Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 11 Oktober 2012

Kejohanan Balapan dan Padang & Sukaneka

9-10/10/2012-Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh unit sukan,SK Tengkawang.Penganjuran kejohanan ini melibatkan acara-acara olahraga tahunan yang dipertandingkan di antara rumah-rumah sukan.Penganugerahan diberikan kepada rumah yang cemerlang dan individu yang dapat mempamerkan prestasi yang terbaik.

























Selasa, 2 Oktober 2012

Selamat Bertukar


Selamat bertukar buat Cik Siti Sara binti Sape'i.Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokorikulum di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong.

Ahad, 9 September 2012

PotLuck Raya 2012

09.09.2012 (Ahad) - Warga pejabat SK Tengkawang telah mengadakan satu potluck sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.Semua guru-guru,staf dan juga pekerja swasta dijemput mengahadiri majlis potluck ini.Tidak lupa juga kepada warga PKG Tengkawang juga dijemput untuk memeriahkan suasana.Antara makanan yang telah dihidangkan adalah nasi dagang,soto ayam,laksa penang,sate,ketupat,lemang,rendang daging,pelbagai jenis puding,triflle,buah salak,tapai dan minuman yang segar dari ladang air rozelle.








Rabu, 5 September 2012

Sambutan Hari Raya & Kemerdekaan 2012

04.09.2012 ( Selasa) - Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya telah diadakan serentak di perkarangan SK Tengkawang.Majlis diadakan dengan bergitu meriah sekali.Pada waktu pagi pelajar berhimpun di dewan untuk menyambut hari penutup kemerdekaan.Selepas waktu rehat pelajar menghidangkan pelbagai kuih-muih di kantin sekolah.Majlis sambutan hari raya ini adalah antara kerjasama PIBG sekolah.Ramai orang-orang kampung turut serta dalam memeriahkan suasana ini.








Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Ingatan tulus ikhlas dari kami warga SK Tengkawang


Khamis, 12 Julai 2012

Gotong-Royong Perdana

10/7/2012 (Selasa) - Program Gotong-royong perdana telah diadakan selepas tamat program Senamrobik 1M1S.Selepas program gotong-royong,satu ceramah kesihatan telah dilaksanakan.Penceramah jemputan adalah dari bahagian Kementerian Kesihatan Hulu Terengganu.









Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

10/07/2012 (Selasa)-Senamrobik serentak seluruh Malaysia telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran SK Tengkawang.Dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Zaliha bt Mustafa.

Ahad, 8 Julai 2012

Selamat Bertukar


Nama:En.Abu Talib b.Nor
Jawatan:Kerani Kewangan FT17
Bertukar ke:SK KUA

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama serta komitmen yang diberikan kepada sekolah.

Selasa, 19 Jun 2012

Selamat Datang

Selamat datang kepada Puan Zaliha bt Mustafa,guru besar dari SK.Teris dan juga kepada Puan Rosniza bt Daud yang menggantikan Puan Raja Safwati (Guru PPKI)




Dan tidak dilupakan juga pihak sekolah mengucapkan Selamat Bertukar dan bertugas di tempat baru buat YM Raja Safwati bt Raja ke SK Getang.

Ahad, 10 Jun 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Setelah bercuti panjang selama 2 minggu,hari ini bermula lah minggu persekolahan seperti biasa.Selamat Kembali ke sekolah buat semua guru dan pelajar.


Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16.05.2012 (Rabu)-Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

PKKO mendeklamasikan sajak hari guru

Ahad, 13 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU

13.05.2012 (Ahad)-Selamat menyambut HARI IBU kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia ikhlas dari kami warga SK Tengkawang





Khamis, 10 Mei 2012

Majlis Persaraan Guru Besar

10.05.2012 (Khamis)-Majlis Persaraan Tuan Guru Besar telah diadakan dengan jayanya bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh para guru dan juga para pelajar.Terima kasih kepada kepada semua tetamu VIP dan juga para tetamu yang lain yang sudi hadir untuk meraikan Majlis Persaraan Guru Besar SK Tengkawang.

Jasa dan sumbangan cikgu tetap dikenang sampai bila-bila.Terima Kasih Cikgu!

Ahad, 6 Mei 2012

SELAMAT HARI WESAK

Pihak SK Tengkawang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama buddha yang telah disambut pada 6 Mei 2012.


Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana Hari Wesak melambangkan Kelahiran,Pencerahan Agung,Kewafatan Gautama Budhha.Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India,Vesak di India,Vesak di Singapura,Visakha Bucha di Thailand dan Wesak di Sri Lanka.

Selasa, 1 Mei 2012

SELAMAT HARI BURUH

1 Mei 2012 adalah Hari Buruh Sedunia,Malaysia juga tidak terkecuali saban tahun meraikannya.Kali ini disambut dengan tema "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh kepada semua rakyat Malaysia.

Ahad, 22 April 2012

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

21.04.2012 (Sabtu)-Hari ini adalah hari persekolahan untuk menggantikan cuti sempena menyambut Hari Raya Adiladha.

P/S:

Tarikh cuti yang diambil:25 Oktober 2012 (Khamis)

Tarikh yang akan diganti:21 April 2012 (Sabtu)

Rabu, 11 April 2012

DAULAT TUANKU



"Kami warga SK Tengkawang merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Pertabalan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke 14"

"DAULAT TUANKU"

Jumaat, 6 April 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON KDSR 4

02/03.04.2012 ( Isnin -Selasa) - Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Binjai Kertas.SK Binjai Kertas telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini.Sebanyak 7 pasukan yang menyertai perlawanan ini.

Keputusan
Juara-SK Kuala Telemong
Naib Juara-SK Tengkawang
Tempat Ketiga-SK Binjai Kertas

TAHNIAH KEPADA PASUKAN SK TENGKAWANG!!

 

Khamis, 5 April 2012

AKTIVITI KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS ZON KDSR 4

04.04.2012 (Rabu) - Aktiviti Ko-Akademik Bahasa Inggeris bagi Zon KDSR 4 telah diadakan di SK Matang.Aktiviti ini merangkumi 3 pertandingan iaitu pertandingan 'Action Song','Story Telling',dan 'Public Speaking'.



PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates