Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sabtu, 25 Julai 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015





  • Alhamdulillah gabungan yang mantap antara PIBG dan JKKK Kampung Tengkawang telah terlaksananya Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dengan jayanya pada hari ini 25 Julai 2015. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi bagi aturcara perasmian dan kehadiran tetamu jemputan serta ibubapa bermula jam 10.00 pagi. Tahniah kepada semua...

Rabu, 15 Julai 2015

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6



Pada 14 Julai 2015 telah berlangsungnya Majlis Temu Murid Ibu Bapa Murid Tahun 6. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memaklumkan kepada ibu bapa mengenai pencapaian semasa BK10 (Pra-Percubaan) yang telah selesai dijalankan. Dengan cara ini secara tidak langsung menjadikan ibu bapa turut merasai denyut nadi guru-guru dan murid tahun enam dalam menghadapi UPSR sebenar, ujar Tuan GB dalam ucapannya.

Majlis Khatam Al-Quran 2015


Pada 14 Julai 2015 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran kepada 21 murid SK Tengkawang yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran. Sempena dengan Program 'Ihya Ramadhan, mereka telah diberikan sijil Khatam Quran dan sumbanga raya. Semoga majlis sebegini dapat ditambah lagi dengan jumlah peserta yang lebih ramai.

| Lagi Gambar

Sabtu, 11 Julai 2015

Terima Kasih Cikgu Mazidah


Terima kasih di atas jasa bakti selama 15 tahun di SK Tengkawang. Hari ni 9 Julai 2015 merupakan hari terakhir Cikgu Mazidah Muda bertugas di SKT kerana beliau telah diarah bertukar ke SK Tanggol. Majlis ringkas telah diadakan bagi menghargai sumbangan Cikgu Mazidah kepada anak didik SKT khususnya Kelas Pemulihan.

Selasa, 7 Julai 2015

Tazkirah Ramadan Pelajar Asrama



    Program Tazkirah Ramadan pelajar asrama yang dianjurkan oleh PPDHT dan dikendalikan oleh Ustaz Ruslan bin Abd Aziz - SK Padang Setebu pada 7 Julai 2015 di Surau Asrama SK Tengkawang

Mesyuarat Sambutan Aidilfitri





    Mesyuarat Sambutan Hari Raya Aidilfitri
    Tarikh : 7 Julai 2015
    Masa : 1.30 tengahari
    ...
    Mesyuarat ini membincangkan pengisian sambutan yang akan diadakan pada 25 Julai 2015 ini.

Pemantauan Standard MS ISO





    Pemantauan Standard MS ISO JPNT
    7 Julai 2015.
    SK Tengkawang hampir menepati SKK dan ucapan tahniah daripada pihak pemantau, namun sedikit teguran berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Sekolah iaitu penubuhan Jawatankuasa Kewangan.

Budaya Guru Penyayang




    Budaya Guru Penyayang. Guru Besar dan Penolong Kanan 1 menyambut ketibaan murid-murid ke sekolah seawal 7.15 pagi.

Isnin, 6 Julai 2015

DIALOG PRESTASI KEKAL HEBAT OTI2 / BK 8 2015


Tarikh  :  6 Julai 2015 (Isnin)
Tempat  : PPD Hulu Terengganu
Pembentang  : En Suhaimi Bin Wahab (Guru Besar SK Tengkawang)

Khamis, 2 Julai 2015

LADAP Pengurusan Fail Siri 2








LADAP Pengurusan Fail Siri 2 diadakan pada 30 Jun 2015. Kursus LADAP ini dikendalikan oleh Puan Nik Aliza Binti Wan Mohd Mohayidin selaku fasilitator dan melibatkan semua guru.

Jumaat, 26 Jun 2015

Majlis Temu Murni Th.1-6





Majlis Temu Murni berlangsung pada 25 Jun 2015 baru-baru ini. Objektif utama pertemuan ini adalah untuk berbincang dengan ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah sempurna dijalankan. Semoga pertemuan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid dengan bantuan penuh daripada ibu bapa murid.



Isnin, 22 Jun 2015

Selamat Datang

Puan Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin
Penolong Kanan Pentadbiran

Kuiz Palang Merah Antarabangsa





SK Tengkawang telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai menyertai Kuiz Palang Merah/Bulan Sabit Merah Malaysia Dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang telah berlangsung pada 16 Jun 2015 di SMK Batu Rakit Kuala Terengganu.

Terima kasih...Pn. Norjuma



Pada 21 Jun 2015 merupakan hari terakhir Puan Norjuma'awati berkhidmat di SK Tengkawang kerana beliau ditukarkan ke SK Tanggol. Selamat bertugas di tempat baharu.

Selasa, 16 Jun 2015

Syabas dan Tahniah - APC 2014

Gambar : JPNT

Tahniah kepada 4 orang guru SK Tengkawang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014. 
1. Puan Zaliha binti Mustafa - Mantan GB SK Tengkawang 
2. Puan Rabiah binti Abu Bakar - Mantan PKP SK Tengkawang 
3. Encik Hamdam bin Embong 
4. Puan Rashidah binti Yusoff

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah dilangsungkan pada 16 Jun 2015 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Kami warga SKT merakamkan sekalung tahniah dan semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang.

Pemantauan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu






Pemantauan daripada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu bermula pada 16 - 17 Jun 2015 melibatkan Pemantauan Pengurusan Panitia Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual bagi memastikan sistem pengurusan fail adalah mengikut SKPM yang telah digariskan. Pencerapan PdP juga dilakukan terhadap 4 orang guru bagi melihat keberkesanan PdP DMZ dan DSV. Pegawai yang hadir adalah Encik Shahril dan Encik Arizuan bin Ali. Terima kasih tuan.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates