Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 23 April 2016

Kem Hungga Pecut Gegar UPSR 2016

"Kolaborasi Memperkasakan Pendidikan "





 21-23 April 2016 | SK Tengkawang 
Kolaborasi antara SK Tengkawang, SK Bukit Gemuroh dan SK Pasir Panjang dilebarkan lagi bersama Kem Hungga Pecut Gegar UPSR yang telah rasminya ditutup pada hari ini oleh Yg. Bhg. Encik Jalaluddin bin Ismail - KPPD Hulu Terengganu. Tahniah dan syabas atas komitmen penuh pentadbiran dan guru-guru ketiga-tiga buah sekolah sepanjang berkampung selama 3 hari di SKT.

Rabu, 6 April 2016

Bola Sepak Zon KDSR4 (Separuh Akhir Dan Akhir)




6 April 2016 - Nasib tidak menyebelahi SK Tengkawang yang hanya sekadar mendapat tempat ketiga bersama dalam Perlawanan Bola Sepak Zon KDSR4 yang berakhir pada hari ini. Tahniah kepada SK Binjai Kertas yang dinobatkan sebagai Johan setelah mengalahkan SK Kuala Telemong yang ditentukan dengan sepakan penalti. Keputusan perlawanan :
Johan : SK Binjai Kertas
Naib Johan : SK Kuala Telemong
Tempat Ketiga Bersama : SK Tengkawang dan SK Getang.

Majlis Penutup KM1M Peringkat SK Tengkawang



Tarikh : 06 April 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sederap SKT

Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Suhaimi Wahab Guru Besar SK Tengkawang. Persembahan bercerita, sajak, pantun serta dikir barat turut diadakan bagi memeriahkan majlis penutup tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan KM1M sepanjan 3 hari berlangsung.

Selasa, 5 April 2016

Perlawanan Bola Sepak Zon KDSR4




    Tarikh : 4-5 April 2016
    Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
    10 pasukan bertanding pada tahun ini bagi merebut Johan Zon. Semoga berjaya kepada semua pasukan.

Pelancaran KM1M-Bulan Bahasa Melayu-Program NILAM



    Tarikh : 04 April 2016
    Masa : 7.40 pagi
    Lokasi : Perkarangan Kantin

    Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Puan Nor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku GPM dan penyelaras program. Perasmian disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT. Turut hadir sama Encik Hamdi bin Nawawi - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tengkawang. Perasmian nama baharu bagi PSS juga turut diadakan bagi merealisasikan penjenamaan semula PSS dengan nama PSS Umar Ibnu Abd Aziz. Gimik pelancaran dengan memecahkan ketulan ais yang mengandungi badge Rakan Pembaca. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang 3 hari program berlangsung. Tahniah atas penganjuran.

Majlis Memperkenal Pasukan "Sederap SKT"




Pelancaran disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT. Sesi memperkenalkan semua pemain serta gimik pelancaran turut diadakan sebagai simbolik kepada Pasukan "Sederap SKT" 2016. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

| Lagi Gambar

Sabtu, 2 April 2016

Kolokium i-THINK Peringkat Negeri Terengganu




Tarikh : 2 April 2016
Tempat : Dewan Bendahara - IPGKSM
Masa : 8.30 - 5.00 ptg
Bertemakan "i-Think Penjana Transformasi Pendidikan". SK Tengkawang telah menghantar seramai 5 orang peserta yang diketuai oleh Encik Suhaimi bin Wahab (Guru Besar) bersama Puan Nik Aliza (PKP), Puan Rashidah, Puan Noranis dan Encik Izzudin. Terima kasih atas penganjuran.

| Berita dan Gambar : Guru Besar

Khamis, 31 Mac 2016

Program Motivasi Ibu Bapa Dan Murid Tahun 6





Kolaborasi Sekolah-Sekolah Berasrama Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Tarikh : 31 Mac 2016
Masa : 9.00 am - 12.30 pm

Terima kasih kepada YM Tg Mohd Yusoff bin Tg. Mansor, KS SJQ yang mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Turut hadir sama Che Aminuldin bin Che Hamid Timbalan Pengarah IPGKSM, Penyelaras Program dan Ketua Unit Akademik PPD Hulu Terengganu.

Isnin, 28 Mac 2016

LADAP Grafik Digital




28 Mac 2016 - Berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guru-guru SK Tengkawang. Latihan ini melibatkan penggunaan perisian grafik digital Adobe Photoshop. Bengkel 2 jam ini dikendalikan oleh Encik Azmi bin Isa (Guru SKT) dengan dibantu oleh PTP PKG Tengkawang, Encik Anuar bin Mansor. Turut hadir sama guru daripada SK Bukit Gemuroh dan SK Matang. Semoga input yang diberikan dapat digunakan dalam penghasilan bahan bantu belajar dengan lebih baik. 

Rabu, 23 Mac 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015



Sekalung Tahniah dah penghargaan kepada penerima APC 2015 SK Tengkawang. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Rozi bin Mamat pada 21 Mac 2016 bertempat di Dewan SMKTAI. Penerima tersebut adalah :
1. Encik Mohd Hanif bin Abdul Aziz 
2. Encik Zainal Abidin bin Mustafa 
3. Puan Rohani binti Ismail

Moga menjadi pembakar semangat untuk bekerja dengan lebih gigih.

Ahad, 20 Mac 2016

Pelancaran Program Penyayang Dan Penyerahan Mentor-Mentee





20 Mac 2016 - Majlis ini disempurkan oleh Yg. Berbahagia Encik Suhaimi bin Wahab, Guru Besar SK Tengkawang. Majlis dimulai dengan nyayian 3 buah lagu diikuti dengan sesi ucapan GPKHEM. Sejurus selepas ucapan perasmian, satu gimik pelancaran dipertontonkan kepada semua. Penyerahan modul program Mentor-Mentee juga turut diadakan dan disampaikan kepada wakil setiap kelas. Terima kasih kepada semua.

| Gambar

Ahad, 13 Mac 2016

MOU "Kolaboratif Memperkasakan Pendidikan"




Pada 13 Mac 2016 bertempat di Dewan Sederap SK Tengkawang Program Kolaboratif antara 3 buah sekolah iaitu SK Tengkawang, SK Bukit Gemuroh dan SK Pasir Panjang. Majlis menandatangani MOU antara ketiga-tiga sekolah berkenaan yang diwakili oleh Guru Besar masing-masing turut diadakan dan disaksikan oleh Tuan Haji Kasman bin Embong. Program berkenaan dihadiri oleh Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Penyelaras UPSR. Tahniah atas jalinan Kolaborasi ini yang pastinya akan memangkin pecutan UPSR 2016.

| Sumbangan Gambar : En. Azam, Cg Mazni, Cg Nik Aliza dan Guru Besar.

Jumaat, 11 Mac 2016

Program Kolaborasi 3 Sekolah


Kelas Tambahan Cuti Terancang






11 Mac 2016 : Kelas Tambahan Cuti Terancang sempena cuti Penggal Pertama Persekolahan... terima kasih...
Sumbangan Photo : Cg Baizura | Ustazah Adilah | Cg Rohani | Cg Hamdam

Solat Sunat Gerhana Matahari




9 Mac 2016 - Solat Sunat Gerhana Matahari dilaksanakan bersama-sama dengan komuniti setempat dan dilaksanakan di Masjid Kampung Tengkawang. Solat sunat diimamkan oleh Tuan Imam Kampung Tengkawang. Selesai sahaja solat, murid-murid dapat berpeluang melihat sendiri fenomena yang jarang berlaku ini dengan cermin khas disediakan oleh pihak JK masjid. Terima kasih.

Isnin, 7 Mac 2016

Majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia




Tarikh : 7 Mac 2016 | 11.00 pagi
Perasmian Oleh : YB Dato' Jailani bin Johari
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia
Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang diwakili oleh Encik Nik Azman bin Nik Abdul Razak - Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Turut hadir sama Tuan Haji Kasman bin Embong (SIP+) PPDHT. 
Seramai 156 orang murid SK Tengkawang layak menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016 (BKAP1M).

Jumaat, 4 Mac 2016

Kem Tunas Ilmu Bersama IPGKSM






Program Kolaborasi bersama IPG Kampus Sultan Mizan ini berlangsung pada 3-4 Mac 2016 bertempat di Kampus IPGSM, Bukit Keluang, Besut Terengganu. Pemilihan 3 buah sekolah berasrama iaitu SK Tengkawang, SK Cheting dan SK Sungai Buloh. Kem Teknik menjawab soalan Sains disampaikan oleh Encik Ruzimi Mamat (SK Anak Ikan) manakala Matematik oleh Puan Ruzinar bt Ibrahim (SK Tok Raja). Slot motivasi dikendalikan oleh Encik Muhammad Faizal bin Abdullah (SK Kg. Raja). Penglibatan murid seramai 43 (SKT), 16 orang (SK Padang Setebu) dan 14 orang SK Cheting. Guru Pelatih seramai 16 orang turut terlibat dalam mengendalikan kem ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

(Gambar : Ustaz Hanif/ GB)

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates