Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 2 Mac 2015

Penyampaian Sijil NILAM, Perkhemahan, eKasih dan Bantuan Banjir





AHAD, 1 Mac 2015 - Perhimpunan minggu kali ini telah diadakan penyampaian sijil penyertaan NILAM Peringkat Daerah, Sijil Perkhemahan Unit Beruniform di SK Menerong, Bantuan eKasih berupa pakaian seragam unit beruniform serta Bantuan Banjir 2014. Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM. 

Isnin, 16 Februari 2015

Selamat Bertugas di SK Tengkawang

Selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Rozi Azlina Embong yang menggantikan Cikgu Raihan bt Azmi (Guru Pra-Sekolah) dan Ustazah Wan Nor Aqliah binti Tun Mohd Salim. (Guru ganti Ustazah Norhida cuti bersalin).

Ahad, 15 Februari 2015

Watikah Pelantikan Pengawas 2015







Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Februari 2015. Watikah pelantikan tahun ini bermakna dengan kehadiran pertama Tuan Guru Besar yang baharu iaitu Encik Suhaimi bin Wahab yang sebelum ini bertugas di SK Guntung, Setiu.  Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia ASP Mohammad Azmi bin Awang Lah, IPD Hulu Terengganu. Tahniah kepada semua penerima watikah.

| Lagi Gambar



Khamis, 12 Februari 2015

Selamat Datang


SELAMAT DATANG
kepada Encik Suhaimi bin Wahab yang akan menerajui
SK Tengkawang
sebagai Guru Besar yang baharu. 

Rabu, 11 Februari 2015

Program Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6


11 Februari 2015 - Berlangsungnya Program Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6. Program ini merupakan titik permulaan letak kerja bagi pelaksanaan program-program yang akan dijalankan sepanjang tempoh menjelangkan UPSR 2015. Program dimulakan dengan ucapan oleh Puan Rabiah dan Encik Amran selaku pentadbir di SK Tengkawang. Seterusnya majlis temu murni bersama guru mata pelajaran masing-masing. Solat hajat juga telah diadakan selepas zohor. Semoga program seumpama ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat murid-murid tahun 6 khususnya dalam menghadapi ujian nanti.

Ahad, 8 Februari 2015

Kursus LADAP PPPB

08 Februari 2015 - Telah diadakan Kursus LADAP di SK Tengkawang yang telah mengabung 5 buah sekolah. Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shaidi bin Ishak - Guru Besar SK Seri Buloh. Penekanan diberikan kepada profesionalisme guru dan penyediaan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan kepada semua guru.

Tautan Kasih Buat Puan Zaliha...


Hari ini merupakan hari terakhir tugasan Puan Zaliha binti Mustafa di SK Tengkawang. Beliau diamanahkan untuk memikul tugas di SK Teris. Warga SK Tengkawang telah berhimpun bagi mengucapkan salam perpisahan kepada mantan Guru Besar yang akan memulakan tugas secara rasminya di SK Teris pada Isnin 9 Februari. Semoga apa yang telah ditinggalkan kepada kami akan menjadi bekalan untuk terus kekal dalam arena pendidikan. Kehilangan tetap dirasakan walaupun perginya tanpa rela. Selamat bertugas kepada Puan Zaliha di tempat yang baru.

Selasa, 3 Februari 2015

Sumbangan Jersi Daripada Bank Rakyat



Sekalung penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang yang telah memberikan sumbangan jersi kepada SK Tengkawang pada hari ini 3 Februari 2015. Sumbangan disampaikan oleh Encik Mohd Zailaini bin Mohamed Nor kepada Guru Besar, Puan Zaliha binti Mustafa.

Foto : Encik Azam bin Zaf

Jumaat, 30 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul 1436H


29 Januari 2015 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan kali ini dihoskan oleh Panitia Agama Islam. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakannya.

Khamis, 8 Januari 2015

Kembali Ke Sekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA SELURUH WARGASK TENGKAWANG SESI 2015
11 JANUARI 2015

Selasa, 18 November 2014

Anugerah Kecemerlangan Murid Dan Graduasi Pra Sekolah




Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Pra Sekolah telah dilangsungkan pada 17 November 2014. Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Tokoh Murid 2014 telah dinobatkan kepada Adik Siti Fasihah Fitriah binti Zamri manakala Tokoh Murid PraSekolah dinobatkan kepada Adik Muhammad Farris bin Saiful Nadiya. Tokoh Guru pula dinobatkan kepada Cikgu Hamdam bin Embong. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan semua pihak yang menjayakan majlis pada tahun ini.

| Lagi Gambar

Kolokium Kecemerlangan Asrama





Pada 13-15 November 2014 telah diadakan Kolokium Kecemerlangan Pelajar Asrama yang melibatkan 3 buah asrama iaitu SK Tengkawang (tuan rumah), SK Cheting dan SK Padang Setebu. Kolokium kendalian JPN Terengganu/PPD Hulu Terengganu ini telah melibatkan semua penghuni asrama Tahun 6 di ketiga-tiga buah sekolah Daerah Hulu Terengganu tersebut.

Selasa, 11 November 2014

Pelancaran KM1M Peringkat Sekolah





SK Tengkawang telah melancarkan Kem Membaca 1Malaysia pada 09 November 2014 yang lalu. Pelancaran disempurnakan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Secara tidak langsung kem ini adalah penamat kepada aktiviti Pusat Sumber Sekolah Tahun 2014. Syabas dan tahniah atas penganjuran.

Isnin, 27 Oktober 2014

Jamuan Akhir Tahun Dan Majlis Kalungan Budi






Sekalung tahniah kepada semua yang menjayakan Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Staf serta Majlis Kalungan Budi kepada 4 orang guru yang telah bertukar. Majlis telah dilaksanakan di TH Hotel & Convention Centre.

| Lagi Gambar

Selasa, 21 Oktober 2014

Kursus Kepimpinan



Kursus Kepimpinan telah berjaya dijalan pada hari ini 21 Oktober 2014 bermula jam 2.30 - 5.30 petang dan dikendalikan oleh guru-guru pemimpin SK Tengkawang yang diketuai oleh Cikgu Nor Ezdiani selaku penyelaras program. Syabas dan tahniah di atas penganjuran berkenaan.



Isnin, 20 Oktober 2014

Kem Bestari Solat






Kem Bestari Solat telah diadakan di SK Tengkawang pada 19 Oktober 2014 yang lalu. Aktiviti ini dikendalikan oleh Panitia Agama Islam yang diterajui oleh Ustazah Norzihaini. Pengisian slot pertama adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Adnan berkaitan dengan solat (amali dan praktikal). Seterusnya murid-murid dipecahkan kepada kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator masing-masing. Terima kasih kepada semua guru yang menjayakannya. 

Khamis, 16 Oktober 2014

Kejohanan Olahraga/Padang Dan Sukaneka






Kejohanan Olahraga/Padang Dan Sukaneka telah berjaya dilangsungkan pada 15-16 Oktober 2014. Acara Dwi Tahunan ini telah disertai oleh semua murid SK Tengkawang. Rumah Biru telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan manakala kedua adalah Rumah Merah sementara Rumah Kuning tempat ketiga. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sukan dwi tahunan ini.
>> Gambar

Kem 1Murid 1Sukan (Modified Games)




Pada 14 Oktober 2014, telah berlangsungnya Kem 1Murid 1Sukan di SK Tengkawang. Pada kali ini permainan bola tampar (modified Games) telah dijalankan. Semua murid Tahap 2 telah menyertai Kem ini yang sepetang dilangsungkan. Pasukan dibahagikan kepada kumpulan sukan permaian iaitu Hoki, Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling. Tahniah kepada pasukan yang menang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Kem pada kali ini.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates