februari 2017 | Rabu

Mesyuarat JK Pengelola Kejohanan Ragbi B12 MSST telah berlangsung di SK Tengkawang pada jam 2.30 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Farid bin Yunus - Penyelia Sukan PPD Hulu Terengganu.

Pasukan Sorak Sederap SKT - Le Tour De Langkawi




22 Februari 2017 | Rabu

SK Tengkawang tidak ketinggalan dalam memberi sokongan kepad pasukan yang bertandinga dalam Le Tour De Langkawi 2017 yang telah bermula pagi di. Acara dilepaskan oleh YB Dato Jailani bin Johari - Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia di Bandar Kuala Berang. Pasukan sorak Sederap SKT mula berbaris pada jam 10.30 pagi sebagai tanda sokongan itu. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

| Gambar

Isnin, 13 Februari 2017

Temu Murni Dan Solat Hajat





13 Februari 2017 | Isnin
Majlis serentak Temu Murni dengan solat hajat bagi calon UPSR 2016 SK Tengkawang telah dilaksanakan hari ini. Majlis bermula pada jam 11.30 pagi itu disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Wahab sebagai ucap utama sebelum sesi taklimat pencapaian TOV dan penetapan target oleh Puan Mazni bin Ismail - PK Pentadbiran. Selepas itu diadakan sesi dialog antara ibu bapa dengan guru sebelum berakhir dengan solat hajat. Terima kasih kepada komitmen ibu bapa murid Tahun 6 2017.

| Gambar

Rabu, 8 Februari 2017

Kem Kepimpinan di IPGKSM




08 Februari 2017 | Kem Kepimpinan di IPGKSM
SK Tengkawang menghantar seramai 23 orang peserta terdiri daripada Tahun 5 dan 6 ke Kem Kepimpinan selama 2 hari di IPGKSM. Seramai 106 orang peserta terlibat iaitu SK Padang Setebu, SK Cheting dan SK Renek. SK Tengkawang diiringi oleh Ustaz Husin bin Awang dan Ustaz Adnan bin Seman. Semoga anak didik SKT dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dalam kepimpinan.

Ujian Permata Pintar UKM1



08 Februari 2017 | UJIAN PERMATA PINTAR
Pelaksanaan Ujian Permata Pintar Tahun 2017 melibatkan murid Tahun 3-6 sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat. Semoga ada yang berjaya ke UKM2. - Kelolaan Cg Norbaizura bt Mohamad Rasat dibantu oleh Encik Mohd Azam (Juruteknik)

Ahad, 5 Februari 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah | Watikah Pengawas




Tarikh : 5 Februari 2017

Majlis serentak diadakan pada hari ini melibatkan dua program iaitu Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Watikah Pengawas. Bacaan perutusan KPPM disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Perutusan Ketua Polis oleh Sarjan Ahmad Mas Rusli dan Perutusan Pengarah oleh Encik Azmai bin Talib yang turut merasmikan pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Selepas itu disampaiakn surat watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama dan Ketua/Penolong Ketua Kelas. 

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates