Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Isnin, 29 Februari 2016

Program "Easy English" Bersama IPG Sultan Mizan




Pada 29 Februari 2016 (ISNIN) - Diadakan program Kolaborasi Anjuran bersama IPG Sultan Mizan Zainal Abidin dengan 3 buah sekolah rendah berasrama di Zon 4 iaitu SK Tengkawang, SK Cheting dan SK Padang Setebu. Program bermula pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang ini dikendalikan oleh Guru-Guru Pelatih daripada IPGSM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Penerangan Tagline PPDHT


Pada 28 Februari 2016 (AHAD) - Pegawai Perhubungan Sekolah SK Tengkawang iaitu Puan Laileesun binti Ishak (SISC+ PPDHT) telah menyampaikan penerangan mengenai Tagline baharu PPDHT iaitu "Hulubalang". Beberapa maksud tersirat bersama hasrat KPPD pada tahun ini turut dijelaskan kepada semua guru dan murid SK Tengkawang dalam perhimpunan mingguan. Terima kasih atas kunjungan Puan.

Khamis, 25 Februari 2016

Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan






Tarikh : 25 Februari 2016 | 11.00 pagi

Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan telah berlangsung dengan semangat kerjasama yang utuh antara semua komuniti setempat termasuklah PIBG, JKK, PESAWAT serta warga SK Tengkawang. Terima kasih kepada YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat - ADUN Telemong atas sumbangan daging lembu. Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada semua warga SK Tengkawang melalui kategori masing-masing yang disampaikan oleh Guru Besar SK Sungai Buloh. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program kali ini.

| Lagi Gambar

Selasa, 23 Februari 2016

Perarakan Apresiasi Ko Kurikulum Dan Program Amal






23 Februari 2016 - Perarakan Apresiasi Ko Kurikulum telah diadakan di SK Tengkawang. Program ini melibatakan semua Badan Beruniform iaitu Pengakap, TKRS, PBSM, Tunas Puteri dan Pandu Puteri. Pelepasan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar bermula jam 3.00 petang. Persinggahan di Masjid Kampung Tengkawang untuk kerja-kerja amal pembersihan kawasan. Program berakhir sepenuhnya pada jam 5.00 petang. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat termasuklah Pengawal Keselamatan.

| Gambar 

Ahad, 21 Februari 2016

Program KESUMA SBP Peringkat Kebangsaan






21 Februari 2016 - Kursus Kepimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh (KESUMA) berlangsung di beberapa buah sekolah Daerah Hulu Terengganu. SK Tengkawang terpilih dalam program Peringkat Kebangsaan ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan SBP kerana memilih SKT bagi melaksanakan program ini.

Sabtu, 20 Februari 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32





Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Februari 2016. Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat - Pengerusi Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu (Merangkap ADUN Telemong). Turut hadir sama adalah Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman @ Hashim - Penolong PPD.  Terima kasih atas kehadiran Ibu Bapa yang turut sama memeriahkan Mesyuarat Agung kali ini. Tidak kurang 90 hadiah cabutan bertuah disediakan dan telah disampaikan kepada penerima bertuah.Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang hadiah.

Selasa, 16 Februari 2016

Mesyuarat Guru dan Staf Kali Ke-2 Serta Mesyuarat Kurikulum, HEM dan KO





Mesyuarat Guru Dan Staf Kali Ke-2/2016 telah diadakan pada 16 Februari 2016 bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada 5.20 petang. Penglibatan semua warga SK Tengkawang termasuklah Guru dan Staf serta Guru KAFA. Pekerja swasta juga terlibat secara langsung dalam mesyuarat ini. Pada masa yang sama juga turut diadakan Mesyuarat Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Mesyuarat Khas JK PIBG/PIBK SK Tengkawang






Tarikh : 15 Februari 2016 | 9.00 malam
Penglibatan :
- JKK Kampung Tengkawang 
- JKK Kampung Kepah 
- JKK Kampung Padang Setar 
- JKK Kampung Ulu Sat 
- Imam Kampung Tengkawang 
- Semua JK PIBG 

Perbincangan mengenai persediaan dan pembahagian tugas untuk dua program yang akan dijalankan iaitu Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan kepada guru-guru dan anak-anak tempatan atas sumbangan kejayaan pada Tahun 2015.

| Rakaman Foto : GB

Sabtu, 13 Februari 2016

Kursus Kepimpinan Pengawas






13 Februari 2016 | 8.00am - 5.00 pm
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini termasukkan RELA Hulu Terengganu, Motivasi SINARKAN DIRIMU, Encik Abd Razak - Jurulatih Pusat Kokurikulum Hulu Terengganu serta semua JK yang terlibat.

Sabtu, 6 Februari 2016

Tagline Pentaksiran UPSR 2016

SK Tengkawang tidak ketinggalan dalam membakar semangat calon-calon Pentaksiran UPSR tahun ini dengan mewujudkan kata-kata dan slogan semangat. Tahun ini tagline "Hungga Abis Rengg" dipilih untuk merealisasikan pencapaian 6A seramai yang boleh.

Kelas Cuti Terancang | Sabtu 06 Februari 2016




Hari kedua Kelas Cuti Terancang yang dijalankan seawal jam 8.00 pagi. Penglibatan daripada Murid Tahun 4-6 serta murid LINUS Tahap 1. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
"Sederap Berwawasan SKT Terbilang" | "Hungga Abis Rengg"

Jumaat, 5 Februari 2016

Kelas Cuti Terancang | Jumaat 05 Februari 2016





Bermula Jumaat (5 Februari 2016) - SK Tengkawang manfaatkan cuti Tahun Baru  Cina ini dengan pengisian Kelas Cuti Terancang. Kelas Terancang ini melibatkan Tahun 6, 5 dan 4 manakala Kelas LINUS tidak ketinggalan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang" - "MTP"

Taklimat e-Rujuk




    Taklimat e-Rujuk pada 04 Februari 2016 bertempat di SMK Ajil yang dihadiri oleh Tuan Guru Besar.

Rabu, 3 Februari 2016

LADAP - Penataran Pentaksiran UPSR 2016






Pada 03 Februari 2016 telah diadakan Program Penataran Pentaksiran UPSR 2016 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekalung tahniah kepada Encik Che Azmai bin Talib (SISC+ MT), Encik Azmi bin Mohamad Diah (SISC+ BM), Encik Zakaria bin Mat Amin (SN) dan Puan Maspah binti Saleh (BI). Turut sama adalah beberapa buah sekolah sekitar Zon 4.

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates