Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 25 Oktober 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia

25/10/2012 (Khamis) -Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan bertempat di dewan SK Tengkawang.Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan murid-murid dalam Bahasa Melayu.
















Khamis, 11 Oktober 2012

Kejohanan Balapan dan Padang & Sukaneka

9-10/10/2012-Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh unit sukan,SK Tengkawang.Penganjuran kejohanan ini melibatkan acara-acara olahraga tahunan yang dipertandingkan di antara rumah-rumah sukan.Penganugerahan diberikan kepada rumah yang cemerlang dan individu yang dapat mempamerkan prestasi yang terbaik.

























Selasa, 2 Oktober 2012

Selamat Bertukar


Selamat bertukar buat Cik Siti Sara binti Sape'i.Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokorikulum di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong.

Ahad, 9 September 2012

PotLuck Raya 2012

09.09.2012 (Ahad) - Warga pejabat SK Tengkawang telah mengadakan satu potluck sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.Semua guru-guru,staf dan juga pekerja swasta dijemput mengahadiri majlis potluck ini.Tidak lupa juga kepada warga PKG Tengkawang juga dijemput untuk memeriahkan suasana.Antara makanan yang telah dihidangkan adalah nasi dagang,soto ayam,laksa penang,sate,ketupat,lemang,rendang daging,pelbagai jenis puding,triflle,buah salak,tapai dan minuman yang segar dari ladang air rozelle.








Rabu, 5 September 2012

Sambutan Hari Raya & Kemerdekaan 2012

04.09.2012 ( Selasa) - Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya telah diadakan serentak di perkarangan SK Tengkawang.Majlis diadakan dengan bergitu meriah sekali.Pada waktu pagi pelajar berhimpun di dewan untuk menyambut hari penutup kemerdekaan.Selepas waktu rehat pelajar menghidangkan pelbagai kuih-muih di kantin sekolah.Majlis sambutan hari raya ini adalah antara kerjasama PIBG sekolah.Ramai orang-orang kampung turut serta dalam memeriahkan suasana ini.








Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Ingatan tulus ikhlas dari kami warga SK Tengkawang


Khamis, 12 Julai 2012

Gotong-Royong Perdana

10/7/2012 (Selasa) - Program Gotong-royong perdana telah diadakan selepas tamat program Senamrobik 1M1S.Selepas program gotong-royong,satu ceramah kesihatan telah dilaksanakan.Penceramah jemputan adalah dari bahagian Kementerian Kesihatan Hulu Terengganu.









Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

10/07/2012 (Selasa)-Senamrobik serentak seluruh Malaysia telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran SK Tengkawang.Dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Zaliha bt Mustafa.

Ahad, 8 Julai 2012

Selamat Bertukar


Nama:En.Abu Talib b.Nor
Jawatan:Kerani Kewangan FT17
Bertukar ke:SK KUA

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama serta komitmen yang diberikan kepada sekolah.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates