Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 17 Mei 2016

Taklimat PBPPP






17 Mei 2016 - Satu Taklimat PBPPP telah disampaikan oleh Puan Nik Aliza bt Wan Mohd Mohayiddin selaku GPK Pentadbiran kepada semua guru SK Tengkawang. Taklimat ini menjurus kepada penyediaan Instrumen Keberhasilan bagi penilaian e-Prestasi Tahun 2016. Kehadiran seramai 25 orang guru kerana 3 orang guru terlibat dengan taklimat dan bengkel di peringkat jabatan dan PPD. 

| Gambar : GB

Isnin, 16 Mei 2016

Sambutan Hari Guru 2016

Tarikh : 16 Mei 2016 | 7.45 pagi

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Guru 2016. "Guru Pembina Negara Bangsa" "Sederap Berwawasan SKT Terbilang". Tahniah kepada penerima anugerah dan hadiah.


Gambar Oleh : Adik Mohd Fadhil | Lagi Gambar

Selamat Hari Guru


Jumaat, 6 Mei 2016

Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj




Tarikh : 05 Mei 2016
Masa : 11.00 - 1.15 pm
Majlis dimulakan dengan ceramah Isra" dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Adnan bin Seman. Selepas itu diadakan pertandingan mewarna Tahap 1 dan melukis Tahap 2. Terima kasih kepada JK Dakwah Dan Kerohanian SK Tengkawang di bawah pimpinan Ustaz Mohd Hanif. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Amran bin Ismail - GPK Ko. Syabas dan tahniah.

Foto : Cikgu Kamaruddin | Lagi Gambar

Selasa, 3 Mei 2016

LADAP : Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21




    Tarikh : 3 Mei 2016
    Masa : 2.00 - 4.30 ptg
    Penghargaan dan terima kasih kepada Puan Laileesun binti Ishak dan Cik Nor Al'Fatihah binti Mazlan (Pegawai SISC+ - PPD Hulu Terengganu) atas perkongsian ilmiah Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Ternyata banyak input yang diberikan dalam masa hampir 3 jam bersama. Pendekatan yang didedahkan dapat memberi kefahaman yang jelas mengenai PA21 serta aktiviti menarik yang disediakan.

    | Lagi Gambar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates