Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 28 April 2016

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu




Tarikh : 28 April 2016
Tempat : Dewan Sederap

Penutupan disempurnakan oleh Encik Suhaimi bin Wahab, Guru Besar SKT. Pelbagai acara telah dijalankan dalam tempoh sebulan antaranya Teka Silangkata, Tulisan Berangkai dan kemuncak acara adalah pertandingan bercerita Tahap 1 dan 2. Terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu atas program yang dijalankan.

| Lagi Gambar

Senamrobik Bulanan


Tarikh : 27 April 2016
Tempat : Padang Sekolah

Senamrobik ini merupakan acara bulanan yang dijalankan di SK Tengkawang melibatkan semua warga SKT termasuklah Guru, Staf, Pekerja Kebersihan dan Keselamatan. Senamrobik ini dikendalikan oleh Encik Mohd Izzudin bin Bedahari yang merupakan guru di SKT.

| Lagi Gambar

Isnin, 25 April 2016

Smart English YDSM Peringkat Daerah



Venue : SK Tengkawang
Date : 24 April 2016
Thank you to all participant..

Keputusan :
Johan : SK Seri Berang 
Naib Johan : SK Tok Randok 
Ketiga : SK Padang Setebu 

Penyertaan : SK Tengkawang ,SK LKTP Bukit Bading, SK Langgar, SK Tengku Ampuan Intan, SK Felda Tersat

| Lagi Gambar

Sabtu, 23 April 2016

Kem Hungga Pecut Gegar UPSR 2016

"Kolaborasi Memperkasakan Pendidikan "





 21-23 April 2016 | SK Tengkawang 
Kolaborasi antara SK Tengkawang, SK Bukit Gemuroh dan SK Pasir Panjang dilebarkan lagi bersama Kem Hungga Pecut Gegar UPSR yang telah rasminya ditutup pada hari ini oleh Yg. Bhg. Encik Jalaluddin bin Ismail - KPPD Hulu Terengganu. Tahniah dan syabas atas komitmen penuh pentadbiran dan guru-guru ketiga-tiga buah sekolah sepanjang berkampung selama 3 hari di SKT.

Rabu, 6 April 2016

Bola Sepak Zon KDSR4 (Separuh Akhir Dan Akhir)




6 April 2016 - Nasib tidak menyebelahi SK Tengkawang yang hanya sekadar mendapat tempat ketiga bersama dalam Perlawanan Bola Sepak Zon KDSR4 yang berakhir pada hari ini. Tahniah kepada SK Binjai Kertas yang dinobatkan sebagai Johan setelah mengalahkan SK Kuala Telemong yang ditentukan dengan sepakan penalti. Keputusan perlawanan :
Johan : SK Binjai Kertas
Naib Johan : SK Kuala Telemong
Tempat Ketiga Bersama : SK Tengkawang dan SK Getang.

Majlis Penutup KM1M Peringkat SK Tengkawang



Tarikh : 06 April 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sederap SKT

Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Suhaimi Wahab Guru Besar SK Tengkawang. Persembahan bercerita, sajak, pantun serta dikir barat turut diadakan bagi memeriahkan majlis penutup tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan KM1M sepanjan 3 hari berlangsung.

Selasa, 5 April 2016

Perlawanan Bola Sepak Zon KDSR4




    Tarikh : 4-5 April 2016
    Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
    10 pasukan bertanding pada tahun ini bagi merebut Johan Zon. Semoga berjaya kepada semua pasukan.

Pelancaran KM1M-Bulan Bahasa Melayu-Program NILAM



    Tarikh : 04 April 2016
    Masa : 7.40 pagi
    Lokasi : Perkarangan Kantin

    Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Puan Nor Ezdiani binti Zainal Abidin selaku GPM dan penyelaras program. Perasmian disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT. Turut hadir sama Encik Hamdi bin Nawawi - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tengkawang. Perasmian nama baharu bagi PSS juga turut diadakan bagi merealisasikan penjenamaan semula PSS dengan nama PSS Umar Ibnu Abd Aziz. Gimik pelancaran dengan memecahkan ketulan ais yang mengandungi badge Rakan Pembaca. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang 3 hari program berlangsung. Tahniah atas penganjuran.

Majlis Memperkenal Pasukan "Sederap SKT"




Pelancaran disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Suhaimi bin Wahab - Guru Besar SKT. Sesi memperkenalkan semua pemain serta gimik pelancaran turut diadakan sebagai simbolik kepada Pasukan "Sederap SKT" 2016. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

| Lagi Gambar

Sabtu, 2 April 2016

Kolokium i-THINK Peringkat Negeri Terengganu




Tarikh : 2 April 2016
Tempat : Dewan Bendahara - IPGKSM
Masa : 8.30 - 5.00 ptg
Bertemakan "i-Think Penjana Transformasi Pendidikan". SK Tengkawang telah menghantar seramai 5 orang peserta yang diketuai oleh Encik Suhaimi bin Wahab (Guru Besar) bersama Puan Nik Aliza (PKP), Puan Rashidah, Puan Noranis dan Encik Izzudin. Terima kasih atas penganjuran.

| Berita dan Gambar : Guru Besar

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Tengkawang
PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Tengkawang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.
 
Blogger Templates