06.11.2012 (Selasa) -Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan dengan jayanya bertempat di dewan SK Tengkawang.Majlis berlangsung tepat pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 tengahari.Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima hadiah.Tidak dilupakan juga,tahun ini Ton Mohd Aidil bin Ton Rosli telah dinobatkan sebagai tokoh unggul SKT.
25/10/2012 (Khamis) -Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan bertempat di dewan SK Tengkawang.Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan murid-murid dalam Bahasa Melayu.
9-10/10/2012-Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh unit sukan,SK Tengkawang.Penganjuran kejohanan ini melibatkan acara-acara olahraga tahunan yang dipertandingkan di antara rumah-rumah sukan.Penganugerahan diberikan kepada rumah yang cemerlang dan individu yang dapat mempamerkan prestasi yang terbaik.
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.