Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Rabu, 29 Jun 2016

#MalaysiaNgaji 2016






Tarikh : 29 Jun 2016
Tempat : Surau SK Tengkawang 

Majlis #MalaysiaNgaji telah diadakan selama 1 jam di surau SK Tengkawang sebagaimana arahan yang dikeluarkan. Semua murid dan guru terlibat secara langsung dalam program serentak seluruh negeri ini.

Majlis Berbuka Puasa 2016






Tarikh : 28 Jun 2016
Tempat : Dewan Sederap SKT

Majlis Berbuka Puasa Warga SK Tengkawang bersama PIBG dan PPDHT telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Encik Mohd Pauzi bin Abd. Rahman (Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah - PPDHT) yang turut sama meluangkan masa bersama-sama dengan warga SKT. YDP PIBG, Imam dan warga asrama SK Tengkawang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Jumaat, 24 Jun 2016

Temu Murni Tautan Kasih Ibu Bapa Penjaga Murid Tahuh 6







Tarikh : 23 Jun 2016
Tempat : Dewan Sederap SKT
Jam : 11.00 - 1.00 tghari

Pengisian program ini adalah menjurus kepada pembentangan dan hebahan secara terus kepada ibu bapa penjaga murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI2). Pembentangan OTI2 telah dikemukakan oleh Penyelaras UPSR - Encik Hamdam bin Embong. Sejurus selepas itu diadakan penyampaian hadiah galakan cemerlang kepada 3 orang murid yang Berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Majlis diakhiri dengan sesi dialog ibu bapa/ penjaga murid dengan guru mata pelajaran.

Majlis Berbuka Puasa Asrama SK Tengkawang




    Tarikh : 21 Jun 2016
    Tempat : BBenteng - Taman Tamadun Islam
    Pengurusan Asrama SKT telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis berbuka puasa di luar kawasan bagi memberikan kelainan kepada penghuni sedia ada dan sebagai promosi kepada pelajar lain untuk tinggal di asrama. Bertolak pada jam 5.30 petang menaiki bas persiaran yang disewa khas . Semua warga asrama termasuk penyelia , ppm, tukang masak dan pembantu, pekerja kebersihan dan pihak pentadbiran termasuk YDP PIBG, YDP PEWARIS asrama turut serta dalam majlis tersebut. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

Rabu, 22 Jun 2016

Taklimat Kursus KIDT Untuk GB dan Penyelaras iThink



    Tarikh : 16 Jun 2016
    Tempat : SAHUT
    Jam : 8.00 pagi
    Kursus KIDT melibatkan Guru Besar dan Penyelaras iTHINK Sekolah. Taklimat disampaiakan oleh Encik Mat Alhuda daripada PPD Marang.

Selasa, 14 Jun 2016

Aktiviti Sepanjang Ramadan




    Sepanjang Bulan Ramadan, Unit Dakwah Dan Kerohanian telah mengadakan program bacaan surah Yaassin bersama guru dan murid seawal jam 7.25 pagi hingga 7.40 pagi. Manakala solat hajat diadakan pada jam 10.15 pagi mengambil masa rehat Tahap 2. Aktiviti ini dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semoga mendapat keberkatan olehNya.

Mesyuarat Khas JK Asrama Bersama Tukang Masak Asrama




    Mesyuarat telah dilaksanakan pada 14 Jun 2016 pada jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat SKT. Hadir sama Pembantu Asrama, Penolong Kanan, Penyelia Asrama dan Pembantu Pengurusan Murid Asrama. Antara agenda yang diperbincangkan adalah isu-isu kebersihan, penyediaan makanan, penyimpanan sampel makanan, waktu bertugas PPM, budaya penyayang, promosi ke asrama dan program berbuka puasa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

Lawatan GB Ke Asrama SK Tengkawang




    GB telah membuat lawatan dan pemantauan ke Asrama SK Tengkawang pada 12 dan 13 Jun 2016 untuk melihat persediaan penghuni berbuka puasa. GB turut sama berbuka bersama warden dan solat maghrib berjemaah. Kehadiran penghuni asrama agak merosot sepanjang Ramadan kerana murid lebih selesa berbuka bersama keluarga.
    Gambar : Ustaz Mohd Hanif dan Nurfaraheem PPM

Isnin, 6 Jun 2016

Perjumpaa Khas Guru Besar Bersama Kontrak Keselamatan






Tarikh : 02 Jun 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Wakil Syarikat : Encik Poazi Arifin (Pegawai Operasi MAC Security) 

Guru Besar mengambil inisiatif menjemput wakil syarikat untuk menentukan kendudukan anggota lama dan seterusnya memberi taklimat peraturan syarikatnya. Guru Besar pula menentukan dasar dan kehendak sekolah terhadap syarikat tersebut untuk penambaikkan dari syarikat sebelum. Majlis berjalan dengan lancer dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak. Pihak syarikat bersetuju mengekalkan anggota lama kecuali seorang anggota yang ingin terus setia dengan syarikat terdahulu. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"

Gambar : Guru Besar

Penutup Program Cuti Terancang







Tarikh : 30 Mei 2016
Masa : 7.00 - 10.30 malam

Penutup Program Cuti Terancang dengan Program Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Maliaman bin Kassim daripada SMK Menerong. Kehadiran adalah diluar jangkaan sehinggakan hampir memenuhi surau sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan staf yang turut sama menjayakan program ini. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"
Gambar : Guru Besar

Program Cuti Terancang







Tarikh : 27 - 30 Mei 2016

Kelas Cuti Terancang ini melibatkan Tahun 4-6, Kelas Prasekolah, LINUS dan PPKI. Murid Tahun 4-6 diwajibkan tinggal di asrama sepanjang tempoh tersebut untuk mengatasi masalah kehadiran. Pengisian program seawal jam 5.00 pagi hingga 10.00 malam. Terima kasih kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. "Sederap Berwawasan SKT Terbilang"
Gambar : Guru Besar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates