Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ahad, 5 Februari 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah | Watikah Pengawas




Tarikh : 5 Februari 2017

Majlis serentak diadakan pada hari ini melibatkan dua program iaitu Pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Watikah Pengawas. Bacaan perutusan KPPM disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Perutusan Ketua Polis oleh Sarjan Ahmad Mas Rusli dan Perutusan Pengarah oleh Encik Azmai bin Talib yang turut merasmikan pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Selepas itu disampaiakn surat watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama dan Ketua/Penolong Ketua Kelas. 

Ahad, 15 Januari 2017

Klinik Hoki Bersama Pemain THT




    14 Januari 2017 | Klinik Hoki Bersama Pemain THT
    SK Tengkawang menghantar 5 orang murid ke Klinik Hoki berkenaan yang diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak dibawah pimpinan Encik Kasbie. Semoga banyak pengalaman dapat ditimba oleh pemain hoki SKT.

Khamis, 12 Januari 2017

Pemantauan MBMMBI




    12 Januari 2017 | Pemantauan MBMMBI oleh BTPNT
    Terima kasih kepada pegawai Pemantau MBMMBI yang hadir ke SK Tengkawang. Pegawai berkenaan diketui oleh Encik Mohammad bin Ali, Encik Mat Sabri, Tuan Haji Bakri dan Encik Hamdi (PKG T).
    Terima kasih juga kepada Cikgu Norezdiani selaku GPM dan Encik Kabie selaku Penyelaras MBMMBI.

Penutupan Program Transisi Tahun 1 & Guru Penyayang



    Penutupan Program Transisi & Guru Penyayang 2017
    Perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Maidatul Akmal Putek, GPK HEM SK Tengkawang.
     | Gambar

Perjumpaan Pegawai ECER Bersama Ibu Bapa Thn 6



    11 Januari 2017 | Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Pegawai ECER
    Bertempat di Dewan Sederap SK Tengkawang. Dihadiri oleh Encik Roslie bin Zakarya@Derahman. Majlis yang diadakan ini lebih kepada pencerahan kepada Ibu Bapa tentang pelaksanaan Program ECER nanti.
    | Gambar Oleh : Sir Azam

Lawatan Pegawai ECER Dan Pegawai PPD Ke Rumah Murid Banjir




    Tarikh : 08/01/2017 (Ahad)
    Masa : 12.00 - 3.00pm
    Lawatan pegawai ECER dan wakil PPD (En.Jamaludin A.Rahman - votec).
    Rombongan juga mengadakan lawatan ke rumah murid yg terlibat banjir iaitu adik Azlina Syafiqa bt Remli dan adik Nor Shaidatul Naqzira Aida bt Mukhtar. Rombongan juga bermurah hati menyampaikan sedikit sumbangan.

Sabtu, 7 Januari 2017

Lawatan Kerja YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein



06 Januari 2017 | Jumaat
Lokasi : SK Tengkawang

Lawatan Kerja YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan dan Program Misi Bantuan Mangsa Banjir di Dun Telemong, bersama dengan Menteri Besar Terengganu, YM Tengku Temenggung Raja, YB Dato' Jailani Johari (AP HTrg), YB Dato' Haji Rozi di SK Tengkawang pada jam 3.00 petang. Terima kasih.

| Gambar

Jumaat, 6 Januari 2017

Gotong-Royong Banjir





5 Januari 2017 (Khamis)
Lokasi : SK Tengkawang 
Terima kasih. tahniah dan syabas kepada semua warga SK Tengkawang, Pegawai PPDHT, YDP PIBG, YDP Pewaris, AJK PIBG, JKKK Kg. Tengkawang, Bomba & Penyelamat Kuala Berang, Kompleks Sukan Kuala Terengganu, SATU, Ibu Bapa, Belia dan murid yang turut sama menjayakan program gotong-royong pembersihan Ops! Banjir kali ke-2 pada hari ini. Tidak ketinggalan Tuan PPDHT yang turut sama. Terima kasih...... GB

Ahad, 1 Januari 2017

Banjir Melanda SK Tengkawang


01.01.2017 - Kejadian banjir melanda SK Tengkawang seawal pembukaan sekolah sesi 2017. Sesi PdP tidak dapat dijalankan selama 2 hari dan telah diumumkan TUTUP bermula 1-2 Januari 2017.

Sabtu, 19 November 2016

Kejohanan Ragbi Kenyir 7's


Tarikh : 17 - 19 November 2016
Tempat : SK Tengkawang
Keputusan Perlawanan :
Johan Cup : SK Proton City, Perak
Naib Johan : SK Gondang, Marang
3rd : SK Tanjung Minyak
4th : SK Permaisuri Sultanah Nur Zahirah
Johan Plate : SK Pauh 5
Naib Johan Plate : SK Chicha Menyabong
Johan Bowl : SK Alor Lintah
Naib Johan Bowl : SK Manir
Johan Spoon : SK Alor Peroi
Naib Johan Spoon : SK Tengkawang
Perasmian penutup dirasmikan oleh Yg. Bhg. Encik Jalaludin bin Ismail - Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan ini. 

Khamis, 17 November 2016

Sekitar Keputusan UPSR 2016





"Kami tetap bangga dengan anak-anak didik kami". Keputusan UPSR yang diumumkan serentak hari ini di semua sekolah-sekolah Malaysia. SK Tengkawang mencatat pencapaian tertinggi 5A 1B seramai 2 orang manakala 4A 2B seorang. Walaupun tiada pencapaian calon 6A, kita tetap bangga dengan apa yang telah dicapai setakat ini dengan perubahan matapelajaran dan format. Tahniah kepada Adik Arif Zakwan dan Adik Nur Baeyah serta Adik Ahmad Mukriz Mifzal. Yang kurang berjaya, anda harus buktikan di medan menengah nanti, 

Selasa, 15 November 2016

Tahniah Pasukan Pendeta Aulad



Tahniah kepada pasukan dikir Pendeta Aulad SK Tengkawang yang mewakili Terengganu dalam Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab Kebangsaan yang berlangsung di Kedah. Pasukan Pendita Aulad dibawah pimpinan Ustaz Mohd Hanif telah mendapat tempat ke-4 daripada 10 pasukan dan membawa pulang trofi, sijil serta wang RM400. Syabas dan tahniah. Terima kasih kepada JPN Terengganu.

Khamis, 20 Oktober 2016

Majlis Perpisahan & Jamuan Akhir Tahun 6




Tarikh : 20 Oktober 2016
Masa : 1.00 tghari

Acara dua dalam satu ini sebagai hari terakhir kepada 4 orang guru pelatih IPGSM yang akan menamatkan latihan pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada :
1. Eva Nathylea binti Wastin
2. Zamhidatul Nabila binti Zamri
3. Nurul Natalia binti Nasif
4. Nurul Huda binti Mohd Ismail

Begitu juga dengan murid-murid Tahun 6 yang bakal melangkah kaki ke alam menengah turut diraikan.

Terima kasih kepada JK Kecemerlangan UPSR yang menyediakan jamuan bermula seawal pagi secara bergotong-royong menyediakan hidangan.


| Gambar

Rabu, 19 Oktober 2016

Sekitar Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu




Tarikh : 19 Oktober 2016

Hakim Penilaian :
Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid - Penolong Pengarah
Encik Badru Hishan bin Mohd Zin - Pegawai Teknologi Pendidikan 

Turut serta Encik Hamdi bin Nawawi - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tengkawang dan GPM sekolah ahli PKG Tengkawang. 

Turut diadakan Perasmian Studio TVPSS - An-Nur TV.

Terima kasih.

| Gambar

Selasa, 18 Oktober 2016

Majlis Kalungan Budi & Jamuan Akhir Tahun



Majlis di adakan di Primula Beach Hotel dengan dihadiri hampir kesemua warga SKT termasuklah guru yang telah dirai dan guru praktikal. Majlis Kalungan Budi buat 5 orang mantan guru SKT iaitu Cikgu Nik Aliza (PKP), Cikgu Sabariah (PKHEM), Teacher Nadiah, Teacher Asmayati dan Cikgu Rozita. Turut dirai 4 orang guru praktikal yang akan mengakhiri tempoh latihan pada khamis ini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis dan menyumbangkan lagu.

| Gambar

Rabu, 12 Oktober 2016

Lawatan Kerja Pegawai Yayasan Terengganu






Tarikh : 12 Oktober 2016
Masa : 10.00 am - 12.30 pm

Lawatan Kerja Pegawai Yayasan Terengganu yang diketuai oleh YBhg. Dr. Hashim Azmi bin Hj. Che Soh (Timbalan Pengarah - Pendidikan), bersama dengan Encik Rasli bin Mohamad (Ketua Penolong Pengarah - Pembangunan Pendidikan), Encik Nazri bin Muda (Penolong Pengarah Kanan Pendidikan - BKYT& Kebajikan) dan Cik Rosilawati binti Yahya (Penolong Pengarah Pembangunan Pendidikan - Bantuan & Anugerah Kecemerlangan). Turut hadir sama YBhg. Encik Jalaludin bin Ismail - Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. 

Ucapan bertenaga daripada Tuan Timbalan serta PPD dalam menyuntik semangat warga SKT untuk terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. 

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan hadir ke sekolah kami.

Isnin, 10 Oktober 2016

Mesyuarat Guru Bil.5/2016


Mesyuarat Guru Bil.5/2016
Agenda :
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Bil.4/2016
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan Laporan
- Kurikulum
- Hal Ehwal Murid
- Kokurikulum
5. Hal-hal Lain

Lawatan Pegawai Imigresen


Pada 10 Oktober 2016 - Pihak Imigresen telah hadir ke SK Tengkawang untuk menguruskan Pas Lawatan ke Singapura akan bakal diadakan pada 25-27 Oktober 2016 ini. Terima kasih atas kesudian pihak tuan.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Karnival Kejohanan Ragbi Bawah 11 Tahun MSST





Tarikh : 08 Oktober 2016
Tempat : SM Teknik Wakaf Tembesu

Tahniah kepada Pasukan Ragbi bawah 11 Tahun SK Tengkawang yang merangkul Johan Kategori Plate dalam Kejohanan Ragbi Bawah 11 Tahun yang berlangsung di SM Teknik Wakaf Tembesu.

Terima kasih kepada Jurulatih sekolah En. Mohd Faris, Guru yang terlibat secara langsung Cg Kamarudin dan Ustaz Adnan... pengalaman berharga ditimba oleh pasukan ragbi SK Tengkawang yang pertama kali menyertai. Syabas...

Hari Sukan Negara





Penglibatan : JKKK Kampung Tengkawang
PIBG SK Tengkawang
Komuniti Kg Tengkawang
Murid-Murid
Ushaha yang berterusan dalam memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan komuniti setempat menerusi Hari Sukan Negara pada 08.10.2016. Acara bermula dengan majlis perasmian diikuti dengan senamrobik, sepak raga ratus dan bola beracun.

Terima kasih kepada semua pihak yang memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara ini.
- JKKK Kg Tengkawang
- PIBG
- Komuniti Kg Tengkawang.


| Gambar 

Ahad, 2 Oktober 2016

Lawatan Penanda Aras Ke Sabah





Tarikh : 29 September - 1 Oktober 2016


Seramai 55 orang guru dan staf telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ke Sabah yang kelolaan Kelab Guru Dan Staf SK Tengkawang. Rombongan bertolak dengan bas ke KL pada malam 28 September 2016.

Rombongan menginap di Pine Resort Kundasang. Beberapa tempat telah dilawati termasuklah Desa Fairy Farm, Pasar Tamu Kundasang, Kolam Air Panas Poring, Timpohon Gate. Rombongan juga telah singgah di Ranau iaitu rumah seorang Guru Pelatih Cik Natalia. Kami sungguh terharu dengan layanan mesra keluarga Cik Natalia dan jamuan tengahari yang disediakan. Terima kasih yang tidak terhingga atas layanan mesra itu. 

Persinggahan seterusnya adalah Kota Kinabalu dan menginap di Celyn City Hotel. Rombongan bertolak pulang ke KLIA pada jam 8.30 malam dan tiba pada jam 11.10 malam. 

Terima kasih kepada Kelab Guru Dan Staf dalam menganjurkan program seumpama ini dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rombongan. Lawatan dianggap Berjaya walaupun masih banyak yang belum dilawati memandangkan factor geografi sesuatu lokasi. Terima kasih semua.

| Gambar dan Berita : GB

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates