Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 7 April 2014

Kejohanan Hoki Zon KDSR 4




Penyampaian pingat kepada Pemain Hoki L dan P SK Tengkawang pada sesi Perhimpunan sekolah. Tahniah kepada SK Tengkawang yang berjaya meraih tempat Ke-3 bersama.

Jumaat, 4 April 2014

Pertandingan Bola Sepak Zon KDSR4

Pertandingan Bola Sepak Zon KDSR4 akan berlangsung pada 6-7 April 2014 ini di Padang SK Tengkawang. Selaku tuan rumah kejohanan berkenaan, diharapkan sokongan padu di gelanggang sendiri akan memperolehi kejayaan. Selamat berjuang kepada team bola sepak SK Tengkawang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Majlis Kalungan Budi


Pada 17 Mac 2014 telah berlangsungnya Majlis Kalungan Budi bagi mengenang jasa guru-guru dan staf yang telah bertukar. Majlis anjuran Kelab Guru Dan Kakitangan SK Tengkawang ni telah diadakan di Kantin sekolah. Kehadiran kesemua guru-guru dan staf yang bertukar menunjukkan komitmen yang masih tinggi terhadap hubugan yang telah terjalin selama ini. Terima kasih kepada Cikgu Pauzi, Cikgu Amri, Ustaz Hakim dan Cikgu Zainuddin serta Cik Sanisah. Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas dan hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Khamis, 13 Mac 2014

Karnival Dakwah Pendidikan Islam

Johan Nasyid | Kumpulan Soutul Wildan
Johan Bercerita : Siti Fasihah Fitriah binti Zamri

Karnival Dakwah Pendidikan Islam, Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Zon KDSR4 Daerah Hulu Terengganu telah diadalah pada 13 Mac 2014 di SK Kuala Telemong. Tahniah di atas pencapaian ini.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 telah sempurna dilaksanakan pada 12 Mac 2014. Ucap utama dan perasmian telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Ustaz Adnan bin Salleh, Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu bagi mewakili PPD Hulu Terengganu. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

Khamis, 27 Februari 2014

Program Bersama Majalah Kuntum

Program bersama Majalah Kuntum telah diadakan di dewan SKT bermula jam 12.30 tengahari pada hari ini. Kunjungan maskot majalah ini telah memeriahkan lagi program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah galakan membaca serta kuiz. Semua murid dan guru telah diberikan majalah kuntum secara percuma sebagai wadah bacaan. Program ini adalah usaha dan inisiatif Pusat Sumber Sekolah. Syabas dan tahniah.

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah


Minggu Anti Dadah telah bertemakan "Hidup Sihat Tanpa Dadah" telah diadakan bermula 19-27 Februari 2014. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bermula pada hari Isnin melalui aktiviti senamrobik, diikuti dengan hari Selasa menerusi tayangan video mengenai dadah. Pada hari Rabu pula telah diadakan acara bersajak, berpantun dan bersyair. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Saidi bin Mat Amin. Syabas dan tahniah kepada AJK atas penganjuran.

Pelancaran Program NILAM dan Kempen Kelek Buku


Pada 23 Februari 2014 telah diadakan Program Pelancaran Program NILAM dan Kempen Kelek Buku Peringkat Sekolah. Program anjuran Pusat Sumber Sekolah ini telah dirasmikan oleh Puan Zaliha binti Mustafa, Guru Besar SK Tengkawang. Program NILAM merupakan salah satu pengisian utama dalam pelaksanaan amalan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. Melalui kempen ini pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan kuiz, teka silangkata, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Tahniah atas penganjuran kempen berkenaan.

Ahad, 16 Februari 2014

Program Gempur Aedes Bersama Jabatan Kesihatan Daerah

Pada 15 Februari 2014 - Di Perkarangan Masjid Kampung Tengkawang telah diadakan Pelancaran Gempur Aedes Perdana anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Terengganu/ Klinik Kesihatan Tengkawang/ JKKK Kampung Tengkawang. Seramai 60 orang murid-murid yang terdiri daripada Tahun 4,5 dan 6 telah menyertai acara Explorace sempena pelancaran berkenaan.
 



Ahad, 9 Februari 2014

Watikah Pelantikan Pengawas Dan Kursus Kepimpinan

Watikah Pelantikan Pengawas serta Kursus Kepimpinan telah disempurnakan pada 9 Februari 2014. Seramai 105 orang pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas ditauliahkan oleh Koperal Mas Rusli bin Idrus daripada IPD Hulu Terengganu. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan iltizam untuk memajukan SK Tengkawang.





Ahad, 13 Oktober 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

10-12 OKTOBER 2013.Perkhemahan unit beruniform telah dilaksanakan bertempat di SK Tengkawang.





PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates