Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 31 Ogos 2016

Sambutan Ambang Hari Kebangsaan





Tarikh : 30 Ogos 2016
Jam : 3.00 ptg - 12.00 tgh malam

Acara :
- Senamrobik
- Sukaneka
- Solat Maghrib, Solat Hajat, Isyak Berjamaah
- BBQ
- Persembahan
- Pertunjukan Bunga Api

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan tahun ini. Terima kasih atas sokongan padu daripada seluruh warga Kampung Tengkawang.


| Gambar

Ahad, 28 Ogos 2016

Majlis YAB Menteri Besar Bersama Calon Cemerlang UPSR



Tarikh : 28 Ogos 2016
Tempat : Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak

Menyedari kepentingan dan input yang bakal diperolehi, GB bersetuju membawa 8 orang murid calon cemerlang UPSR bersama seorang guru pengiring ke program ini. Syabas YAB MB atas suntikan tambahan sebanyak RM1,000,000 untuk program PPAI.

Berita & Gambar : GB

Sabtu, 27 Ogos 2016

Lawatan Rehat Minda Murid Tahun 6





Tarikh : 27 Ogos 2016
Lokasi :
Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu, Kg Laut
- Dino Trek
- Aktiviti Sains
- Galeri
Taman Tamadun Islam
- Menyusuri River Cruise
- Melawat Taman Monumen

Seramai 35 orang murid Tahun 6 bersama dengan 11 orang guru pengiring.


| Gambar

Selasa, 23 Ogos 2016

Mesyuarat Sambutan Hari Kebangsaan




23 Ogos 2016 | Mesyuarat Sambutan Bulan Kebangsaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Tengkawang yang melibatkan seluruh warga SKT. Perbincangan berkisar tentang pengisian program sepanjang Bulan Kebangsaan yang telah bermula manakala kemuncak acara adalah pada 30 Ogos 2016 bermula seawal 3 petang menerusi acara sukaneka merdeka. Pengisian sebelah malam pula lebih kepada Menyemarakkan lagi Ambang Merdeka dengan program yang diatur termasukkan BBQ, Detik 12 Tengah Malam dan Pertunjukan Bunga Api. MALAYSIA ‪#‎Sehatisejiwa

Singgah Sayang - JPNT



"Singgah Sayang" - Encik Saidi bin Ismail - JPNT
23 Ogos 2016 - SK Tengkawang merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai daripada JPN Terengganu iaitu Encik Saidi bin Ismail yang hadir untuk bertemu dengan calon-calon UPSR dan sempat memberi motivasi dan perangsang kepada murid-murid dalam persediaan menghadapi UPSR kelak. "Program Singgah Sayang" ini merupakan rangkuman program-program MTP yang diasaskan oleh Pengarah JPN Terengganu.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Program Motivasi dan Solat Hajat Perdana UPSR





Tarikh : 18 Ogos 2016
Tempat : Masjid Hadhari RAKR SK Tok Randok Ajil
Anjuran : MGB HT bersama Parlimen HTrg

Usaha MGB Daerah Hulu Terengganu mengumpulkan kesemua calon 6A sekolah Daerah Hulu Terengganu dalam satu majlis bersama Tuan Pengarah dan solat hajat perdana. Dalam kesibukan, Tuan Pengarah sempat juga hadir untuk bersama-sama dengan hadirin seramai 500 orang. Motivasi yang diberikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin sangat memberi kesan kepada calon cemerlang UPSR seramai 250 orang. Semoga impak akan dipahat pada tarikh 5-8 September nanti.

Berita : GB | Gambar

Rabu, 17 Ogos 2016

Dialog Prestasi Berfokus UPSR




Tarikh : 17 Ogos 2016 | Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda JPNT
PPDHT diwakili oleh Tuan Afendi bin Abdul Ghani, KU Akademik dan 6 buah sekolah yang mencapai GPS 3.5 antaranya termasuklah :
1. SK Tengkawang
2. SK Sungai Buloh
3. SK LKTP Bukit Bading
4. SK Kua
5. SK Getang
6. SK Sungai Berua

Dialog lebih bertumpu kepada isu kelemahan murid dan langkah intervensi yang diambil dalam masa 15 hari sebelum menjelang UPSR. Guru Besar telah membentangkan kesemua yang dikehendaki dan pihak JPNT sangat berpuashati dengan penerangan yang diberi. Seperti biasa, ucapan daripada wakil PPDHT sentiasa menjadi tumpuan umum dengan idea-idea yang bernas serta langkah-langkah mutakhir sedang dan akan dijalankan. Perkongsian ini telah mencetuskan idea baru yang lebih segar untuk menaikkan semangat guru, murid dan GPS sekolah.

Gambar Dan Berita : GB

Selasa, 9 Ogos 2016

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang




Kempen Kibarkan Jalur Gemilang SK Tengkawang bermula hari ini menerusi kegiatan Ko-Kurikulum. Guru bersama murid memasang Jalur Gemilang sepanjang pagar sekolah demi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan 2016. Malaysia. #Sehati Sejiwa.

Isnin, 8 Ogos 2016

Mesyuarat Program Sekolah Angkat IPG Kampus Sultan Mizan




Tarikh : 07 Ogos 2016 | Hari : Ahad | Masa : 10.00 am
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, IPG Kampus Sultan Mizan 


| Lagi Gambar

Isnin, 1 Ogos 2016

Tahniah... Pendita Aulad SK Tengkawang

Tarikh : 01 Ogos 2016
Tahniah dirakamkan kepada Pasukan Dikir Barat Pendita Aulad daripada SK Tengkawang yang mewakili Daerah ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan yang diadakan di Kemaman pada hari ini. Sebanyak 7 buah sekolah bertanding kecuali Daerah Kuala Nerus. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Mohd Hanif yang berjaya melatih sehingga dinobatkan sebagai Juara. Tahniah.

Penyampaian Cenderamata Hari Lahir




Tarikh : 31 Julai 2016
Penyampaian cenderamata Hari Lahir kepada guru-guru dan staf yang menyambut kelahiran bulan Julai. Penyampaian disempurnakan oleh Puan Mazni binti Ismail - GPK Pentadbiran. Semoga dalam lindungan Allah hendaknya.

Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform







Tarikh : 31 Julai 2016
Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform kepada 4 orang murid terpilih SK Tengkawang yang disempurnakan oleh Encik Amran bin Ismail - GPK Kokurikulum...

Penyampaian Cenderamata Hoki L12



Tarikh :31 Julai 2016
Penyampaian semula cenderamata kepada pemain-pemain hoki L12 SK Tengkawang yang telah mendapat Naib Johan dalam Karnival Hoki yang dijalankan di SMK Padang Midin Kuala Terengganu pada Jumaat dan Sabtu lepas.


| Gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates